Followers

Monday, February 28, 2011

ketensionnnann terlampau..

Aku merasakan dunia aku semakin gelap..gelap gelita tanpa ada sedikit cahaya pun untuk aku melihat jalan hadapan, untuk aku bertahan dan meneruskan perjalanan hidup supaya aku dapat mengejar warna-warna indah di hadapan..Ya Allah tabahkanlah hati aku untuk menhadapi ujianmu yang maha hebat ini..sesungguhnya aku hanya mampu berusaha dan selebihnya aku berserah kepadaMu..
aku tensionn tahap gabang saat ni...aku rasa cm nak lari jauh dari segala kekeserabutan masalah ni..tapi aku x leh lari cz aku percaya ckp kawan baik aku, semakin aku lari, semakin banyak masalah yang mengejar aku..aku kena hadapi walaupun sesukar manapun ia..mesti ada jalan untuk penyelesaiannya..Tuhan tue maha adil, Dia Uji kita sbb dia tahu kita mampu hadapi ujian dariNya..Dia nak kita lebih dekat and selalu ingatkanNya..betulkan..sebelum ni aku mmg lalai..aku jahil, aku selalu abaikan ajaran agama aku..walaupun aku tahu benda tue salah, benda tue berdosa aku buat jugak..aku xleh nak kawal diri aku..aku buat benda yang aku suka je tapi aku x pikir amaran dan balasan yang aku akan dapat kemudian hari..
sekarang aku sedar..x semua benda tue senang and beri kepuasan pada diri kita..aku sekarang tengah berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik..aku nak jadi insan yang berguna..doakan aku erk..=p
aku perlukan ketabahan, kesabaran..aku kena kuat..yakin pada diri aku mesti boleh hadapi masalah nie..klu dulu aku leh hadapi masalah yang aku rasa aku sendiri x percaya aku mampu hadapi dengan tenang dan akhirnya air mata aku jadi saksi aku berjaya selesaikan problem yang maha hebat tue..why not sekrang???
bab kata kawan baik aku,"masalah ko ni kecik je nak banding ngan aku, jgn sebab hal kecik ni ganggu semua hal x patut terganggu, nanti lagi tension lagi bertambah masalah"..bila pikir balik..betul ckp dia..
aku suka cara dia, nampak happy, enjoy cm x de masalah..tapi hakikatnya kt dalam diri dia sebenarnya masalah dia berkali ganda dari aku..
dia ckp lagi ''ujian tu klau nak datang, ia datang je bila2 masa..x kira kita dah sedia hadapi or x bersedia..kita x leh nak elak atau halang pun..dah tersurat dapat ujian dugaan cm ner..terimalah dan hadapi lah..
klu org lain boleh buat, knp aku x leh..
klu org lain boleh hadapi masalah hidup yang lagi dasyat dan amat hebat dari aku..knp aku x leh hadapi..
aku mesti bolehh!!!

Wednesday, February 23, 2011

Cinta Makan Hati..


Tidak dapat dinafikan, diari cinta semestinya disulam dengan suka dan duka, sebagaimana kemarau tidak berterus lamanya, hujan tidak pula terus menerus menyimbah rumput dunia.Dicintai tidak semudah menyintai, dimiliki tidak semudah memiliki, cinta kerap kali mengusik hati, mejadikan istana hati itu retak sehingga gugurnya debu-debu air mata menyimbah pipi, walau senyuman kerap kali terus menafi.Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita, kerana kadangkala apabila kita menyukai sesuatu sebenarnya ia tidak baik bagi kita, dan boleh jadi sesuatu yang kita benci itulah yang terbaik buat kita, hanya di tangan Allah segala rahsianya.
Kadangkala kita menyintai seseorang, tapi dia pula melabuhkan kasih pada yang lain, kadangkala dua insan saling menyintai, tapi dia jugalah yang sahabat kita sukai.Benar, trilogik cinta sering terjadi, dan kadangkala memberikan kebahagiaan pada sahabat itu mampu menjadikan hidup kita lebih bermakna, sekalipun kita terpaksa mengalirkan air mata.Ada sahabat menyapa "kenapa bila kau bercakap kau selalu melawak membuatkan orang lain gembira, tetapi bila kau keseorangan kau sering mengalirkan air mata, kau sedihkah apa?".
Teman, antara hujan dan panas itu akan bersinarnya pelangi-pelangi yang indah, senyuman dan air mata itu akan mengukir hati supaya sentiasa pasrah, sabar dan redha terhadap apa yang terbeban ke atas dirinya.Bilamana kita menyerahkan kebahagiaan kepada sahabat yang kita sayang, walaupun dihati kita sebak dengan tangisan,disitulah terkumpulnya dua sinaran, iaitu senyuman dan tangisan.Dan dari situlah terpancarnya pelangi kebahagiaan.Syukurlah seandainya dia masih menjadi milik kita, dan redhailah seandainya Allah menggantikan dia dengan seseorang yang tidak disangka.
Bukan sesuatu yang luar biasa apabila seseorang yang tidak pernah kita kenali datang menerpa menyatakan cinta dan berhajat pada kita, kerana jodoh kadangkala sesuatu yang tidak diduga.Firman Allah swt :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"(Al-Baqarah :ayat 216)
Sahabat, memiliki rasa cinta itu tidak ada salahnya, kerana ia akan tetap hadir sekalipun tidak dipinta, namun harus diingat, jangan terlalu kasihkan manusia melebihi kasih pada pencipta, kerana Dia yang mengatur segala-galanya, cintakan seseorang belum tentu ia menjadi milik kita, cintakan tuhan Dia mampu memberikan apa saja yang kita pinta.Dengan hanya "Kun Fayakun" maka terjadilah apa yang diinginkannya, oleh itu seandainya sesuatu yang kita inginkan belum menjadi milik kita, sabarlah dan terus berdoa, Allah mengerti setiap apa yang tersemai dihati hamba-hambanya.Memberi sebiji permata tidak sama dengan memberi sebutir kaca, tuhan tidak sekadar melihat doa hambanya, tapi melihat dimana pula buktinya, bagaimana hubungan hambanya denganNya, sebanyak mana air mata yang digugurkan dalam permintaannya.Mungkin tuhan menangguhkan pemberian itu untuk memberi ruang supaya kita meneruskan doa, menyembuhkan fikiran dan membersihkan segala dosa lama.Mintalah pertolongan dari yang menciptakan agar memudahkan urusan yang dihamparkan pada kita.Dan peliharalah hubungan sesama manusia yang dicintai agar tidak lalai daripadaNya


Monday, February 21, 2011

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA...................


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Sunday, February 20, 2011

MisI baNtuAn BaNjir

kali first aku join misi bentuan banjir..Memamg best sgt2..klu diberi peluang lagi confirm aku x tolak..ni lah pengalaman berharga aku bersama mangsa2 banjir..walaupun keadaan banjir dah kembali pulih tapi trauma dan kedukaan mangsa2 banjir masih terasa..aku join misi ni bersama dengan kakitangan UTM dan student Utm yang kebanyakan dari Palapes dan Kelana Siswa UTM..4 buah bus di hantar ke Sri Medan, BATU PAHAT, Johor pada19/2/2011.

Menurut ketua kampung Sejagong, sungai kepong yang merupakan antara kg yang teruk dilanda banjir pada kali ini. Pada 30jan 2011 baru nie, 80 keluarga iaitu 400 org penduduk terlibat dengan banjir dan di tempatkan di pusat pemindahan banjir iaitu di SK Sejagong..Banjir besar ini merupakan gelombang kedua selepas tahun 2006 dengan kenaikan paras air mencecah 5 kaki.

Misi bantuan Banjir ini adalah kerjasama antara Malaysian Relief Agency (MRA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Hospital Pakar al-Islam, UTM, UTHM dan lain2 agency yg terlibat. Misi Bantuan Banjir ini adalah satu misi yg lahir dari sikap keperihatinan masyarakat tidak kira berlainan bangsa atau budaya yang mengamalkan semangat 1 malaysia..

Aku dan bebrapa student Utm lain ditugaskan membersihkan umah2 mangsa banjir dan surau. semangat kerjasama antara kumpulan tugasan memudahkan lagikerja kami dan kerja dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.

Jam 3 ptg kami dikumpulkan semula di Sk Sejagong untuk upacara penutup Misi Bantuan Banjir pada kali ini.

pengalaman menyertai misi Bantuan Banjir kali ini pada aku amt bermakna dan aku harap diri aku akan sentiasa mempunyai nilai keprihatinan terhadap masyarakat dan amalan baik ini akan sentiasa bersama dengan aku pada masa akan datang.

aku dan wanie sebelum pembahagian kumpulan dan kawasan untuk gotong royong

meja ini adalah tmpt utk pendaftaran sebelum memulakan aktiviti

bersama rakan sekerja

lagi..

dan lagi

peralatan yg digunakan

van yg byk berbakti

bersama tuan umah mangsa banjir

kami bersila di belakang van spt PATI..huhu

ucpn ketua kg (kg Srjagong)

semangat mereka

x suka baju ini.(saiz xL)..cz xde saiz kecik

gambar besor..sbb ramai sgt.