Followers

Thursday, March 17, 2011

SIMPAN KEMAS BAHAGIA DALAM HATI.


Perempuan merupakan golongan yang amat mudah kecil hati, dalam banyak keadaan pasangannya sukar untuk memahami apa yang tersirat dalam mindanya. Atau kelazimannya, dia lebih suka untuk memilih untuk berdiam diri.

Bagi lelaki, sikap ini memang menyakitkan hati atau tertanya-tanya mengapa dan apa puncanya.

Tapi yang pasti, dalam dua sifat perempuan sebenarnya. Seorang yang suka meluahkan dan yang satu lagi lebih suka pendamkan sahaja.

Bolehkah seorang manusia yang keras hatinya itu diubah? Bagaimana untuk mengubahnya dan apakan caranya yang terbaik untuk mengubahnya?

Percaya atau tidak kalau aku katakan bahawa lelaki golongan baik, tiada maksud apa apa tetapi sering menjadi pelupa. Mereka sebenarnya tiada niat untuk menjadi pelupa itu, tetapi fitrah seorang lelaki sememangnya kebanyakannya begitu.

Betul dan jangan nafikan, lelaki selalu lupa pada tarikh, pada janji (bila berjanji sambil ketawa, confirm lupa) dan selalu lupa bahawa ada banyak keadaan dia amat diharapkan tetapi lupa.

Tapi orang seperti ini insan baik pada hakikat sebenarnya, tiada niat untuk melupakannya tetapi dalam banyak keadaan ianya tidak disengajakan. Kerana lelaki banyak yang perlu difikirkan, dalam kepala otak lelaki biasanya ada pekara yang lebih penting lagi dari itu.

Ahh, perempuan pula masih menganggapkan bahawa banyak pekara yang kecil dan remeh itu penting dan sering perlu untuk diingati. Kerana dalam minda perempuan ianya bukan isu remeh sebaliknya penting dan sering menjadi isu perbalahan tanpa punca.

Aku tak percaya pada cinta yang sempurna. Serius. Kalau ada orang yang sempurna semacam Romeo dan Juliet, itu mungkin satu dalam seribu. Sebabnya cinta dan sempurna itu tidak datang dengan seiring. Sempurna sebenarnya adalah segala galanya. Bodoh, dungu, marah, tersinggung, atau apa saja perasaan dalam jiwa itu bukan sempurna tetapi itulah fitrah manusia.

Kalau kita dikatakan mengaku menjadi sempurna di mata pasangan kita, maka bukan manusialah kita. Terlalu tinggi tahap kita.

Jadi kalau ada istilah yang biasa cliche kita dengar ialah terimalah pasangan kita seadanya,maka terimalah dia seadanya. Kalau ada cacat cela di mata kita, mungkin kita juga ada cacat cela di matanya. Kita tidak akan tahu akan lemah kuat diri kita, kerana kita hanyalah manusia.

Kerana itu wujudnya istilah pengorbanan. Pengorbanan dalam kehidupan bukan hanya pada hakikat pentingkan diri kita atau pasangan kita semata-mata, tapi pengorbanan rasa itu. Lupakan yang remeh itu lebih baik dari mengingati dan memperbesarkannya.

Tiada cinta dongeng umpama Cinderella dalam hidup ini. Ianya hanya mitos untuk mencantikkan lagi cerita rakyat dulu-dulu. Happy ending atau akhiran bahagia itu semua orang dambakannya. Tapi untuk hidup dan merasai akan jatuh bangunnya bahagia dalam perhubungan, kita harus kuat dan belajar dari silap diri.

Aku cuba bangun dalam silap diri. Tapi dalam setiap pekara, bahagia itu menjadi subjektif dan mengundang banyak huraian dalam diri. Bangun dan berlari, dakap dan simpan kemas bahagia itu dalam hati.

No comments:

Post a Comment