Followers

Thursday, August 26, 2010

kE arah Perancangan Pembangunan Suburbanization di Malaysia.


Suburbanization boleh dikatakan sebagai pertumbuhan kawasan
pinggir bandar akibat daripada penhijrahan penduduk bandar
ke pinggir bandar. Penhijrahan ini adalah disebabkan
beberapa faktor seperti kepadatan penduduk bandar
yang semakin meningkat, pencemaran yang berlaku
di pusat bandar akibat daripada pertambahan
kilang-kilang industri dan peningkatan kadar kenderaan
di jalan raya yang melepaskan asap yang merbahaya
kepada penduduk, taraf hidup penduduk di pinggir
bandar lebih rendah berbanding taraf hidup di pusat bandar
dan sesetengah penduduk memilih untuk tinggal
di pinggir bandar ialah kerana untuk mencari ketenangan
dan berehat dari kesibukan di kota metropolitan.

Perebakan penduduk dan pembangunan yang
berlaku daripada pusat bandar ke pinggir bandar ini
telah menimbulkann pelbagai masalah kepada pinggir
bandar seperti berlakunya peningkatan perumahan setinggan,
kemudahan infrastruktur yang tidak mencukupi dan guna
tanah yang tidak seimbang atau berleluasa akibat
dari perebakan tersebut. Keadaan ini akan memberi
kesan kepada penduduk pinggir bandar kerana perlu
bersaing dengan penduduk bandar yang
berhijrah ke kawasan mereka.




Keadaan ini juga akan menyebabkan
pembangunan di kawasan tersebut tidak seimbang
dan mampu mencacatkan pemandangan kawasan
pinggir bandar tersebut. Tanah-tanah di pinggir bandar
juga akan mengalami tekanan dan permintaan
yang tinggi setiap masa akibat daripada perebakan ini.

Pengawasan dan kawalan yangnbaik dan
teratur perlulah dijalankan sentiasa di pinggir bandar
supaya pembangunan pinggir bandar seiring
dengan matlamat dan dasar kerajaan untuk
mewujudkan pembangunan yang selamat dan mampan
samaada di bandar atau pinggir bandar.




1 comment: