Thursday, March 31, 2011

@ku.


Semakin dalam kesedihan menggoreskan luka ke dalam jiwa semakin mampu sang jiwa menampung kebahagiaan. Sesungguhnya orang yang berjiwa besar bukanlah mereka mampu dan pandai menahan tangis, tetapi adalah mereka yang pandai menangis di dalam kesabaran. Hanya orang yang bodoh yang tidak mampu menangis dan meluapkan emosinya, tetapi hanya orang bijak yang mampu mengelola tangisnya dalam setiap luahan emosi yang dirasakan.
Aku yakin semua yg terjadi ada hikmah di sebaliknya..aku redha dgn segala ketentuan takdir hidup aku..
Yakinlah aku mampu hadapi semua dugaan hidup ini dengan tenang…melalui hari2 dengan senyuman walaupun kadang2 aku cukup hipokrit dengan diri aku…menangis dalam ketawa..orang nampak aku epy bahagia tapi org x tahu disebalik bahagia itu aku sebenarnya derita..derita dalam kehidupan yang aku sendiri x tau sampai bila akan berakhir..
Sungguh sakit bila aku mula belajar utk tipu diri sendiri..belajar utk tidak terlalu memikirkan sesuatu beban yang Tuhan turunkan utk aku..belajar utk jadi kuat and belajar utk lagi sabar and tabah..
Bila aku pikir balik, knp semua jadi pada aku..knp aku x leh dapat apa yang orang lain dapat? Knapa aku x bernasib baik seperti orang lain..kenapa dan kenapa??? Sampai bila pun x kan habis and x kan ada jawapannya..Tuhan tu lagi mengetahui..
Ahhhhhhgggg aku tension sgt2 time nie…..


AKU X SEMPURNA


Hidup dalam kesempurnaan adakalanya membuat diri kita menjadi gila. semuanya perlu cukup dan ada. ..tidak boleh yang kurang…perlu berjalan lancar mengikut perancangan. tidak boleh ada yang melanggar peraturan.
haaaaaaaiiiiihhhhh! Serius itu bukan aku. yang berada dalam kesempurnaan sesuatu. aku serba kekurangan. aku serba serbi tidak mencukupi. aku mudah leka. aku mudah terlena. sungguh. aku tidak sempurna. menjadikan aku seorang yang sempurna adalah amat jauh sekali dari landasan diri aku sendiri.
Hidup aku selama ini, aku cuba lengkapinya dengan kelebihan dan kekurangan aku sendiri. menerima seadanya apa yang terjadi. menerima seadanya apa yang di beri. tetapi adakalanya aku mahu yang lebih. mula mengapai mimpi dan berpijak di alam fantasi. kelekaan membuatkan aku sedikit demi sedikit mahu menjadi sempurna. pelik! tetapi itulah realitinya.
Siapa yang tidak mahu bahagia tanpa airmata. siapa yang tidak mahu kaya sepanjang masa. berada di tempat tinggi menongak ke langit. dipandang hebat. di sanjung mulia. sungguh. aku mahukannya. tetapi untuk apa? seperti yang aku kata. kesempurnaan membuatkan aku gila. aku tak termampu mengejar dunia.
Bila di beri kesempitan. bila di beri ujian. bila datangnya musibah. bila diri penuh dengan airmata. bila diri mula di lupa mula di hina dan di pandang sebelah mata. baru kita nampak dunia kesempurnaan itu penuh dengan gila.
perbualan dengan seseorang membuat aku memngeluarkan kata kata.
“i don’t want to be perfect. i just need to be complete”
kenapa? kerana dengan kesempurnaan, aku tidak memerlukan sesiapa. tetapi dengan melengkapi, aku memerlukan kamu di sisi. hidup aku lengkap dengan kamu. dan hidup aku akan sempurna dengan adanya kamu melengkapi.
Anda mahu menjadi sempurna? jadilah. tetapi kesempurnaan anda masih tidak mampu menjadikan anda manusia yang hebat dan mulia.
saling melengkapi. saling bergantungan. saling memerlukan. itulah kesempurnaan

Wednesday, March 30, 2011

sEriuS dAri Aku

Aku sendiri masih belum sempurna dalam semua aspek, masih memerlukan bimbingan dari orang lain, dan masih belum cukup matang untuk memberi nasihat. Aku tak sempurna, tapi aku cuba.. Segala salah harap dimaafkan.

Sebelum tu aku nak tanya sikit, kamu semua sihat kah diluar sana? Sudah makan kah? Bahagiakah hidup kamu semua? Aku dengar ramai yang sedang berduka sekarang. Bersabarlah kawan, hidup ibarat roda kan, kadang kita berada diatas, kadang kita berada dibawah. Kalau kau sedang berada dibawah jangan lah sedih. Mungkin tuhan sedang menguji.
TAPI KENAPA KAMU CURANG KAWAN???
Oh mungkin sebab nak cari lebih baik dan sempurna dari pasangan kamu. Macam tu?
Em just my opinion okay. Dalam berpasangan ni, kalau kita sentiasa nak mencari yang lebih baik, tak kan ada ending sampai bila-bila pun. Okay let say kau dah ada boyfriend dan kemudian jumpa yang lebih baik, kau pergi pada yang lebih baik tu ke? Is that what you really meant? Dan bila jumpa yang baik,kau terjumpa lagi yang lebih lebih baik, kau terus bertunang dengan dia. Lepas bertunang kamu jumpa yang terpaling baik, kau tinggal tunang kau, lepas tu kawen pulak dengan yang kononnya terbaik tu. Bila dah kawen, kau ada masalah, kau jumpa yang lagi baik dari yang paling terbaik, So what you gonna do then??
Pendapat aku, the best is terima baik buruk pasangan. Accept each otter, their good and bad, and it will make a good and happy relationship. KESETIAAN TU PALING PENTING. Kau sendiri tak perfect tak payah lah nak cari yang perfect sangat. What the hurm. Ingat lah, setan kerja hari-hari goda manusia. Okay. Aku sendiri pun pernah tergoda. Semua manusia pernah tergoda, yang penting diri sendiri pandai kawal.
Love is the person that you think about during the sad songs.
Kalau kau masih keliru siapa kau sayang, fikirkanlah. Cubalah dengar dan hayati lagu sedih. Dan siapa yang kau terbayang. Kalau dia, cubalah yakinkan dalam diri yang kau sangat sayangkan dia. Tak perlu nak mencari kesempurnaan sangat.
Korang percaya tak, cinta orang buta lebih indah sebab mereka akan sentiasa berpegangan tangan tak kira dimana, tak akan sekali-kali membanding wajah pasangan dengan wajah orang lain, tak perlu rambang mata bershopping, dan 99.99% tidak curang. Itulah kenapa orang istimewa ni lebih gembira dari mereka yang tak istimewa.
Aku buat entry ni bukan apa, orang sekeliling terlalu menjengkelkan. Aku terlalu simpan semua dalam hati. Sebab itulah terjadinya entry macam ni. Secara ringkasnya, orang yang curang ni, tak kira lelaki atau perempuan merupakan orang yang terlalu mencari kesempurnaan hidup. Apa yang dimiliki seakan tak berharga. bila dah kehilangan..
LU FIKIR LAH SENDIRI! Bab kate Nabil..hehe aKu baru je tengok citer LU FIKIR LAH SENDIRI ni walaupun org ckp citer ni dah lapok berhapuk..x pe xpe..janji dari citer tu aku dapat sikit faedah..janji berguna utk aku dah lah..

Tuesday, March 29, 2011

Berilah KemaafaN..




Masa aku bukak draft blog aku..aku jumpe etri ni..dah lame kot aku nak publish tapi asyik x jadi and xde idea nak tambah ayat..asyik tergantung je..ni pasal sebahagian dalam hidup aku lah kot..masa dulu..tentang hidup
Setiap ape yang berlaku dalam hidup kita selalu nya bukan kita yang merancang... ape yang lebih memilukan bila sesuatu benda tu terjadi d luar jangkaan kita...ini lah yang dinama kan lumrah kehidupan... kehidupan kita tidak lah selalunya manis seperti yang kita angan- angan kan... sudah pasti onak duri dan dugaan akan datang silih berganti bersama keceriaan... di sebalik sebuah keindahan akan pasti ada bersama keperitan...
Sebuah senyuman akan pasti pernah bersama kesedihan... sebuah gelak ketawa juga pasti pernah merasai jeritan dan tangisan air mata... kenapa semua ini selalu beriringan dalam diri dan kehidupan kita???? supaya kita x pernah lupa akan kepada NYA yang ESA... supaya kekadang kita terjaga dari ego kita...
Supaya kita terbangun dari lamunan dunia yang sementara.. supaya kita tahu di mana kesalahan kita... supaya kita dapat buka mata kita yang kita pernah ada silap nya.. supaya kita tahu bahawa kita ini punya kelemahan dan kekurangan...
ya allah bila kita tahu sesuatu tu tanpa di sangka rasa kelu lidah nk berbicara... ase macam2 terlintas dalam minda...ase pusing..bagai nk rebah... hurm.. ya allah.. maaf kan aku andai aku ini telah melukakan banyak hati yang memberi cinta suci..tetapi kekecewaan, kecurangan, keegoaan aku balas buat mereka .. maaf kan aku jika aku berada di landasan kegembiraan di atas kedukaan dan kelukaan insan lain... maaf kan aku kerana aku tidak mengetahui semuanya lebih awal...
sumpah aku x bermaksud untuk merampas dia dari ko..kedegillan dia untuk bersama aku and tekad dia untuk melepaskan ko terlalu tinggi.dia ckp dia x bahagia dengan ko, dia dah x leh teruskan hidup ngan ko...aku dah cuba jauhkan diri aku dari dia, aku dah cuba sakitkan hati dia tapi jiwa dia lagi keras dari hati aku..dia dtg cari aku, menharap aku terima dia..sabar dengan segala kerenah aku..berlembut bila aku kurang ajar..aku dah buat macam2 supaya dia benci aku tapi dia still utk bersama aku..aku dah x mampu nak menolak sampai aku boleh janji..“aku nak ko betul2 solo baru aku terima ko”..aku mintak maaf..
aku x sangka, benda tu jadi betul bila dia betul2 lepaskan ko demi untuk bersama aku..sumpah aku x pernah pakse dia..dia datang pada aku..dia yg kejar aku..dia yang terlalu mengambil berat pasal aku..aku kena tunaikan janji aku..dia ckp dia buat semua tu kerana aku,,dia nak aku..aku mintak maaf.

Ya Allah maaf kan aku jika aku telah merampas kebahagiaan insan lain... ape yang harus aku laku kan sekarang? menambah luka pada insan yang lain? berbahagia dan bergelak ketawa sedangkan ada insan yang menangis terluka kerana aku?
Ya Allah semoga insan di luar sana sudi maafkan setiap kesalahan aku ini sama ada aku laku kan dalam sedar @ sebaliknya... ya Allah.. sesungguh nya aku tidak mengetahui kebenaran yang sebenarnya sebelum ini...
Ya Allah.. kuatkan lah semangat ku... aku lemah tanpa petunjuk MU... tabah kan aku YA ALLAH... jadi kan aku setiap dugaan ini sebagai peringatan dari MU... Dekat kan lah diri ku ini bersama MU selalu... tenang kan lah hati ini supaya aku dapat membuat keputusan yang wajar.. YA ALLAH..aku sedih dengan ujian-MU ini... jadi kan lah aku ini seorang insan yang sabar...
Amin..

cuci Mata KT pesta Konvo

Malam ni malam penutup pesta konvokesyen UTM kali 46..so apa lagi jom lah melayan…kt kul 9 lebih2 cm tu irah sampai kt blok aku , jumpe ijah kt bawah studio and terus je p padang kawat sama2....pesta konvo tu buat kt padang kawat cm jugak taun2 sebelum nie..ni kali kedua ah aku pergi pada kali ni selepas second day ari tue..
Time aku sampai tu orang tgh ramai lah..org ckp malam ni malam borong…malam last kan..ye x aku x tau lah cz bab beli membelah ni aku kurang sikit , aku beli benda aku minat je....klu x, aku duk cuci mata tengok gelagak orang tarik pelanggan , org duk pilih barang , org duk bersesak-sesak kt jalan sempit, org duk mengayat awek/pakwe , org duk melantak makanan kt gerai mamak..boleh dikatakan macam2 gelagak ah leh jumpe kt sini..
X tau nak royak gape lagi..tengok gambar jelah erk..
aku dan semut hijau.

suasana kesasakkan and kesemakan manusia kt tapak pesta konvo..tu tu tu cm kenal je budak baju biru tue..tu lah ijah besar..apalah yg dia duk pandang tu..serius gile muka..

ni operasi pilih memilih..aku x terlibat ok...aku duk tengok je..x minat lah tudung berputar belik, berambu-rambu nie..kawan aku je yang duk layan masa ni..

semangat tayang barang yang dah beli..tapi agak2 korang apa benda kt dalam plastik cumill tu erk??

ni pulak bersama arnab yang ciut miuttt gitu..cantik..x caye meh dtg tengok..macam2 jenis arnab kena promort kt sini..

ni budak ijah..korang rasa apa yang dia duk pikir??

ni tempat memekak pulak..adalah 3 4 artis buat performance kt ats pentas tu..x silap aku, Mambai, dePUtra and satu g aku x berapa jelas nama group dorang tapi Munir kot sekali..

semangat kot budak2 UTM laki-laki ni duk layan perasaan dgr Mambai nyanyi lagu "KAU ILHAMKU"

EHH asal ada bunga nie???..huhuhu..nak tau ni bunga Mambai bagi kt aku..walaupun bunga plastik hiasan kt atas meja je, tapi bermakna sbb aku terima dari tangan dia..hehehe..


nilah Mambai, sorang lagi tu member aku..irah.

ni plak munir

ni aku x tau nama apa=P

last sekali sebelum balik..kami makan kt gerai area2 situ...bihum sup tu aku punya and mee kuning tu irah punye..Time ni air x sampai lagi..hehehe

OK. kesudahannya dengan letupan bunga api yg berwarna-warni..perhhhh cantik siuttt....

tu je kot tuk malam ni..selamat tidor.