Followers

Showing posts with label I LOvE ISLaM. Show all posts
Showing posts with label I LOvE ISLaM. Show all posts

Thursday, May 10, 2018

CuTI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Syukur atas kemenangan..bye bye BN.
Pagi tadi mok gerop bangun ingt tak kejut pergi kije..ekpun 2 pgi x tido lagi tggu keputusan PRU 14.

Cari tel..tegop wsp awok awok cakap cuti..senyum sorang sorang wasean..

Lama pulok cuti tu..cam cuti raya pulok..

Tahniah Terengganu PAS berkuasa balik..

Malaysia baru di pagi 10/5/2018.


 SEkiAn
 || CoreTan Dari
J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Sunday, April 1, 2012

PEREMPUAN…LELAKI dan…..

Aku tertarik pada satu artikal yang ditulis oleh seorang Hamba Allah..maybe satu peringatan yang bermakna untuk remaja zaman sekarang.. Renungkanlah….. 



PEREMPUAN…LELAKI dan….. 

Perempuan korang beruntung sebab diklafikasikan sebagai makhluk yang cantik berbanding lelaki..dari azalinya Yang Esa dah cipta korang cukup cantik, lemah lembut, bersopan santun. Pokok pangkalnya, korang memiliki aura yang takkan termiliki lelaki. Tapi …kebelakangan ini korang macam lupa identity korang, budaya korang dan agama korang. Kenapa erkk ?? korang berebut-rebut nak jadi mat saleh…hello, sedarlah diri sikit, kalau dah hidung tu kembang, kulit tu hitam takkan jadinya korang mat saleh tu… tak boleh tiru fizikal, tiru pakaian pun jadilah. Korang start pakai baju yang korang pinjam dari adik korang yang berumur 3 tahun (ceh, buat dok reti, faham-fahamlah sendiri) hahaha…macam barut nangka je. 

Pastu tak kurang yang pakai baju yang tak siap lagi. Dedah situ dedah sana. Wooi minah, ingat cantik ker ? kalau memang korang cantik pun, simpanlah, kasi laki korang tengok lagi special. Tak payahlah nak buat show percuma, buat rugi korang je. Yang untungnya ‘buaya-buaya’ kat luar tu. Korang pulak semakin hari semakin liar, konon brutal giler ar. Mangkuk hayun korang! 

Ada pulak yang perasan, konon-kononnya dah tutup aurat tapi pakaian macam baruk nangka. Lagi kelakar minah gemuk yang cuba pakai baju ‘baruk nangka’, lemak situ lemak sana. Baik korang pakai baju yang sesuai dengan korang. Lagipun mana ada istilah dalam islam yang kata korang boleh pakai ‘barut nangka’ asalkan bertudung…citt menachi poodahhh…korang ni tak belajar agama ker ? atau korang saja tak nak ambik pot ? korang pernah dengar tak istilah ‘bertudung tapi bertelanjang?’ haa, tulah kategori korang.

 Bila teman berpacaran, korang pun nak berpacaran, korang pun berpacaran ‘Teman tapi lebih mesra’. Bila dah bercinta, mulalah perasan, “cantik juga aku”, tak pun “laku juga aku”. Dey, mak bapak suruh datang sekolah belajar, yang korang duk sibuk-sibuk bercinta nak buat apa ? tapi kesian, cinta korang diiktiraf cinta binatang, “cinta monyek”. Tapi tak pe, lagi special cinta mawas, baru best kan ? ok , lupakan jelah pasal istilah tu. Aku pun tak tau gak kenapa orang panggil cinta monyek. Nak tahu jugak ? korang pergilah tanya pakar bahasa… 

Dahlah tu bercinta, kononnya cinta sejati (?) pastu serah segala-galanya. Terjadilah babak romantika de amour. Woii ingat telenovela sepanyol ke ? kononnya bangga dapat buktikan cinta korang tu memang cinta sejati. Helloo, tu bukan cinta sejati ok tu cinta sengaja nak cari mati. Tahu dek mak bapak korang, mati terbungkam korang!. Kalau korang tak malu kat orang pun malulah sikit kat cicak-cicak, cacing-cacing ataupun semut yang terpakse tengok ‘bukti cinta’ korang yang bodoh dan teramat bangang tahap cipan tu. Dahlah tak malu kat Allah, apa nak jadilah korang ni…ptuii !. 

Time paling menggelikan dan meloyakan tekak ( bagi akulah, korang tak tahulah aku ) time korang duk sembang dalam telefon. Ceh, cinabang betul… “sayang, abang” ..uwekk, nak muntah aku. Woii, ingat sikit korang tu belajar lagi. Menanak nasi pun tak betul!! Korang pasti ker yang teman korang tu benar-benar akan jadi pasangan sehidup semati korang. Dahlah tu diselangi kata-kata lucah sikit. Yukks, tak sangka aku golongan hawa sekarang ni tak kisah dengan semua tu..oppss, lupa pulak aku sekarang ni zaman millennium dan aluminum, biasalah tu (konon open minded, tak sesuai!!!) tapi bagi aku yang kekampungan ni, sesuatu yang luar biasa. Orang putih kata ‘woo, supernatural’!!!....


Si jantan kabaret pulak, aku nak bagi nasihat sikit. Taulah korang tu hensem, smart siott kalah Dafi atau Tom Welling a.k.a Clark Kent dalam cerita Smallville tu. Tapi tak baik tau korang gunakan kehenseman kearah kemungkaran. Tak bersyukur betullah korang ni. Kesian kat perempuan yang you all aniaya. Tulah korang mentang-mentanglah perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal je. Korang duk jugak mengayat diorang sampai jatuh cair kat korang. Macam mana pulak dengan girls yang sanggup serah diri sukarela kat boys ? ni memang betina bukan perempuan dah. Memang pelacur tahap paling hina bagi aku ( sory, kalau ada yang terasa.)..kalau korang tak sempat bertaubat, mati dalam nerakalah korang. So, bagi sesiapa yang terasa ada kaitan dengan dia, cepat-cepatlah bertaubat, Minta ampun betul-betul. Allah tak pernah lari dari kita tapi kita yang selalu lari dari Dia!

Bercinta tu tak salah dalam Islam, berfesyen pun tak salah..tapi tengoklah batas-batasnya..bukan main redah je!!..Lagipun korang ni orang Islam bukan orang Kafir. Korang tau tak ? Setakat sentuh tangan sikit pun haram dalam Islam bagi wanita dan lelaki bukan muhrim..janganlah duk terpengaruh sangat dengan drama-drama khususnya dari barat. Apa kata korang bercinta je lepas kahwin, sambil-sambil tu bolehlah honeymoon sekali..hehehhe

Manis apa bila perempuan pakai baju menutup aurat!..ni tak, nak tiru sangat Britney Spears, Fasha sanda dan sekutu-sekutunya. Tu pun kalau korang rasa korang tu orang melayu Islam. 

Ingat girls, bila bercinta jangan percaya sangat kat lelaki..camne aku tau ?? tahulah , sebab aku ni pun lelaki Cuma bukan kabaretlah..hahaha..aku tau apa yang ada kat kepala otak diorang. Tapi, tak semualah macam tu. Adakalanya diorang saja nak mainkan korang pastu tinggalkan korang macam tu je.korang juga yang rugi, yang untungnya diorang. So, jagalah maruah korang. Sekali diragut, korang dah tak boleh dapatkan semula. Pergilah jumpe doctor ke, tok bomoh ker malahan dukun degawan pun tak boleh nak rawat tau. Bagi yang belum berpacaran tu, gua salute sama lu..bukan korang tak cantik tapi tu tandanya Allah sayang kat korang. Mungkin bila korang bercinta, korang musnahkan diri korang. Ingat cinta membahagiakan, cinta juga menghancurkan. Jadi tak usah duk bimbanglah, belajar belajar dulu. Aku pasti Tuhan dah sediakan seseorang untuk korang. Mana tau lagi best dari teman-teman kawan korang! 

Untuk lelaki-lelaki kat luar pulak. Cari pasangan jangan harap seksi, cantik je. Cari yang cantik dalamlah, kalau boleh yang solehah. Bukan apa untuk anak-anak korang jugak nanti. Kawan aku pernah cakap berjibab labuh tak semestinya baik ( sebenarnya dia nak perli aku tu, mentang-mentanglah makwe dia pakai selendang senteng..cehh) betul jugak tu tapi cuba korang fikir, bila dapat isteri berselendang singkat atau freehair, camner tuhan nak bagi kerahmatan kalau girls tu sendiri lari dari hukum Allah (perempuan tudungnya mesti melepasi dada tau)..fikir-fikirkanlah ye.!


Perempuan yang freehair tu, ..sekadar info je.sehelai rambut korang duk show kat golongan bukan muhrim, 1000 tahun korang dibakar dalam api neraka. So fikirlah baik-baik. Nak tau lebih lanjut tanyalah Ustaz Said o.k !..aku tau mesti ada yang marah dan tak puas hati dengan tulisan aku ni. Aku bukan apa, Cuma sedih dan geram tengok budak-budak Islam sekarang yang dah semakin menyimpang jauh. Tak kurang juga ada yang kata ‘woii, nak ceramah gi suraulah. ! 

Hello! Kalau aku bagi ceramah kat surau korang nak dengar ke? Yelah kubur lain-lain sebab tulah aku bagi peringatan kat korang sementara masih hidup ni..nanti lantak koranglah nak jawab apa dalam kubur. I don’t care babe! Berpesan-pesan kearah kebaikan. Peringatan ni bukan untuk korang je tapi untuk aku juga..Sekurang-kurangnya tanggungjawab aku dah lepas..nak dengar ke tak, suka hati koranglah yang penting aku jalankan tugas aku sebagai Muslim.

Kalau terasa sorilah, tapi korang fikirlah baik-baik, betul tak apa yang aku tulis ni ? tau, aku pun bukan baik sangat. Sebagai manusia kita tak lari dari membuat kesilapan. Tapi cubalah bangun dari kesilapan yang lalu. insyaAllah kita akan lebih diredhai..assalamualaikum..daa…….,


aku just share je ..pikir2 ada betul jugak apa yang dia ckp kan..cuma ats diri sendiri plak ah nak berubah or x nak.!!!

Wednesday, November 2, 2011

Hidup takde makna.

Hidup takde makna..apa guna hidup bertahun-tahun kalau sekadar memperhambakan diri pada keagungan dunia semata-mata ..hidup hanya untuk kejar kebahagian dan kesenangan dunia, tapi langsung tak pikir sal akhirat..sal dunia yang azali...

apa guna hidup tanpa ada pegangan agama dalam diri..islam hanya pada nama, pada ic..tapi tak pernah tau sal islam yang sebenar...tak pernah nak tunjukkan diri tu Islam..Tua muda sekarang sama je..kadang-kadang aku sendiri tak paham apa yang dorang pikir tentang islam..hidup kita kan mesti ada pengagan dan panduan untuk keharmonian dan kebahagian hidup kita.

2 hari aku berpeluang hidup dalam family yang jauh menyimpang dari islam..ikutkan dorang dah berusia, dah ada anak cucu...aku pelik, apa dorang tak pernah belajar tentang islam sejak azali..bukan kah orang tua dulu-dulu beratkan sal agama..kenapa dorang tak ikut dan jadi panduan hidup dorang.aku takde hak nak tegur or nak nasihatkan dorang cz aku pun belum cukup pegangan agama aku..nanti tak pasal-pasal cakap aku buat pandai pulak..sendiri tak kena nak nasihat org plak...tak ker cm pelik nanti.

kalu mak bapak x pernah ambik hal sal suruhan Allah, sal halal haram dalam Islam , macam mane ngan keturunan dorang pada masa depan nanti..macam mane ngan keberkatan dalam kehidupan anak cucu dorang nanti..

apa dorang pikir sal bekalan akhirat nanti..seolah-olah dorang pikir hidup ni hanya untuk dunia..memperjudikan diri hanya untuk kebahagian dunia semata-mata tanpa pikir yang hidup kita ni sementara je kat atas dunia ni..yang kekal abadi kat akhirat nanti.

aku bukan nak kata, aku ni baik sangat..aku pun kadang-kadang alpa jugak, tapi bila aku sedar benda tu salah, benda tu tak baik untuk hidup aku..aku akan ubah dan cuba buat yang terbaik untuk kebahagian hidup aku serta untuk masa depan aku kan...

aku bersyukur sangat..sebab aku ada family yang sering ingatkan aku tentang kebahagian di dunia dan akhirat...hidup kita ni, tak de makna apa pun kalu tiang agama kita takde, tak kukuh..untuk kehidupan kita.


Wednesday, March 23, 2011

indahnya kehidupan



"HIDUP IBARAT SEBUAH PERJALANAN YANG PANJANG.
KECANTIKAN SEBUAH KEHIDUPAN ADALAH PADA NIKMAT
KEGEMBIRAAN DAN KESEDIHAN. IBARAT GUNUNG YANG SUKAR
DIDAKI ATAU MUNGKIN SEMUDAH DENAI UNTUK KITA LALUI"
~ Aliza Elizabeth~
Walau apa pun caranya, walau apa pun corak dan warnanya, hidup ini adalah sesuatu yang terlalu indah. Indah dengan ujian, cabaran, dugaan, suka, gembira, duka, sedih dan berbagai-bagai lagi perasaan yang membuatkan ianya menjadi terlalu indah dan menarik jika kita menghayati, merenungi dan mungkin memahaminya.

Tanpa semua perasaan itu, of coz hidup kita akan plain. Mendatar. Tiada corak dan warna. In fact, kosong!

Jikalau hari ini warnanya hitam, mungkin esok lusa berwarna warni, seindah warna-warna pelangi. Kalau hari ini coraknya lurus, mungkin tidak perlu menunggu esok, mungkin sekelip mata bertukar kerinting, berpintal-pintal.

Tapi, yang pastinya hidup ini tetap sesuatu yang teramat indah, walau pedih, walau perih tetapi itu semua hanya sekelumit dari ujian dan dugaaan daripadaNya.

Dan, mungkin juga untuk kita mengetahui inilah realiti keindahan kehidupan. Inilah cabaran yang mencantikkan 'perjalanan' yang kita sedang lalui sekarang.

Bukalah mata luas-luas, pandanglah ke hadapan. Lapangkan dada, bawalah kenangan indah terdahulu, buangkanlah kenangan yang pahit.

Andainya kita tersalah tafsir, of coz kita akan makin tersasar dari redhaNya. Of coz tiada nikmat keindahan yang dapat dirasai.

Kehidupan memberikan kita pilihan. Peluang untuk memilih, so terpulanglah apa yang kita nak pilih. Just do the best yang kita mampu lakukan untuk setiap detik yang kita ada. Bukan bermakna tiada kesilapan, bukan bermakna tiada ujian tapi fahamilah bahawa setiap sesuatu itu sememangnya mempunyai hikmah yang tersirat daripadaNya.

Diulang, perumpamaan yang tersirat mungkin boleh diungkapkan sebegini;
"KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN
MATAHARI, DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT.
KITA MENANGIS DAN TERTANYA-TANYA,
KEMANA MENGHILANGNYA SINAR.
RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAH KITA PELANGI
YANG INDAH BERWARNA-WARNI"
Mengakui kebenarannya sudah tentulah melalui kesyukuran yang dipanjatkan ke hadratNya, dengan berkongsi kebaikan dan kemudahan yang dikurniakan kepada kita, if tidak banyak mungkin boleh sedikit, jika bukan tenaga mungkin boleh berdoa.


Monday, March 14, 2011

SPECIAL



' wanita
dijadikan daripada tulang rusuk lelaki,
bukan dari kepalanya untuk dijunjungnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alas, melainkan disisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengannya untuk dilindungi
dan dekat dihatinya untuk dicintai '

*********
Kalau tuhan nak memberikan sesuatu yang berharga , DIA tidak akan memberikannya dengan cara yang mudah.

Kalau kita memperolehi sesuatu yang berharga itu dengan cara yang mudah, kita tidak mungkin menghargai dan mensyukuri apa yang kita miliki
.

kalaulah aku tahu,
banyak perkara yang tidak akan aku lakukan
semata-mata untuk menjadikannya satu kesilapan.

Tuesday, March 8, 2011

Sayang, kami masih ada di sisimu

Aku berdiri di hujung itu,
di sudut itulah aku terpaku.
Aku sedar,
tapi hakikat itu telah membuatkan aku
terkaku dan terus terkaku.
Aku tunduk bukan kerana malu,
lidahku kelu, tapi mata
membasahkan pipi dengan juraian,
juraian yang bisa membuktikan aku
mencintaimu selamanya.
Aku diam terkedu,
kosong,
sepi,
sunyi,
ibarat burung pun tak bisa menyanyi untukku lagi.
Aku tahu bukan salahku,
juga bukan salahmu,
kerana itulah karma,
takdir untuk ku kehilanganmu,
dengan itu,
aku mendongak.
Aku mendongak,
aku melihat ke langit indah,
biru, damai,
lantas angin menyapaku,
"Sayang, kami masih ada di sisimu"
Aku tersenyum.
Aku mula mengorak,
satu langkah,
dan terus melangkah,
di setiap sisi jalan aku jejaki,
burung yang enggan menyanyi,
mula berdendang senandung indah,
dia aku dekati,
dengan segan-silu menyapaku,
"Sayang, kami masih ada di sisimu"
Aku terus tersenyum.
Lantas terlintas di hati,
Doa dipanjat ke atasMu,
atas segala dugaMu padaku,
membuat aku terus bersyukur,
walau dia yang ku cinta,
menjadi milikMu selamanya,
tapi aku tetap bersyukur,
bersyukur, dan terus
bersyukur,
kerana
setiap pelusuk sisiku,
penuh dengan bisikan,
"Sayang, kami masih ada di sisimu"