Thursday, May 31, 2012

Tiket oh Tiket.


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Minggu study week, aku cabut jap dari UTM balik Terengganu..kejap je ok sebab aku tau and cukup utk sedarkan diri aku yang aku x akan pikir or sentuh sikit pun sal study2 ni bila balik kampung. …(mmg jenis aku, aku x leh study apa pun kt umah, asyik nak seronok je.)…aku balik mesti nak rehatkan otak cukup2 kan..

Aku ambik tiket  last minit..ni lah sudahnya…sampai je larkin sentle jam dah 8pg lebey   terus menapak kt kuanter tiket  BUS Transnational ..tapi dia cakap HABIS…Aku p  kat kuanter  bus Maju plak..kakak yang jaga tiket tu cakap “adik datang lambat cikit je, baru je habis untuk pagi ni..yang kul 11 pg pun dah habis”…

Nape x habisnya tiket ..sekarang kan musim orang cuti sekolah ..so susah sikit nak dapat tiket ke pantai timur..asyik full je..(padam muka aku)..gatai nak balik sangat…

X putus asa aku try tanye tiket bus lain yang  ke Terengganu pagi ni..ye lah x kira cam ner aku nak balik jugak pagi ni..bus Durian Burung pun habis, cepat express pun habis, sri maju pun habis...lastnya  aku tawakal kat  kaunter Bus  Adik Beradik..

last dapat gak tiket balik..

syukur dapat jugak walaupun kena tggu sampai kul 10 pg baru bas gerak..x kesah ah janji balik..bus Adik Beradik, x pernah terlintas pun n x pernah naik pun sejak 4 tahun aku berulang alik dari JB-TRG or TRG-JB..first time sangat..

bas ni lah yang bawak aku balik Terengganu kali ni..

Moral=jangan  suka sangat beli tiket last minit..atas nasib je ada or tak.

Aku sampai Terengganu dah petang..penatnye….

Sekian…



Wednesday, May 30, 2012

Gambar kenangan.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sape ada gambar kenagan, sila angkat kaki..hehe…comfirm semua ada kan gambar kenangan..

Mana korang simpan or letakkan gambar kenangan tu..dalam  beg duit, dalam telefon or dalam laci meja tulis korang..x kesah ah kt mane pun janji ia ttp gambar kenangan kan..

Klu yg simpan kt dalam beg duit or kat dalam tel tu mesti hari2 korang bawak p sana sini kan..tapi pernah x korang tanye diri korang sebab apa korang bawak gambar tu sentiasa dengan korang..sebab utk hilangkan rindu ker?sebab telalu sayangkan orang dalam gambar tu ker?...

Ahhh  x kesah lah tuk apa kan..bukan satu kesalahan pun kan..yang jadi kesalahan bila korang bawak hanya sebagai rutin harian..korang bawak setiap hari, tiap masa ..tapi korang  tak  sedar pun kewujudan gambar tu di samping korang..sedihhhh kan..

Gambar kenangan..jika kita hanya membawanya demi sekadar secebis ingatan maka kita peroleh hanya satu cebisan memori yang mungkin indah atau hanya secebis kenangan yang membuatkan kita mengingati seseorang.

So pandai2 lah korang hangai and  buat apa pun ngan gambar tu..gambar  kenangan ni sebenarnya boleh memberikan kita suatu perasaan negetif and positif sebenarnya..

Contoh kalu korang tengok gambar yang membawa kenangan manis dalam hidup korang..mesti korang tak  puas tatap gambar tu kan sebab walau  hanya sekeping gambar kenangan yang membwa satu memori  yang cukup  indah  tu mampu memacu ingatan kearah kenangan yang paling indah dalam hidup korang...

Then, bila korang tatap pulak gambar kenangan yang membuka kenangan yang cukup pahit dalam hidup korang. Pasti perasaan korang  berubah jadi satu perasaan yang menerbitkan api kemarahan dan boleh mewujudkan perasaan negative dalam diri korang.

Gambar kenangan ni boleh buat korang rasa macam2 perasaan samada negative or positif..so , pandai2 lah korang kawal perasaan korang tu supaya hidup korang lagi ceria, indah dan bermakna untuk diri korang dan jugak untuk orang2 sekeliling korang.



Sekian…




Tuesday, May 29, 2012

Kalau sudah jodoh kita, tak ke mana


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kalau hak kita, hak kita. Buat apa pun untuk  mendapatkan sesuatu kalau bukan hak kita,  tetap bukan hak kita. Berpegang   pada apa yang  kita usahakan itulah yang kita akan dapat, tapi kena jugak  faham apa yang dikehendaki  kalau bukan hak kita, jawabnya bukan hak kita.

Bercinta  gane pun kalau bukan jodoh kita, tetap bukan jodoh kita. Biar macam mana  halangan pun  yang terjadi , kalau jodoh kita, jodoh  kita. Kalau milik kita, tetap milik kita. 

Biar macam mana ruang yang terbuka, kalau bukan jodoh kita, bukanlah jodoh kita.
Terima hakikat kehidupan ini keseluruhannya adalah dalam pantauan qada dan qadar Allah.

Kita boleh berdoa berusaha, berikhtiar dan bertawakal, moga-moga takdir kita berubah mengikut kehendak kita, tetapi kalau bukan hak kita, ia tetap bukan hak kita..ok.

Sekian..





Monday, May 28, 2012

Novel =Akhir sebuah cinta- siti Nur Dhuha.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Penulis yang sama  ngan  novel  my love playgirl.



Synopsis

Apalagi yang ada pada diri seorang wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa-apa lagi. Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa-apa harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dengan apa yang berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.


“hai, baru sekarang nak balik. Keluar dengan lelaki, lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tengku  Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? Atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam-diam ubi berisi.” Tengku Khuzairi tiba-tiba berkata.

Dia..lelaki yang telah disyaki membunuh. Dia..lelaki yang banyak menyakitkan hati aku. Dia..lelaki yang pernah menengking aku. Dia ..lelaki yang sering membuatkan aku menangis. Dan dia..banyak melukakan hati aku. Dengan tiba-tiba air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi..kenapa kau perlu dating dalam hidup aku.

Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorang gadis kampung yang tak ada apa-apa. Kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abang aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu tengok abang aku kena sisih dengan saudara-mara aku.


Hadirnya dirimu..kubagaikan ingin bernafas seribu tahun lagi.

Sekian.




Saturday, May 26, 2012

Wanita sering bosan-cepat gemuk


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tahukah anda apa penyebab wanita untuk cenderung makan berlebihan dan mengalami penambahan berat badan secara signifikan hanya dalam waktu beberapa minggu? Ternyata ia disebabkan oleh masalah kebosanan.

Kesimpulan tersebut didapati daripada kajian yang dilakukan terhadap 5000 orang dewasa. Melalui kajian itu, satu per empat makanan yang dimakan setiap hari oleh golongan ini ternyata bukan disebabkan oleh rasa lapar.

Biasanya , bila bosan, wanita akan mengalami kelebihan kalori sebanyak 520 dan lelaki pula sebanyak 650 kalori. Meski lelaki banyak kelebihan kalori, para penyelidik menyatakan wanita cenderung lebih rentan mengalami hal ini berbanding lelaki, terutama bila sedang kesal atau sedih.

“mengawal apa yang anda makan sememangnya bukanlah mudah. Untuk itu, ada baiknya anda terlebih dahulu mengetahui apakah keinginan untuk makan itu, sama ada benar-benar didasari  rasa lapar ataupun berdasarkan emosi anda.
Awas, sekiranya anda makan disebabkan emosi, kerana ia boleh menyebabkan anda kegemukan,” ujar pakar gizi, Mary Strugar yang turut serta di dalam kajian ini.

Sekian..




Thursday, May 24, 2012

SEDIH.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ada sape2 sedih tak  minggu ni, minit ni, saat ni…don’t  sedih-sedih lah kawan yer....


Buat menda kita nak sedih kalau orang lain tak faham kita
Kan baik kalau kita sedih sebab kita tak boh memahami orang lain.
Buat menda kita nak sedih bila orang lain tidak percayakan kita
Alangkah baiknya kalau kita sedih sebab kita tak percayakan diri sendiri.

Tak yah lah nak sedih sangat bila orang lain tak beri kesempatan pada kita
Tapi sedihlah sebab kita belum buat persiapan untuk sesuatu perkara tu.
Janganlah sedih bila orang lain tidak menghargai kita.
Tapi kan bagus kalu kita sedih sebab kita tak boleh nak hargai orang lain.

Jangan sedih sangatlah bila ada orang hina kita
Sedihlah sebab kita sendiri buat diri kita menjadi hina.
Tak yah sedih bila ada orang maki hamun kita
Tapi sedihlah bila kita sendiri yang mulut jahat pada orang lain

Janganlah sedih bila kita ni selalu kena kritik, kena komen macam-macam..seolah-olah semua yang kita buat x kena pada mata orang lain.
Tapi kita sedihlah sebab kita sendiri yang tak pernah nak baiki diri kita jadi lebih baik.
Jangan sedihlah bila kita ni selalu jatuh
Tapi sedihlah sebab kita sendiri tak mampu nak bangkit balik.

Janganlah bersedih kerana perjalanan hidup kita yang penuh ngan pahit getir tu
Tapi  sedihlah kerana kita tak pernah belajar dari pengalaman.
Sebab kunci masalah itu ada dalam diri kita sendiri sebenarnya bukan ada kat lain.

*berapa banyak kali sedih lah*

Apa pun terjadi, semua itu takdir Allah yang harus kita terima dengan dada yang lapang.




Wednesday, May 23, 2012

Ujian Hidup.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 




Untuk menhindar kesusahan yang sedikit kerana tahan daripada menanggung kesusahan yang lebih besar yang tidak sanggup di tanggung oleh badan… Apa yang berlaku adalah permainan takdir dan kita sebagai pelakonnya… 

aku tetap TERTAWA walau aku 
sbenarnya ingin MENANGIS.. 
aku tetap TERSENYUM walau aku 
sebenarnya KECEWA.. 
aku tetap KUAT walau aku 
sebenarnya SUDAH LEMAH.. 
aku tetap SEMANGAT walau 
aku TERTEKAN oleh masalah.. 
dan yang terpenting aku tetap SABAR 
dan memandang segalanya baik saja walau sebenarnya hatiku sedang TERLUKA..


Sesungguhnya aku redha dengan ketentuanMu YA ALLAH.

Pencinta Terbaik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

jom kita layan lagu jap..





Berikan ku peluang terakhir sekali lagi 
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati 
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna 
Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku 
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh 
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta 
Luangkan diri ini lebih masa 
Melengkapkan kekurangan yang ku ada 
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan 
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik 
 Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin 
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin 
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta 
 Luangkan diri ini lebih masa 
Melengkapkan kekurangan yang ku ada 
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan 
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik 
 Maafkan seandainya ku masih amatur cinta 
 Luangkan diri ini lebih masa 
Melengkapkan kekurangan yang ku ada 
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan 
Sehingga diriku menjadi pencinta… ooo 
Pencinta terbaik


BAHAGIA @ DERITA



Kita boleh memilih sama ada mahu bahagia ataupun derita. Kita sebenarnya di beri pilihan. Bukan tak de pilihan dalam hidup kita ni. Cuma kita kena tabah, kita kena kuat untuk keluar dari sebarang kesengsaraan untuk mendapatkan suatu kebahagian. 

Kita kena patuh pada Allah, kita kena sujud padaNya dengan penuh kepecayaan kerana orang-orang yang mempunyai Allah dalam diri dia pasti tidak akan kecewa. Kita boleh bahagia kalau kita cuba nak bahagia

 Dalam hidup aku ni, aku dah rasa pahit manisnya, sedih dan dukanya. Dan sebab yakin Allah itu ada dan sentiasa membantu kita kalau kita selalu ingat Dia dan mintak pertolongan dariNya..hidup kita lagi bermakna dan akan rasa lagi tenang dan bahagia.

Macam kawan aku pernah cakap kat aku masa aku tgh down gila-gila, stress , serabut and what everlah..dia cakap :

“seseorang manusia itu tidak akan di uji dengan sebarang ujian yang dia sendiri tidak mampu menanggungnya. Selagi ujian itu diletakkan di bahu seseorang manusia, itu bermakna bahawa dia mampu berhadapan dengan ujian tersebut.




Sunday, May 20, 2012

MY LOVE PLAYGIRL-siti nur dhuha

Novel  yang buat aku gelak je sepanjang  baca..serius memang best sampai sakit perut aku duk  gelak ngan pembawaan watak Puteri Laila dan Hasrul ni..



Synopsis sikit=

Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul  dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya.

Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila. Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Dan bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

“hei orang miskin, kau dengar sini! Aku akan ingat perbuatan atuk kau tu sampai bila-bila. Dan aku jugak takkan lupa perbuatan kau yang menyimbah air ikan pada badan aku. Aku akan laporkan semua ni pada daddy aku. Daddy aku akan cari kamu berdua dan ajar kamu secukupnya. Daddy aku orang kaya tau, dia boleh buat apa sahaja.”-Puteri Laila


Mentang-mentang anak orang kaya, ingat aku takut. Aku pun kaya jugak tau. Aku ada lalang-lalang kat belakang rumah aku tau. Hasrul teringatkan semak belukar di belakang rumahnya. Tak ada duit, ada pokok-pokok kayu pun jadilah.

“ ini cincin yang Rul bagi kepada saya sewaktu dia melamar saya. Malah  dia sudah berjanji nak berkahwin dengan saya dalam masa terdekat ni. Apalah sangat yang Rul boleh harapkan dari isteri seperti awak ni, entahkan mampu memberikan zuriat padanya ataupun tak.”-azia


MY LOVE PLAYGIRL.



Friday, May 11, 2012

Cinta Kau Dan Aku- Siti Rosmizah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta.


Synopsis.

“apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat waung lagi bagus. Apa , kau ingat , kau tu jantan ke. Nak jadi driver,” marah Mak Timah.

“kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?” soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

“sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang.

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia  dikejutkan dengan suara yang amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendegar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya.

CINTA KAU DAN AKU.

Dalam tawa akan ada tangisnya.



Wednesday, May 9, 2012

Pesta Konvo UTM 2012.


Malam last pesta konvo kat Utm..Aku x ketinggalan utk besesak-sesak  di padang kawat Utm  ni dimana berlangsungnya pesta konvo ke 48 utm 2012.




Menyaksikan persembahan dari beberapa artis  iaitu mambai, mawi, awi rafali dan jugak pengacara malm ni yang memang giler-giler..x silap aku  dari band  D Putra kot..


Gambar  bersama ngan mascot utk pesta konvo iaitu semut hijau..

tu jee..

sekian...




Monday, May 7, 2012

MALAM ASPIRASI PERANCANG 2012

5/5/2012 ari tu aku join dinner under PEWIBAWA atau lebih dikenali dengan Malam Aspirasi Perancang...program ni kira program tahunan Pewibawa untuk meraikan final year student Perancangan Bandar dan Wilayah UTM..

Tema malam tu ialah MUsical NigHt yang dianjurkan oleh student tahun 2 sepenuhnya..

 ni kira perjalanan program muSical Night 2012


 aku ngn ieda..ni bergambar sebelum nk mkn..


 syokknya makan..makan puas2 gitu coz bayar mahal 30 hinggit tau.


ada persembahan setiap batch lagi..x silap aku ni batch tahun 3 perform kot.. 

 ni persembahan dari batch kami..4sbw.. lepas je habis persembahan dewan jd malap...upernya ada kejutan dari batch tahun 2..dpat 2 bijik kek coklat lg..thank 2sbw.


 king and queen of Musical ..dua2 dari 4sbw..
zul& mek nor

 lepas tu sesi bergambar2...ni kira saat and kenangan terakhir aku sama-sama dengan rakan-rakan  seperjuangan selama lebih kureng 4 tahun ni..





*
*
*
*
*

Bagi aku ni bukan lah dinner terakhir aku kat utm ni, coz tahun depan aku  leh join lagi utk second dinner for final year student...nama je aku student tahun akhir sem ni ..tapi aku belum habis study lagi..ada lagi 2 sem yng aku kena hadapi...

tadaaaaaaaaaa...

sekian.



Friday, May 4, 2012

Narnia 3


Ok..dah tengok NARNIA 1  dan  NARNIA 2..next , Narnia 3 pulak..Narnia 2 dan Narnia 3 ni aku tengok hari yang sama..terus sambung je lepas finish tengok Narnia 2 tu sbb time tu aku bosan sangat kat bilik xde buat apa., so aku layan je citer ni..


The chronicles of Narnia =the voyage of the dawn treader.

SINOPSIS:Narnia 3 


Narnia The Voyage of the Dawn Treader mengisahkan tentang Lucy dan Edmund becuti di rumah sepupunya  Eustace Clarence. Mereka kembali ke negeri Narnia setelah gambar lukisan kapal yang berada di kamar Lucy tiba- tiba hidup. Mereka terjatuh di sebuah samudera dan diselamatkan oleh seorang pedagang (Dawn Treader).


Setelah selamat, Lucy dan Edmund bertemu dengan kawan lama mereka iaitu  Raja Caspian (dulunya masih pangeran) yang bersama mereka mencari tujuh Raja yang hilang di Narnia seperti apa yang pernah mereka janjikan dengan Aslan. Selain itu mereka juga mendatangi Burnt Island, Deathwater Island, The Duffer’s Island dan Pulau dimana mimpi menjadi kenyataan.
 

 Pulau terakhir itu membuat mimpi buruk menjadi kenyataan dan tidak pernah mereka lihat sebelumnya, tetapi disitulah mereka akan menemukan salah satu raja Narnia yang hilang.

Pada akhirnya, Lucy, Edmund, Eustace dan Reepicheep berlabuh dengan perahu kecil menyeberangi lautan bunga sampai mereka mencapai sebuah dinding yang berupa air terjun yang menjulang hingga ke angkasa.

 

Reepicheep mendaki air terjun tersebut dan ia tak pernah melihat Narnia lagi. Edmund, Eustace, dan Lucy berjalan terus hingga mencapai suatu pulau dimana terdapat sebuah lampu lilin disana.


 
Lampu lilin tersebut membawa mereka kepada Aslan yang mengatakan bahawa Edmund dan Lucy tidak akan kembali ke Narnia lagi. Mereka harus belajar bagaimana menjadi diri mereka sendiri didunia mereka yang sebenarnya, selanjutnya Aslan menhantar mereka pulang ke dunia nyata.

Sekian sudah kisahnya Narnia.