Followers

Sunday, January 1, 2012

new Year 2012



2011 aku tinggalkan dengan beribu-ribu cerita suka dan duka..sehinggakan aku tak boh doh ingat lagi apa yang pernah berlaku dalam tahun tu…(kisah duka je)….huhuhu..
Ibarat kata dari jiwa aku, akan aku lepaskan jua air mata ini pergi…jauh…sejauhnya..sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu…anggap semua tu ujian yang lebih mematangkan aku.


Buang jauh –jauh segala kisah duka yang selama ni banyak menghukum hidup aku , manganggu emosi dan semangat aku untuk aku cipta kisah indah lagi manis pada masa depannya…percaya pada diri dan yakin masih ada cahaya yang terang untuk aku harungi perjalanan yang gelap gelita lagi kelam pada hari2 yang mendatang…

Hidup tanpa masalah bukan hidup namanya..Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tak bergelora kan….setiap manusia di dunia ini tidak pernah kering dengan ujian, ujian yang akan menentukan tahap keimanan seseorang…

Ada orang diuji kerana kemiskinan, ada orang diuji dengan kesakitan, ada oang diuji dengan kemewahan dan kesenangan..semua tu ujian , ujian yang akan menentukan tahap keimanan seseorang, tahap keyakinan seorang hamba kepada maha penciptanya..

Aku jugak di uji…aku hanya insan biasa ..insan yang kadang2 terlupa dan alpa dengan fitnah duniawi..aku hanya insan biasa yang kadang2 tersenyum di kala senang, menangis di kala duka dan ketawa ketika riang..aku bukannya insan yang bejiwa kebal pun..


so tahun 2012 ni aku harap aku lebih matang dan lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan aku…klu orang cakap pasal azam…aku rasa tahun ni aku tak nak buat azam..sebab azam tahun lepas pun semua tak leh makan …pakai azam tahun lepas je lah kot…hahaha