Followers

Thursday, December 9, 2010

Memang khilafku_



Memang khilafku..menyayangimu..
memang silapku..mencintaimu..
tapi ku tahu semua itu..tak akan kembali lagi..
Bukan ku pinta segunung janji...
tidak ku harap sinaran ini..
cuma ku ingin..
setulus kaseh..
kesetiaan kekal selamanya..
senyum mu..
enggan pergi..tawamu..mengiringi..
wajahmu ku terbayang..
hadirmu dalam mimpi..
potrait mu ku tatapi..
mengharap kau kembali..
Memang ku rindu..
saat
bersamamu..
memang tk mampu..
melupakan mu..
tapi ku tahu semua itu..
tak akan kembali lagi..
Selamat tinggal pada kenangan..
selamat tinggal pada igauan...
terima kasih..
aku ucapkan..
untuk percintaan ini..

Tuesday, December 7, 2010

Buat seorg insan...:>??



Aku telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta aku. Tapi pertama kali bertemu denganmu , hati aku terus terpaut... Demi tuhan, aku tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya..

Aku
telah menolak cintamu , tapi kau mencabar aku dengan kejujuranmu, aku tahu yang kau tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, kau berjanji aku bukan salah seekor kupu-kupu perhiasan di dinding kamarmu....

Hanya dengan sebuah renungan, aku
jatuh tersungkur ke penjuru matamu.... aku tak dapat membohongi perasaan aku bahawa aku menyayangimu.. Dan saat aku mencintaimu, aku jatuh ke dasar perasaan yg paling dalam... Lemas dan hampir tenggelam... dalam lautan kasih sayang, seribu impian, dan aku mula terpikir, aku mengembara ke hujung dunia, mencari dirimu, rupanya kau ada di sisi aku selama ini dan baru aku sedari tika dan saat itu...

Bagai merpati putih cinta aku berkelana mencari singgahsana di hatimu... nyata aku
tak temuinya..... Tapi akhirnya, bila kau telah memiliki cinta aku... kau mencampakkannya jauh ke dasar laut yg tak mampu aku selam.... disana aku tak mampu melihat cahaya.. kau beri aku harapan, dan akhirnya kau jugalah yg menyalakan api dan membakar aku dalam diam...

Aku
sedih sangat, bila kau kata kau tak tahu apa yg sebenarnya kau cari.... Tapi jauh disudut hati ini aku merasakan kau masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tak akan pernah dewasa..... Atau mungkin juga.. kau belum pernah benar2 jatuh cinta pada seseorang... Jadi, selama ini siapa aku dihati mu...????

Adakah selama ini kau sebenarnya tidak pernah menyintai aku?


Siapa yg memujuk aku untuk membuka pintu hati?


Siapa yg mengajar aku,bahawa Cinta itu perlukan pengorbanan?


Siapa yg memberitahu aku agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??



kau
mungkin jenis lelaki yg boleh menyintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi aku pula seorang perempuan yg percaya bahawa dalam hidup aku hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkhawinan....

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.......


Melangkah pergi meninggalkan mu, telah mengambil seluruh kekuatan yg aku ada. Jangan anggap aku tinggalkan kau kerana aku bencikan kau. Jangan pernah menganggap..

Bagaimana harus aku bencikan kau, sedangkan setiap hari, aku merindui kau, biarpun pada ketika kau berada disisi aku... setiap saat aku mengingati kau seumur hidup ini aku mencintai kau...



Sebelum aku
menghilang dari dunia mu, aku ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah kau tahu. Kalaulah kau bertanya pada aku, sedalam mana aku cintakan mu, inilah jawapan aku....

'Kalau suatu hari, kau kehilangan suara, aku akan memberi suara aku, agar kau dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu, aku akan bisu buat selamanya....'


'Dan kalau suatu hari kau kehilangan hati, aku akan memberi hati aku
agar kau dapat hidup untuk selama-lamanya, Meskipun waktu itu aku tiada lagi di dunia ini...(kau tak pernah tahu).

Seseorang pernah berkata,

'If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place.....'


Kerana aku
mencintai kaulah aku melangkah pergi, demi kebahagiaan mu.... aku berdoa supaya suatu hari nanti, kau akan temui apa yg kau cari.... Supaya suatu hari nanti kau akan memahami apa erti cinta yang sebenar... supaya suatu hari nanti, kau akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang.... dan semoga kau takkan pernah terlewat untuk menghargainya.....

aku
percaya pada tuhan yg mempertemukan kita, aku tahu ada hikmah disebalik semua ini.... dan aku tak akan menyoal... aku juga tak pernah kesal.... sekurang-kurangnya sepanjang mengenali mu , aku telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan aku.

aku juga percaya, andai benar kita punya jodoh,kau
akan kembali pada aku.... itu bukan harapan aku... tapi aku ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan... Dan kalaupun kau takkan pernah kembali pada aku, aku percaya, mungkin itu yg terbaik...