Followers

Thursday, August 26, 2010

kE arah Perancangan Pembangunan Suburbanization di Malaysia.


Suburbanization boleh dikatakan sebagai pertumbuhan kawasan
pinggir bandar akibat daripada penhijrahan penduduk bandar
ke pinggir bandar. Penhijrahan ini adalah disebabkan
beberapa faktor seperti kepadatan penduduk bandar
yang semakin meningkat, pencemaran yang berlaku
di pusat bandar akibat daripada pertambahan
kilang-kilang industri dan peningkatan kadar kenderaan
di jalan raya yang melepaskan asap yang merbahaya
kepada penduduk, taraf hidup penduduk di pinggir
bandar lebih rendah berbanding taraf hidup di pusat bandar
dan sesetengah penduduk memilih untuk tinggal
di pinggir bandar ialah kerana untuk mencari ketenangan
dan berehat dari kesibukan di kota metropolitan.

Perebakan penduduk dan pembangunan yang
berlaku daripada pusat bandar ke pinggir bandar ini
telah menimbulkann pelbagai masalah kepada pinggir
bandar seperti berlakunya peningkatan perumahan setinggan,
kemudahan infrastruktur yang tidak mencukupi dan guna
tanah yang tidak seimbang atau berleluasa akibat
dari perebakan tersebut. Keadaan ini akan memberi
kesan kepada penduduk pinggir bandar kerana perlu
bersaing dengan penduduk bandar yang
berhijrah ke kawasan mereka.




Keadaan ini juga akan menyebabkan
pembangunan di kawasan tersebut tidak seimbang
dan mampu mencacatkan pemandangan kawasan
pinggir bandar tersebut. Tanah-tanah di pinggir bandar
juga akan mengalami tekanan dan permintaan
yang tinggi setiap masa akibat daripada perebakan ini.

Pengawasan dan kawalan yangnbaik dan
teratur perlulah dijalankan sentiasa di pinggir bandar
supaya pembangunan pinggir bandar seiring
dengan matlamat dan dasar kerajaan untuk
mewujudkan pembangunan yang selamat dan mampan
samaada di bandar atau pinggir bandar.




Sunday, August 15, 2010

PeNgaMaTan Pemba nGUNan SuburBanization di pinggir bANdar Johor Bharu

Semasa lawatan ke kawasan-kawasan suburbanization di pinggir bandar Johor Bharu, pembangunan pesat yang dijalankan ke atas kawasan -kawasan tertentu memberi impak kepada kawasan sekitarnya terutama kawasan-kawasan kampung sekitarnya. Kawasan-kawasan pinggir bandar terutamanya seolah-olah terpinggir dan dilupakan dari arus pembangunan.

Antara pembangunan yang di jalankan di sekitar kawasan Kampung Melayu Lima Kedai yang tidak memberi makna dan kesan positif kepada kampung tersebut melainkan kampung tersebut terus terpinggir dan tenggelam dalam arus pembangunan pesat ke atas bandar Johor Bharu.



Daripada pandangan org kampung di situ mereka tidak berpuas hati dengan pembangunan yang dijalankan kerana pembangunan tersebut tidak mengambil kira tentang kepentingan orang tempatan dan faedah yang sepatutnya mereka dapat daripada pembangunan tersebut. Kampung mereka masih terbiar dan tidak di majukan dengan sebaiknya sebagaimana majunya kawasan sekitar mereka. Kebanyakan penduduk kawasan tersebut majoriti orang melayu. Sebahagian penduduk juga hidup menderita kesan pembangunan yang dijalankan.

















Kawasan Pekan Gelang Patah (pekan lama
dan baru) juga menerima kesan
dari pembangunan yang dijalankan.
Pekan ini biasanya sesak dan
padat pada waktu puncak.
Kawasan perumahan di kawasan
pekan ini tidak teratur dan
nampak padat dan sesak
antara satu-satu rumah.
Penyelengaran terhadap
sistem pemparitan juga tidak baik,
berlakunya pencemaran
dan longkang2 tersumbat di kawasan perumahan tersebut.
Ini menunjukan pembangunan terhadap kawasan
pekan ini belum di naik taraf dan di perbaiki selaras
dengan pembangunan yang wujud di kawasan sekitarnya.


Antara kawasan pembangunan yang menjadi tumpuan
masyarakat untuk menbeli-belah , menjalankan aktiviti perniagaan dan berekreasi.
















antara kawasan pembangunan di Bukit Indah iaitu TESCO, GIANTS SHOPPING HYPERMARKET dan KAWASAN REKREASI BUKIT INDAH.









kawasan-kawasan pembangunan seharusnya memberi kesan yang positif kepada penduduk atau kawasan pinggir bandar yang berhampiran terutama kawasan-kawasan kampung supaya dapat memberi keselesaan dan kesenangan penduduknya ari segala aspek selaras dengan kemajuan pembangunan yang dibangunkan. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya pengingiran dari arus
pembangunan.


Sunday, August 1, 2010

kEsAN rEbAKan BaNdaR ke AtaS KamPung2 yg Terletak DI pINGGir bAndaR metROpoLitaN JOHOR BHARU.

Rebakan bandar berlaku akibat daripada kepadatan pertumbuhan pembangunan yang berlaku di dalam bandar seperti bandar Johor Bharu. Petumbuhan yang pesat ini akan menimbulkan kesan kepada kampung-kampung yang terletak di pinggir bandar. Pembangunan yang pesat ini akan memberikan kesan negatif dan positif.



Antara kesan yang dapat di lihat berlaku akibat dari rebakan bandar ke atas kampung2 yang terletak di pinggir bandar metropolitan johor bharu ialah perubahan yang ketara terhadap lalu lintas.Pertambahan kenderaan yang meningkat di jalan raya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dn pertambahan kes kemalangan dijalan raya.


selain itu, permintaan kemudahan asas juga meningkat akibat daripada pertumbuhan yang pesat ke atas bandar dan seterusnya memberi kesan kepada kawasan persekitaraannya. Perningkatan kadar penduduk kawasan pinggir bandar dan bandar yang pesat membangun akan menyebabkan permintaan kemudahan asas meningkat.

Selain itu juga , taraf hidup penduduk kampung2 tersebut juga akan meningkat akibat daripada pertumbuhan pembangunan yang pesat bandar2 metropolitan di johor bharu.Peluang pekerjaan untuk mereka juga bertambah akibat dari pembangunan tersebut. Hal ini memyebabkan perdapatan isi rumah mereka bertambah.