Followers

Wednesday, January 26, 2011

thing i'll never say

Ermm...after all, banyak sangat menda yg kita fikir, kita lalui and hadapi setiap hari.Kadang-kadang letih jugak la dok nak mikir semua tu, macam-macam ada nak dipikirkan. Tapi apa apa pun sebenarnya semua tu la yang mendidik kita dan mematangkan kita, kan?

' Hidup yang entah manalah panjangnya ini cukup buat kita untuk berfikir sesuatu tentang sesuatu. Aku bukannya seorang pengkaji juga bukan seorang filosoper cuma seorang hamba yang bernafas dengan izinNya dan entah selang beberapa saat nanti nafas aku juga terhenti keranaNya. '
Itulah kot yang kita panggil 'pengalaman', ye tak?

Pengalaman dalam kehidupan, yang pada aku bukan sekadar mengajar kita untuk selalu menang dan tak boleh gagal. Seeloknya kita didiklah diri kita agar belajar dari semua pengalaman samada yang kita lalui sendiri, perati orang lain, dengar pengalaman orang lain tentang bagaimana nak mengatasinya kerana kadang-kadang kegagalan tu merupakan pengajaran untuk kita terus berusaha dan memperbaiki diri. In short, setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya la. Ada reason dia.

Aku selalu sangat baca, dengar org dok cerita and tanya,

" napa kita takleh dapat apa yg kita nak?'

" napa aku tak berjaya macam org lain?"


" napa menda and orang yang kita sayang akhirnya hilang dari kita?"


" kenapa aku je yang asyik kalah?"



Banyak soklan-soklan yang sewaktu dengannya yang selalu aku dengar. Dulu maybe aku pon pernah rasa and tanya semua soklan tu kot pada diri sendiri. Tapi, as life goes on kita patut dewasakan diri kita dengan membenci kegagalan kalau kita tidak mahu kalah. Jangan sesekali mengaku kalah selagi belum ada pemenangnya.
' Everyone has some fear.
A man who has no fear belongs in mental hospital.
Or on special teams.'
- Walt Michaels.

Pesan kat diri kita, kadang-kadang bila kita tak menang, bukan kerana kita ditakdirkan untuk kalah, cumanya mungkin kita tidak melengkapkan diri sepenuhnya sebelum memulakan sesuatu perjuangan. So, aku rasa kalau kita berlapang dada dan berfikir secara positif, kita takkan stress kot. Just make it simple! Peluang kan sentiasa ada di mana mana.
' Winning isn't everything. It's the only thing.'
- Vince Lombardi.

Biasanya mereka yang selalu merasa kemenangan akan takut pada kegagalan; yang kaya raya akan takut pulak pada kemiskinan. So, jadikan kelapangan cara kita berfikir tu sebagai satu sifat yg flexible dan menjadi kekuatan untuk kita supaya tidak mudah rapuh dalam menjelajah hidup ini.
' More important than victory is effort.
At the center of effort is courage,
in games and in life.'

- Anonymous

Tapi, itu lah kehidupan. Kehidupan yang mencipta pengalaman supaya kita mengambil ikhtibar, berfikir kenapa dan mengapa supaya kita menjadi lebih tabah, lebih kuat serta lebih gigih untuk berusaha. Ianya juga mengajar kita supaya bersyukur. Tidak ada persoalan kenapa orang lain boleh dapat dan kenapa kita tidak dapat. Hakikatnya, memang kita tidak boleh dapat semua menda yang kita nak. Kalau kita fikir elok-elok, kita akan tahu jawapannya.
'Sometimes, something is just not meant to us.'
-Anonymous

Cubalah bertanya pada diri kita, nak ke kita jadi seorang penakut tapi kaya? Atau, seorang yang berani tetapi miskin? Jarang kita dapat semua yang kita impikan, so lengkaplah diri dengan segala ilmu dan amalan yang baik-baik agar kita tak gagal dalam mencari jawapan pada soklan-soklan kehidupan. Agar kita lebih yakin dalam membuat keputusan dan menentukan arah kehidupan.
'Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat.
Kita menangis dan tertanya-tanya kemana
menghilangnya sinar.
Rupa-rupanya,
ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang ind
ah.


Monday, January 24, 2011

30 minit di zoo Johor..

Hujung mggu ari tu, tanpa plan or perancangan kertas keje ke apa,
aku and c.w. syahidah nazirah (bos) sampai Zoo Johor..
mulanya kami plan nak p jalan kt istana putih kat area tu jugak tapi dah nampak pintu zoo terbuka je cam panggil2 je kami suh masuk dalam,
so apalagi kami pun on jelah...

first, kami p kuanter tiket.. nak masuk dalam mestilah kena dapatkan tiket dulu kan..Dah bayar RM6 dapatlah 2 keping tiket untuk aku ngan bos yang membenarkan kami menjelajah dalam zoo tue..cm macam2 ah kami jumpe binatang dalam tue..tapi banyak skip coz x cukup masa..almaklumlah 30 minit je..

ni lah zoo johor yang di maksudkan tue..sempat suh sorg kakak tue ambilkan gambar, tapi tabik ah kt kakak tue mmg betul2 kakak misali..bawak adik2 jalan2..bukan sorong dua tu adik dia..ramai, siap dengan kembar lagi..bukan senang nak jumpe kakak yang nak layan adik adik tgh nak membesar ni dgn perangai kebudak budakkan lagi....sakit kepale wei...


ni antara pic2 tgh server binatang kt dalam zoo tue







6.15 ptg kami org dihiburkan dengan pertunjukan burung nuri.boleh lah tahan penonton nye pada ptg tu...cerdik seh burung nuri nie..ada dua ekor yang diberi nama Tom and Jerry...syokkk gileesss tengok persembahan tue..Tom mmg cerdik and pandai..seme ujian yg bagi kt dia seme lepas..mmg cerdik...suka tengok gelagak Tom..

ni lah burung nuri yang digelar TOM and JERRY tue..cantik and bijak lagi...

mmg x puas ah p zoo nie..lagipun masa x cukup..singkat sgt...kami sampai pun dah lewat sgt...pintu zoo ni ttup 6.30 ptg...so, kami cau lah sebelum pintu tu betul2 tertutup..next time , pasti kami akan sampai lagi kat sini...
jumpe lagi..bye

Thursday, January 20, 2011

KENANGAN TERINDAH

Korang ada kenangan indah tak?

Kenangan terindah, kenangan manis yang korang takkan lupakan atau tak boleh nak lupa sampai bila-bila, ada tak?

Mesti ada kan. setiap dari kita sure ada kenangan terindah yang kita akan bawa sepanjang hidup kita cuma kadang-kadang kenangan tu saja je kita takmo berkongsi dengan orang lain. Mungkin kita anggap kenangan itu adalah Hak Persendirian kita, so orang lain tak perlulah nak tau.

We do not remember days; we remember moments. - Cesare Pavese

Yup! Maybe kita lupa hari apa ianya terjadi, tapi kita surely ingat apa yang terjadi. Itulah kenangan. Tapi lebih manis if kita ingat hari ianya terjadi, so bila hari itu bertandang kembali, kita akan tersenyum mengenangkannya.

I'm so lucky!

Itu yang aku rasa, sbb aku mudah lupa dengan kenangan aku yang tak best, yang tak indah. Tapi ingatan aku untuk kenangan-kenangan yang indah, manis dan seronok terlalu kuat dalam ingatan aku.

Positifnya, kenangan-kenangan ni sebenarnya membuat kita menjadi kuat, membuat kita terkenang dan tersenyum sendirian. Adakalanya kenangan indah tu boleh mengukuhkan sesuatu perhubungan asalkan kita sentiasa sanggup untuk berpatah balik di mana semua kenangan tu bermula.

Percayalah. It works!

Kadang-kadang dalam hidup kita ni terlalu banyak kenangan indah dan maniss yang kita lalui, yang kita kongsi bersama seseorang sampaikan kita tak pasti mana satu yang benar benar indah. Walau apapon yang pasti setiap detik itu amat bermakna pada diri kita dan memberikan kesan pada kita.

Kata orang, if sesuatu itu menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita, maka kenangan itu adalah suatu harta yang tiada nilainya.

Aku percaya, korang juga adaa banyak menyimpan kenangan yang indah dan maniss. Pada yang berkapel tu, gunakan kenangan maniss korang dan kapel korang untuk menyuburkan ghairah perhubungan korang. Jangan biarkan semua tu sekadar menjadi kenangan. tak rugi sebenarnya kalau kita berpatah balik kat tempat di mana kita bermula. Bercerita semua tentang itu ini, di situ dan sini yang pastinya akan mengeratkan kalian.

Memory is the diary that we all carry about with us. - Oscar Wilde.

After all, aku rasa hidup aku penuh dengan memori atau kenangan yang sangat indah, yang tak dapat nak aku ungkapkan atau kabarkan kepada orang lain betapa indahnya kenangan itu. Dan, setiap hari yang aku lalui menciptakan memori atau kenangan baru.

The most important thing is - aku akan carry semua kenangan tu di sepanjang hayat aku. Aku tahu korang juga buat macam tu.

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose. - From the television show The Wonder Years
.

Percayalah, to carry all the memories, kenangan terindah itu di sepanjang hayat kita bukan suatu BEBAN, tetapi ianya adalah satu ANUGERAH.
Antara kenangan terindah ku..
site visit muar.

zaman sekolah

dangan bay
singapora
program permata
team building culture (kkdk)
besday alan


praktikal kt PPZR


kt batu buruk
reunion f.5& f.6

sendiri aku menyendiri



kenapa kau lari.kenapa kau sendiri?
aku mengejar tapi kau memaling.
aku memanggil tapi kau menjeling.
kenapa?
aku tetap mengejar walau kau berlari
aku tetap menemani walau kau menyendiri
walau kau tak menyedari.

ungkapan shahdu xmungkin ku ungkap kan
bait lagu rindu tak mungkin ku dendangkan
emas permata tak dapat ku tatangkan
cuma kasih sayang.rindu dapat ku hamparkan

walau kau tetap berlari
walau kau tetap menyendiri.
aku masih ada dalam hati
menemani setiap malam setiap detik
setiap kuntuman bunga berputik.

aku masih mengejar
aku masih menemani
walau kau tetap ingin begini
putus ada bukan noktahku
tangisan sesalan bukan jawapan ku
tapi hati berkobar terus menangi hati mu

walau kata tak seindah rupa
walau rupa tak seindah permata
aku tetap memilih mu
aku tetap mengejar mu
aku tetap menemani mu