Followers

Showing posts with label AbOuT ME. Show all posts
Showing posts with label AbOuT ME. Show all posts

Thursday, May 16, 2019

11th ramadhan//tersakit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Aku tak tau apa punca buat aku jadi lemah sangat petang ning..muntah dan tak bermaya time 4pm dah..time nak balik kije dah...mujur time nak balik kije..klu awal2 kena tak bermasalah..last aku kena macam ning time aku mengandung ke shaqeel masa kandungan nak masuk 6 bulan dulu..hospital lah tempat nya.

Bab kali ning lain sikit..aku lemah sangat2..memang tak berdaya habis!!..cuma dalam hati aku just mintak aku selamat sampai umah sis aku je dah cukup..then suh dia send umah mak aku..aku dah x larat sangat nak bawak moto.

Akash ada ngan aku time aku tenat sangat petang tdi..yap aku tau dia risaukan aku..but aku suruh dia sambung kerja dia..aku tak nak susahkan dia.

Hope tomorrow Will be ok..

Aku tau tak semua akan akan ada ngan kita bila kita time kita susah walaupun kita tak pernah penat untuk senangkan orang orang di sekeliling kita.

 SEkiAn
|| CoreTan Dari
J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Wednesday, April 17, 2019

Wednesday || 3 year done||

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Panas ngat ngat hari ning kan..kepala pun berat sangat sangat..hope tak de lah melarat sampai sakit kepala 2 or 3 hari macam sebelum ning..

Yes!! Done...3 tahun sumbang tenaga kat kilang Rhoken Timber sdn.bhd..kejap je rasa..17/4/2016_17/4/2019..

Banyak pengalaman pahit maung kat sini..ada suka ada duka..biasalah pengalaman kan..lagipun kita kerja ngan ramai orang..banyak ragam banyak peragainya..rambut je sama hitam..hati lain lain kan..

Sekarang dunia kerja aku..ok lah..bila dah lama terlibat dalam ning..suasana dan cara kije pun dah boleh hadap..semua dah boleh hafal dah boleh hendal ngan baik..kadang kadang je bila mood malas mai ..tu yang masalah sikit..

Kawan..ok lah..semua sporting..sekarang tak de dah yang yang tarik muka..cari masalah..buat hal macam..semua dah ok..but..still remember ..next year..kawan yang aku ingat sampai sekarang..ngan dia banyak benda aku belajar ..hope dia baik baik je kat tempat baru..baru 2 bulan dia tukar kije..

Prinsip kije sini.
Jangan care hal orang biar orang sibuk cara hal kita..gi keje balik kije..yang penting bulan bulan duit masuk bank..huhu..




 SEkiAn
 || CoreTan Dari
J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N
|| IEHAHFARIHAH

Friday, April 12, 2019

Picnik with my family at pantai telok ketapang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entry lama kat draf...tengoh clean draf blog..jumpe entry yang tak terpublish..tak silap aku.. kisah kejadian berlaku masa cuti raya cina bulan 2 baru ning kot..time ning semua staff goverment ker swasta ker cuti kn..termasuklah aku yang kije ngan tokey bangsa cina ning comfirm comfirm boleh cuti kan..


Pagi tu..aku memang awal pagi lagi dah bangun..sebab dah plan banyak urusan nak kena sentle pagi tu..nak pegi sentlekan urusan BSH 19 ..servis motor bagai and bawak anak jalan jalan pasar minggu..before aku kuar tu my sister aku dah cakap nak pi picnik petang nanti maybe pukul 2 or 3 petang something cam gitu..so aku on jelah..


Plan from my sister..ajak anak beranak picnik kat pantai..sesambil ambik angin lauk..yang penting time with family..boleh lepak sama sama..dia dah masak siap siap untuk kelah petang tu..menu utama KERABU MEGGI..korang dah try makan ke belum makanan ning..popular org thai kot..sebab meggi dia meggi thai.

Pantai ning tak sesibuk pantai batu buruk..tapi pengungjung still ramai..biasalah cuti umum kan..ramai orang nak habiskan masa ngan keluarga memasing..bawak anak berkelah..jalan jalan..meriah ngan layang layang yang berterbangan kat udara..kanak kanak yang berseronak kat pantai ning...happy nye dorang.

Kat pantai ning pun..banyak gerai gerai yang jual air minuman pelbagai perisa dan rasa..ada makanan bergoreng macam hot dop..nugget..keropok ..ikan celop tepung..udang celop tepung dan macam macam..so..gerenti korang tak yah pening2 cari makan atau minum kat area ning..semua tersedia kat sini..

Part aku..berphoto ngan budok budok cilik ning..layan dorang je sambil tegop laut..yes!! Tegop laut boleh bagi aku tenang sangat..even kita tegop benda yang sama je..tapi tak pernah puas untuk lihat laut...

Love u
Second day chinese new year 2019.



 SEkiAn
|| CoreTan Dari
J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N ||
 IEHAHFARIHAH

Friday, March 22, 2019

SaLam Jumaat awok!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


SaLam Jumaat!!


AL Fatihah untuk semua mangsa tembakan rambang di Christchurch NZ...semoga tenang di alam sana.

Kita tak mampu untuk melangkah tenang ke hadapan sekiranya kita selalu mengingat kisah silam di belakang..


Jangan jadikan sejarah silam penghalang untuk kita maju ke depan...

Hppy lunch korang!!

 SEkiAn
 || CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N ||
IEHAHFARIHAH

Wednesday, September 26, 2018

Rezeki Dalam Hujan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Balik kije marin dalam hujan..hujan x berapa lebat mane..tu yang aku berani redah hujan je..

Then tengah jalan dalam hujan reyai2 ada orang orang agihkan bubur asyura.

Rezeki dalam hujan..thank pada yang mmberi.

 SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Monday, September 24, 2018

KiSah SiLAm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Jangan pandang kisah silam sebagai yang memenatkan. Tapi pandang lah ia sebagai kenangan. Kenangan yang akan tersimpan kemas untuk menuju masa depan yang lebih bahagia.

Siapa yang x ada kisah silam...semua orang ada kisah silam..ada kenangan..tapi bezanya kisah silam tu  rasa pahit atau manisnya.

Bila pahitnya kisah silam yang kita hadap..sakit sangat sangat kn..lagi lagi bila kita paksa diri kita untuk melupakan kisah silam tu..

Mungkin seminggu..mungkin sebulan..mungkin bertahun tahun masa yang kita ambil untuk melupakannya..bahkan mungkin kita langsung x mmpu untuk menepis kisah silam tu hadir berulang ulang menari nari depan mata kita everytime..

Dan saat tu lah kita mula rasa down..rasa benci ngan diri sendiri..selalu salahkan takdir..selalu tanye..kenapa semua ni jadi kat aku?...

Hidup selamanya tak bahagia..x tenteram bila kita biarkan kisah silam kita jadi penghalang dlm hidup kita untuk kecap hidup lagi baik lagi indah pada masa depan.

Percayalah... Allah telah sediakan perancangan yang terindah untuk kita. Berdoa dan carilah RedhaNYA tanpa henti. Allah pasti tunjukkan jalannya.

Redha melepaskan kisah silam tu jauh dari hidup kita..simpan kemas kemas dlam lubuk hati kita yang paling dalam sampaikan kita tak boleh nampak mahupun menyentuh kisah silam tu lagi..

Cipta kenangan baru..yang lepas biarlah lepas..hidup perlu jugak di teruskan..cari kebahagian untuk diri kita sendiri.insyaallah semua akan baik baik je.



 SEkiAn || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Wednesday, September 12, 2018

LUKA YANG KAU TINGGALKAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Luka itu sedang cuba sembuh,
Jangan engkau cuit-cuit lagi!

Dia sedang bangkit daripada jatuh,
Jangan buatnya tersungkur lagi!

Engkau tidak pernah tahu sesakit apa kesakitan yang pernah dia tanggung.

Saat engkau lena, barangkali dia sedang menyeka airmata.

Engkau tidak pernah tahu sesukar apa kesukaran yang telah dia harung.

Saat engkau ketawa,
Barangkali dia tersengguk menahan kesakitan,
Angkara luka yang tidak pernah engkau pedulikan.

Sungguh engkau tidak mampu menerka sepedih apa jiwanya.

Maka sudahlah!
Jangan disebut-sebut apa yang telah dia namakan sejarah.

Engkau teruskan saja kehidupan seperti dahulu.
Sepertimana engkau yang pernah buta dan bisu dalam menilai ketulusan itu!



 SEkiAn || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Monday, September 10, 2018

BILa aku diuji

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saat Allah jentik hati aku yang degil dan jahat ini dengan kebaikan, tidak ada apa lagi yang mampu aku balas melainkan air mata tangisan penyesalan.

Saat allah uji aku..waktu itu terduduk aku seketika.ujian kali ini bukan ujian yang biasa biasa.begitu hebatnya ujian yang allah hantarkan buat aku kali ini.

Puas aku tenangkan diri..cuba berfikiran positif..cuba pujuk hati..tetapi kepala masih serabut.hati masih tak tenang.

Aku ubati hati aku dengan menangis..aku kalah kali ini..aku lepaskan semuanya dengan tangisan yang boleh buat aku tenang cuma untuk seketika.

Mungkin..Ujian ini adalah teguran kepada aku yang sering lalai..yang sudah banyak tersasar..yang sering gagal menjadi hamba allah yang baik.mungkin ujian ni adalah bahasa kasih sayang allah kepada hambanya.

Apabila aku mula hilang harapan..barulah aku terkial-kial menyebut nama tuhan.apabila sudah lama aku berlari meninggalkan allah,kini baru aku sedar yang aku cuma ada allah sebagai tempat sandaran,tempat aku berpaut,tempat aku bergantung.

Sejadah yang kemas terlipat aku bentangkan kembali..telekung yang sudah lama tersimpan rapi dalam almari aku ambil dan pakai.dan bermulanya detik itu aku kembali kepada allah setelah sekian lama aku lupakannya.

Saat aku diuji bertubi-tubi,saat aku di atas tikar sejadah memohon pertolongan allah ,saat itu baru aku sedar yang allah mahu aku kembali kepadanya.

Tenang itu yang aku rasa.

 SEkiAn
 || CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Saturday, September 8, 2018

AKU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 Aku tak pernah kesal bila berbuat baik.cuma kadang aku terkilan sebab berbuat baik pada orang yang salah.

Dulu aku senyum sebab happy, dulu aku senyum tanda suka, itu dululah..sekarang aku senyum..sebab nak jaga hati sendiri.

Aku pernah syg orang sepenuh hati..sampai satu tahap bila dia pergi..aku rasa hati aku mati..Akhirnya,aku lebih fokus untuk diri aku sendiri,jaga hati aku sendiri..back to Allah..alhamdulillah.

Aku takkan bina kebahagiaan diri sendiri atas air mata orang lain, dan aku harap,.biarlah bahagia itu datang dari keikhlasan dan usaha aku sendiri.

Aku akui bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah mewujudkan kenangan tapi apakah daya, hidup mesti diteruskan,walau tanpa dia disisi.

Aku xde masaa nak benci sesiapa.kLau orang benci aku..aku x kesah sebab orang yang benci aku tu pun bukan sesiapa, manusia biasa..sama macam aku jugak

Aku x perlukan orang yang  nampak aku ni baik..tapi aku inginkan orang yang tahu aku ini macam mane..dan boleh terima aku seadaaaya.

Susah aku,sakit aku sendiri yang rasa..orang cuma boleh berkata,..tapi tak merasa apa yang aku rasa

 Bila aku bersedih...aku tak harap org lain peluk aku...bukaN ego..tapi aku dah terbiasa pujuk diri sendiri.

Ada masa aku bersikap kebudak budakkan..ada masa aku jadi dewasa..kalau nak matang 24jam tak bolehlah jugak..membosankan..

Terkadang hati ini rasa sayu..makin lama makin kosong.ada masa aku rindu aku yang dulu..yang tak pernah lekang dengan gelak ketawa..yang tak pernah sunyi dari gurau senda.

Hidup yang aku fahami didalamnya ada pengorbanan menjadikan aku mengerti bahawa..harus ada jiwa yang terkorban demi kehidupan orang lain.

Biarlah hidup aku sederhana.adakala aku senang..adakala aku susah..ada kala aku happy..ada kala aku moody dan adakala aku biasa biasa..tapi aku tetap bahagia dengan cara hidup aku.

Aku senyum..gelak ketawa dan gembira bukan bermakna aku tak bersedih..tapi sampai satu masa..aku pun nak jugak merasa kebahagiam..walaupun sebenarnya hati ini sering menangis.

Aku jumpe 1000 orang..kenal 100 orang..kawan 10 orang..tapi yang akan syg aku seorang.

Aku belajar tak semua yang aku harapkan menjadi satu kenyataan..tapi aku percaya..tuhan dah rancang semuanya jauh lebih indah dari apa yang aku fikirkan.

 SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Monday, August 20, 2018

T/B..KENYIR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Memang aku jarang datang sini..bila dah orang offer datang sini..memang x kan lepaskan peluang kan.
Kenyir...maybe orang yang biasa datang sini boleh rasa kat sini ada perubahan or x dari dulu or sekarang..bagi aku agaklah dah banyak berkembang kot.

Pengalaman best bila dapat travel pusing pulau dengan bot kat sini...harga dia ok lah 60hinggit for 8 kepala..memang best sangat.

Enjoy trip sangat.with my family..bukan selalu dapat jalan ramai ramai cam ni.

So enjoy ngan photo with K.A.M.i








Pengalaman vs kenangan terbaik utk tahun 2018..

Kenyir 2018




 SEkiAn
|| CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Wednesday, July 11, 2018

GIGI pun Kena Cuci

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 Entah bila last aku mai klinik cuci gigi pun aku dah tak ingat..maybe 3 or 4 tahun lepas kot..haha..kali ni terajin pulak datang klinik mai cuci gigi..terpengaruh ngan najwa cuci gigi..tapi aku x lah pergi klinik swasta macam najwa..sekali cuci 500 lebih kena bayar..aku pergi klinik kerajaan je..seringgit je weh..
Sengal tahap tak mahu bukak mulut weh..aduh lah..cam ni rasanya bila kena cuci gigi...

Done!!..walaupun ambik masa sikit..

Selamat petang!!.

 SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Wednesday, July 4, 2018

Masih buLAn Syawal Kan!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Masih dalam bulan syawal ni kan..hujung hujung syawal ni terasa nak T/Back mula lah hop raya ari tu..gambar selfie berdua je ngan hero kacak manis aku.

Just share wat kenangan.

RAYa 2018






SeLAmat HAri Raya semua..Maaf zahir dan Batin.


 SEkiAn

|| CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Monday, July 2, 2018

Cerita semalam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hidup x kan pernah lari dari dugaan..kadang kadang kau rasa hppy..sangat happy..but sometime bila bila masa je semua tu lesap sbb dengan satu kenyataan yang langsung kau x jangka.

Saat tu apa yang kau rasa..cuma kekecewaan..hati yang sakit..

Bukan aku x pernah bersabar dengan semua ni..bertahun aku cukup sabar dengan semua ni..bukan aku x pernah mengalah..aku diam dengan semua yang aku hadapi..aku telan semua kebencian yang aku  hadap..tapi apa aku dapat..kosong!!

Aku tak tau sampai bila semua ni aku kena lalui..mungkin sampai bila bila..mungkin sampai mati selagi hitam yang ada dlm dirinya..selagi saloh seorang belum mati...mungkin...

Aku cuba jadi manusia paling tenang dlm segala hal...walaupun hakikat aku sendiri x kuat untuk hadap semua ni...

Bukan aku x stress...bukan aku x tertekan ngan semua ni...tapi apa aku boleh buat melainkan aku tipu diri sendiri jadi manusia paling bahagia atas dunia ni.


 SEkiAn

|| CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Monday, April 30, 2018

H.I.D.U.P

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

good luck utk korang yg tengah berusaha untuk move on tu. .aku dah rasa macam mana payahnya moveon. .cuma satu je nk pesan macam mana jahat pun kita cuba dekatkan diri dengan Allah. .insyallah. .lama2 boleh. .aku makan masa 8bulan untuk cuba move on,makan masa 2 tahun lebih untuk betul2 moveon. ..😅😅 good luck korang "you can do it"!

Makin kau lari dari kenangan ..makin ia datang menghimpit kau..amat amat sukar untuk kau lupakan semua tu..perit pedih tu yang kau rasa saat getir melupakan sesuatu yang pernah hadir dalam hidup kau..

Tapi susah macam mane pun..sakit teruk manepun..kau tetap jugak kena hadap...tuhan tu maha adil..

Mungkin lepas ni ada lagi terbaik untuk diri kau...dan jugak hidup kau..


 SEkiAn

 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH