Followers

Showing posts with label SiNoPSiS. Show all posts
Showing posts with label SiNoPSiS. Show all posts

Saturday, August 11, 2018

Dia ex aku!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


18/4/2008-14/3/2018


Allah sebaik baik perancangan..

Terima kasih untuk segala galanya..

Daripada aku x tau apa apa pasal hidup ..aku belajar macam macam..pengalaman dari pengalaman..kesakitan ..kekecewaan ..penipuan..bahagia...semuanya aku sudah masak bersama kau..

Dari aku budak mentah..dari aku budak kampung yang x tau apa apa pasal sosial..pasal lepak..aku terjebak bila aku mula masuk dalam dunia kau..KEMAMAN..daerah yang menyimpan seribu satu kenangan buat aku..bermula saat perkenalan ngan kau sampaikan saat kita mula berjauhan dan berpisah akhirnya..

Dari zaman couple..zaman aku study jauh ke negeri org..kita x pernah putus hubungan..bertahun tahun..macam macam yang kita lalui..macam macam kenangan yang kita hadap..sampai akhirnya aku sah jadi milik kau..ingt tarikh 26/12/2013 kau lafazkan aku terima nikahnya.....

Aku ingt perkahwinan tu indah..tapi aku silap...masa kau belum dapat aku..kau take care baik sangat..kau penyayang kau romantik sangat..kau x pernah biarkan aku susah..tapi bila dah kawin banyak benda yang berubah..kau buat aku macam binatang..kau sepak terajang aku macam bola..kau seksa jiwa aku..kau cukup pandai berlakon...cukup pandai ambik hati aku balik bila kau dah puas sakitkan aku.

2tahun aku hidup ngan semua ni..saat aku mengandungkn anak kita..aku sorang sorang..sedangkan kau jauh dari aku..apa yang menyakitkan bila kau skandal ngan betina lain saat aku sarat mengandungkan zuriat kita..yap aku terima kau..aku maafkan kau..sebab aku pikir anak jee...sampai aku tau kau dah betul betul xde hubungan ngan betina tu..

10/9/2014..anak kita lahir..boy..saat tu tuhan je tau macam mane susahnya keadaan kita..aku pendam sorang sorang..aku tundukkan malu aku ngan family aku..tapi kau buat bodo..x de perasaan bersalah langsung...klau aku x kuat saat tu memang boleh meroyam kot..

Lepas ank dah 2 bulan..kau beria ajak tinggal sekali balik..dan detik derita hidup aku kembali..sangat sangat menyakitkan..

Dan sudahnya bila family aku tau apa yang berlaku selama aku ngan kau..dorang jejak aku..selamatkn aku dari semua derita jiwa tu..bawak aku balik..

Dan semua tu berakhir 14/3/2018 bila kau lafazkan aku ceraikan....

Lega sangat saat tu..satu beban kat kepala aku dah terpadam..2tahun aku tergantung tanpa tali..dan hari ni aku bersyukur sangat sebab aku dah boleh terima takdir hidup aku.

Buat MSS..aku x kan pernah berdendam ngan kau..aku x kan persoal lagi baik buruk kau pd aku selama ni..sbb aku tau aku pun bukan isteri yang sempurna..aku belum cukup baik untuk kau.mungkin jodoh kita takat ni je..mungkin ada insan lain lagi baik dari aku untuk kau lepas ni..mane tahu kn..cuma aku harap kau berubahlah.

Terima kasih untuk setiap kisah suka duka kita..aku mintak maaf banyak banyak sebab aku x mmpu untuk berada ngan kau lagi..ampun salah silap aku selama jadi couple kau..tunang kau dan isteri kau..

Jahat macam mane pun kau pada aku..kau tetap ABAH pada SHAQEEL.

Aku doakan kau bahagia tanpa aku.


 SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Thursday, April 18, 2013

R.E.V.I.E.W book || Travelog Kehidupan Abadi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera






Travelog Kehidupan Abadi , Perjalanan menuju dewasa..sesuai untuk semua golongan yang tengah menuju alam dewasa_ sebagai seorang lelaki, ayah, dan insan yang sedang menuju kedewasaan yang hakiki. buku yang tidak khusus buat wanita semata-mata.

penulisan yang menyentuh jiwa yang menyelitkan unsur-unsur ketuhanan dan kemanusian.teguran yang bersahaja tetapi beri impak yang mendalam buat pembaca.

jom L.I.K.E BACA BUKU

Sekian.



Sunday, April 14, 2013

AKU BUKAN BOLA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


huhu..baru je lepas khatan novel AKU BUKAN BOLA...macam2 cubaan and dugaan uji diri Arisya dan Khyrill.. lastnya dorang still loving..bestt nye..nak tau citer panjang sila terjah kedai buku cari buku ni ye..




Sinopsis
Mohd Khyrill Zafrie, pemain bola pujaan wanita. Cintanya hanya untuk Nur Iris Arisya. Namun badai cinta mula melanda setelah Khyrill terpaksa pergi ke satu desti nasi jauh demi cita-citanya yang menggunung. Pemergiannya mengecewakan Arisya. Rasa cemburu membuatkan ikatan cinta yang dibina, kian terlerai. Saat luka Arisya masih berdarah, Tengku Fauzie datang mengetuk pintu hati nya. Jejaka kacak dan kaya ini pada mulanya ti dak percaya pada cinta, namun rasa cinta pada Arisya membuai dia dalam satu perasaan aneh. Sayang seribu kali sayang, hati Arisya terlalu sukar untuk ditebak cintanya. Adakah rasa cinta Arisya pada Khyrill Zafrie masing menggunung? Siapa pilihan Arisya, Khyrill Zafrie atau Tengku Fauzie?



Kalau dah memang dia jodoh kita, sejauh mana pun dia pergi, dengan siapa pun dia bersama, dia tetap akan datang dan menjadi milik kita "♥"

sekian.


Saturday, December 29, 2012

W.E.E.K.E.N.D : Layan Budak Pailang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam hujung minggu korang..oh yee...apa xtvt korang ari ni???..yang x tau buat apa tu..moh ikut aku p library buat yang tengah rakus study untuk Final Exam tu..hihihi.. kalau x nak study pun online sini bapak laju gileer kot..coz tu aku suka lepak sini..

orait..sebelum study..cuci mata ngan citer baru aku download ni dulu..hahahaha...gelak jahat..apa nak jadi lah ni..dah gian layan movie sudahhh..xpe2..petang2 study banyak2 cepat letih +  ngantuk..so, ni ubat dia hehe..bagi aku lah..korang aku x tau cam ner..

sape dah tengok citer ni ( BUDAK PAILANG) ..aku tau lah citer ni dah lama kuar kan..tapi tengok tajuk pun buat aku serius x sabar nak tengok..aku kalau bab citer gangter, kongsi, aksi-aksi ni boleh  lagi lah layann..

Budak Pailang, sebuah filem remaja aksi yang memaparkan realiti kehidupan budak budak Pailang. Perkataan PAILANG di sini membawa kepada cerita BADRUL (Aeril Zafrel) yang merupakan seorang samseng, jahat, dan suka membuli.


Mangsa yang paling mereka suka kenakan adalah RODI (Nizam) yang nerdy dan lemah. Namun, Rodi yang sudah tidak tahan dibuli telah mengupah geng Budak Nakal untuk memukul Badrul dan kawan kawannya. Geng Budak Nakal terserempak dengan Badrul yang sedang mengorat SHE (Wawa Zainal) dan mula membelasah Badrul. Badrul cedera teruk kerana cuba melindungi She

Bermula daripada kejadian tersebut, She dan Badrul mula menjalinkan hubungan cinta. Dirumah, Badrul lebih bersikap mendiamkan diri dan membiarkan apa sahaja yang dibebelkan oleh maknya, ESAH tanpa sebarang reaksi. Dek kerana sudah tidak tahan hidup dalam kemiskinan, Badrul mula melibatkan diri dalam dunia dadah dan menjadi anak buah kepada ALEX (Zul Handy Black), seorang pengedar dadah yang terkenal. 

Kehidupan Badrul berubah menjadi senang lenang dan kaya. Sehinggalah Badrul kematian seseorang yang sangat disayanginya. Badrul mula sedar diri dan mahu berubah namun banyak halangan yang menghalangnya.

ok..kalau korang nak dowload citer ni leh terjah SINI..


sekian.

Wednesday, April 18, 2012

Novel= Lukisan untuk E-ah—Aryusz

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Synopsis


Faiq:
akan ku kejar bayanganmu selagi termampu!

“hei , mamat tiga suku! Jaga sikit mulut kau tu ye. Cakap ikut sedap mulut kau je.”
“mestilah aku cakap ikut sedap mulut aku. Takkan nak ikut sedap mulut kau pula. Apa pun, aku pun belum rasa mulut kau lagi. Jadi, aku tak taulah rasa sedap ke tidak.”

Fathiah:
Bengong! Gila! Itulah perkataan yang paling sesuai untuk Faiq tiga suku ni!
Pantang berjumpa, pasti akan tercetus perang mulut antara mereka berdua. Nurul Fathiah dan Faiq Ezwan kenal sejak bergelar siswa di Universiti Teknologi Mara (UITM), SEGAMAT. 

Faiq  suka buli Fathiah , dan Fathiah pula jenis yang tidak mahu mengalah. Tiba-tiba Faiq berubah laku. Kata teman-temannya, mungkin lelaki itu sudah jatuh cinta dengan diri Fathiah.

Selama ini segala yang dilakukan oleh Faiq dipandang serong oleh Fathiah. Baginya , cinta kampus tidak menjamin apa-apa. Apatah lagi Faiq pernah menggelarkannya ‘pengkid’ satu ketika dulu. Namun begitu, segala ketentuan ilahi tidak dapat dielakkan. 

Pertemuan selepas tamat belajar berlangsung secara tidak diduga. Dapatkah fathiah membuang segala egonya untuk tunduk dan akur lagi kepada cinta seorang lelaki? Dan berjayakah Faiq meraih hati perempuan yang pernah dia hina dulu?

sekian...




Saturday, April 14, 2012

Novel= Diari Cintaku-Eina Afrina

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aduhai cinta..ia dating jua walau kehadirannya tak kupinta.

Synopsis


Bukan keinginan Maizatul meneima Shahril, tapi itulah bukti pengobanan seorang anak. Perkahwinan tanpa rela itu membebaskannya dari cengkaman ibu tiri yang kejam. Maizatul pasrah menyerahkan takdirnya pada shahril biarpun lelaki itu tidak pernah mencintainya. Mereka  lebih selesa menjalani hidup sebagai teman tapi mesra.

Memang kecoh bila suami isteri itu menjadi housemate dan berpura-pura bahagia di hadapan keluaga masing-masing. Bagi shahril, terlalu sukar meluahkan cinta di saat jiwa begitu egoistic. Maizatul semakin jauh, jauh dan jauh menanti ungkapan cinta yang tak pasti.

“saya nak kerja bukan saja kerana bosan tinggal di rumah tapi juga untuk persiapan di hari depan. Sekurang-kurangnya bila awak ceraikan saya nanti, saya dah ada pendapatan sendiri. Tidaklah terlalu bergantung pada awak”.-maizatul

“aku tak tau macam mana nak mulakan. Tambah lagi bila tengok muka zatul yang selamba badak tu, memang terkedu mulut aku. Aku risau kalau dia ketawakan aku. Kau tak kenal perangai zatul yang gila- gila tu;--shahril

Maafkan aku Amin…aku tak mungkin dapat meneimamu dalam hatiku. Banyak yang ingin aku padamkan dalam hidupku. Termasuk melupakan seraut wajah milikmu yang hanya membuat aku semakin teluka. Jika perlu aku akan pergi jauh dai sini. Pergi lebih jauh agar  aku benar-benar dapat melupakan bayangan semalam yang masih menghantui hidupku---maizatul.

Sekian..




Wednesday, April 11, 2012

Novel= Genersik Kalbu- Anis Ayuni


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Synopsis



RAIHANA…pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang  bias melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun , jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kalu biarkan begitu sahaja.

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya..bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

SUFIAN…cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu dihati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. 

Mengertilah..semuanya bukankemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun baying duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimipi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya ,Raihana  begini dan sufian begitu. Dimanakan  titik pertemuan mereka?.

Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai.

sekian..








Wednesday, March 9, 2011

Eh! Kau pe hal?"


A thought of a nowadays lifestyle..
Indah tak kalau hidup ini berbalik ke basic dalam menjalani sesuatu perkara? Tapi bukan la untuk semua perkara.
Mungkin ada indahnya kalau kita saling boleh menerima teguran-teguran untuk kebaikan kita juga. Aku silap, kau tolong la tegur kan, kau terleka aku tolong tegur kan. Sure banyak benda n perkara akan lebih terjaga. Tapi, itulah – bercakap memang senang. Kadangkala bila orang tegur kita dengan ikhlas hati untuk kebaikan, kita pula yang tak reti nak memandang positif akan teguran tu mula membina prasangka kat dalam diri dan merasa di kacau kehidupan kita, maka terlontarlah;
“ Eh! Kau apahal nak sibuk sibuk tentang aku ni?
Kau jaga je hal engkau, aku jaga hal aku.
Macam la bagus sangat.”

Tapi itu adalah reality kehidupan kita sekarang, satu lifestyle yang tanpa sedar kita telah berubah jauh dari asas yang baik yang dipraktikkan dahulu. Ada yang mudah merah telinga bila diberikan teguran, walaupun ianya benar n dia sendiri mengakui ianya patut diberi teguran, tapi lain halnya bila timpa ke atas batang hidung sendiri. Merah padam muka, panas je rasanya. Kenapa ekk?
Pada aku, kita patut lebih rasional bila menerima teguran, bukakan fikiran, jangan mudah sangat angin satu badan. Kalau betul, sepatutnya kita bersyukur dan berterima kasih sebab kita mendapat peluang untuk membetulkan diri kita sendiri. Bukan senang orang lain nak berterus terang dan memberikan teguran yang baik untuk kita. Dan, kalaulah… kalaulah tidak benar, anggap saja seperti masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Kenapa perlu disemakkan kepaLa hotak kita dengan rasa bengang dan marah pada org lain dan memikirkan sesuatu yang kita yakini tak betul. Tapi betul ke apa yang kita yakini as betul itu sememangnya betul? Kata orang; manusia menilai diri sendiri menerusi pandangan orang lain. Ada betulnya dan ada salahnya. Kalau penilaian itu tidak diadunkan dengan emosi, aku rasa aku setuju. Kalau penilaian tu dicampuradukkan dengan emosi terutamanya yang tak tentu hala, of coz la negatif jadinya.
It’s never as good as you think it is,
and it is never bad as you think it is.


Thursday, November 11, 2010

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....