Followers

Friday, September 30, 2011

TAUBAT DI PINGGIRAN HATI

Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Dalam masa sesaat, seminit,sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya setiap hari bani Adam itu pasti melakukan dosa,sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?
Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.
Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri kita sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hambaNya. Namun kita selalu bongkok dan merasa bahawa dosa kita itu besar dari rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong,tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita.
Kita terus melakukan dosa demi dosa sedangkan Rasulullah berpesan: “bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan bergaullah manusia dengan akhlak yang baik.
Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya taubat itu bagi seorang mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.
Jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hambanya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.
Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka.Na’udzubillah!.



Tuesday, September 20, 2011

Dugaan Hidup Ada Kebahagian Milik Orang Lain.


Jika hari ini, kita ditakdirkan susah, jangan cepat melatah. Andai hari esok kita ditakdirkan merana jangan terlalu bersungut. Begitu juga sekiranya lusa kita ditakdirkan Allah sakit, jangan pernah berkata ia sia-sia.
Itu semua punya hikmah. Bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kita. Terlalu jauh menzalimi hambanya. Selalunya kitalah yang menzalimi hak-Nya. Jua, kita juga sentiasa menzalimi diri sendiri. Ketika sedar tau tidak. Tetapi Allah ada untuk mendengar keluhan hati kita. Berdoalah.
Jangan melihat segala sesuatu yang berlaku sebagai sia-sia. Pasti ada hikmahnya. Walaupun mungkin yang berlaku itu adalah kesusahan bagi kta. Tetapi Allah maha mengetahui setiap kejadian.
Keperitan, kesusahan dan getir hidup bagi kita, mungkin kebahagiaan bagi orang lain. Apatah lagi sekiranya ia hadir kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kata orang, hari ini mungkin hari orang lain, hari kita pasti akan datang jua.


Friday, September 16, 2011

Belajarlah menerima kenyataan.


Perjalanan hidup seorang kanak-kanak, bermula dari dia seorang baby, kemudian belajar bertatih sehinggalah bergelar remaja seterusnya meningkat dewasa..
Ketika mereka mula belajar untuk berjalan..melangkah apabila mula mendapat kenyakinan diri..kelihatan teramat payah sekali, dia pun mulai jatuh kembali. Melangkah lagi, jatuh lagi dan begitulah seterusnya. Tetapi setiap kali apabila dia melangkah, cuba perhatikan raut di wajahnya. Wajah yang comel, sentiasa sahaja tersenyum. Apabila beberapa kali terjatuh, dia merangkak semula. Namun beberapa detik kemudian dia mula melangkah kembali. Setiap langkahnya diiringi sorak dan ketawa kegembiraan daripada kedua ibu bapanya.
Daripada perkembangan diari kanak2 tersirat seribu hikmah dan pelajaran. Seorang kanak2 tidak pernah mengenal erti berputus asa dan mudah mengalah tatkala menghadapi sesuatu perkara. Semangat juangnya sentiasa tinggi dan apa yang pasti, seorang kanak-kanak sentiasa sahaja kelihatan riang. Inilah sifat yang hebat terdapat pada diri kanak2 yang jarang lagi terdapat pada seorang dewasa.
Jatuh bangun dalam hidup adalah perkara biasa. Kegigihan perlu dalam kehidupan dan jangan berharap sangat kepada simpati orang lain. Rasulullah menyebut, tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang dibawah. Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima.
Belajarlah untuk menerima kenyataan dalam hidup ini. Jangan sekali-kali lari dari masalah dan menyalahkan takdir. Hadapilah dengan penuh tabah.kecerian di wajah kita memberi gambaran bahawa kita seorang yang tabah dan berani menghadapi apa sahaja cabaran dalam hidup
Hidup baik-baik.
Hidup kita penuh dengan ranjau dan dugaan yang kita sendiri x tau apa takdir yang kita harus hadapi dalam hidup kita..aku belajar untuk menerima segala takdir yang diturunkan pada aku..aku redha kalu itu takdir hidup aku..susah perit hidup hanya aku yang tau.
Belajar untuk jadi kuat, belajar untuk tidak mudah give-up dan belajar untuk terus menhargai hidup aku..memang perit bila kita mula merasa tidak sanggup untuk hadapi dugaan hidup maha dasyat yang diturunkan buat kita..tapi apa yang terbaik itu yang diturunkan Allah pada kita..Dia tau kita mampu hadapinya.
Setiap orang ada masalah, setiap masalah mesti ada cara untuk menyelesaikannya..mencari dan terus mencari apa cara terbaik untuk selesaikannya lebih baik dari terus mengalah dan menyalahkan takdir..hargailah hidup selagi mampu..

Wednesday, September 7, 2011

Pertemuan + perpisahan


Setiap pertemuan pasti suatu saat akan melalui detik perpisahan. Perpisahan sementara or perpisahan selamanya yang akan membezakan sesuatu perpisahan tu. Perpisahan sementara orang cakap perpisahan untuk beberapa tempoh masa sahaja..tetapi perpisahan untuk selamanya ialah perpisahan yang tidak akan dapat mewujudkan satu pertemuan yang lepas itu kembali.
Berpisah untuk sementara, pasti sampai saat kita akan bertemu balik dengannya, melayari hidup bersamanya kembali..bagi aku ini perkara normal dalam hidup manusia…bukankah perpisahan yang sekejap ini mengajar kita untuk cekal, tabah dan kuat untuk menhadapi suatu perpisahan buat selamanya suatu hari nanti.
Setiap pertemuan dan perpisahan itu asam garam dalam hidup kita..setiap yang bertemu pasti akan berpisah bila sampai saatnya..belajar untuk menerima perpisahan lebih mulia daripada meratapi perpisahan itu..setiap orang akan merasainya bila suratan takdir orang yang kita sayang meninggalkan kita.
Redhalah seikhlas hati..mungkin itu yang terbaik buat kita supaya kita selalu ingat segala yang berlaku atas kehendak Tuhan yang maha kuasa. Dia tau apa yang terbaik buat kita..Tuhan itu kan maha Adil..