Followers

Friday, March 30, 2012

Novel= Bintang Itu Milikku-Arfa Ardiya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Synopsis


Ketenangan yang terpamer di wajahnya tidak menggambakan sekeping hati yang dimiliki oleh insane bernama Husna Nusrah. Di sebalik kelembutan dan ketegasan itu, tersembunyi satu konflik dalaman di dalam dirinya.

Selama 29 tahun Nusrah hidup bagai orang tebuang dan tersisih daripada keluarga sendiri. Namun kerana tanggungjawab, dia terpaksa menjaga orang yang begitu tegar menyakiti hatinya sedangkan kasih sayang untuk insane bergelar ibu telah lama mati.

Dalam Nusrah berperang dengan perasaan sendiri, kehadiran Akiff sebagai jian telah Berjaya membuatkan hati keikilnya kenal apa makna pengorbanan seorang ibu. Keprihatinan Akiff juga Berjaya membuatkan dia mengakui cintanya hanya milik lelaki itu.

Namun, setiap kisah cinta ada cabarannya tersendiri. Kehadiran Asnidah telah membongkar satu rahsia yang disimpan kemas oleh Akiff. Hanya kerana kenangan lama, api cinta yang sedang membara seakan terpadam.

Lafaz kata adakalanya tidak mencerminkan kata hati. Sanggupkah Nusrah membiarkan jiwanya terluka buat kesekian kali demi kebahagian orang yang disayangi? Dia ela menjadi bintang yang sentiasa berkerlipan menghiasi dada malam.

Kembalikan hatiku jika kau ada yang lain..

sekiann...




Wednesday, March 28, 2012

eXam Tgh Semester




semalam 27/3 aku bersuka ria di Singapore..tp ari ni aku kena focus untuk exam...kakak bilik aku tanye, tgh2 sem pun ada exam ker?..aku jwb EXAM TECS....ye lah biasa kita kalih ngan kuiz and test kan tgh2 semester ni, tp sem ni aku masuk dewan peperiksaan tgh2 semester untuk exam TECS...

walaupun penat dan letih sebab x cukup rehat, aku tepaksa jugak kena hadiri exam ni..lagipun kak Titi dah berapa kali ingatkan supaya jangan lupa ngan exam petang ni..serius aku cakap, aku x prepare apa pun untuk exam sbb kemalasan and penat..ye lah semalam jalan sakan kat singapore..awal pg tadi dah siap2 p kelas Planning Theory, mana x letihnya..aku banyak tidor je sjk balik malam semalam.

kul 2 pm tu aku ngan Irah dah sedia kat depan dewan exam kt KTR, sbb ikut jadual exam start kul 2.30pm..so, kami datang awal cz kak Titi yang handle kami sal exam ni pesan awal2 suh datang kul 2PM....dalam tggu nak masuk dewan tu ak duk temenung je sambil2 belek2 buku english...nak control rasa bedebar and takut lah katakan..yelah aku dah lama x berada dalam situasi cam ni...last pun setahun lepas...

student yang ambik exam ptg ni ramai jugak ah maybe dekat 200 org jgak kot..aku pun x tau , meja aku pun dah 174..layan je lah...

sentle je exam..puhhhh rasa lega giler..exam tu x lama pun satu jam je..tapi Tuhan je lah tahu cam ner aku jwb n selesaikan soalan tu..aku beserah je ngan resultnya nanti..
lepas tu, aku ngan Irah kuar p Taman U..cuci mata katakan..pusing2 Taman U, ingat nak cari steamboat tapi x de plak..last2 masuk Jusco..lepak sambil nikmati ABC special..dah puas baru kitaorg balik UTM.


Singapore Trip

 Second time aku p Singapore..kali ni bersama ngan dak2 kelas aku untuk subject Planning Practice and Etnics..
Kami bertolak kul 7.20pg lebih gitu dari Utm dan lepas sentle segala urusan kat Emigresen baru lah kami sampai  Singapore..

Ni kira jadual trip kami lah kot..aku copy dari  FB Group 4sbw The Great 

 9.00am Arrived in Singapore City Gallery

9.00am-11.30pm Visit Singapore City Gallery

12pm- 12.45pm Lunch

1pm- 1.30pm Visit Marina Bay City Gallery and join the indoor short tour

2pm-4pm Visit China Town

4.30pm- 5pm Visit Marina Bay City Gallery and join the outdoor short tour

5pm- 6pm Free time, dinner at Marina Bay

6.30pm Gather and Depart from Marina Bay and going back UTM

8pm Arrived in UTM Fab bus stop

 

Yaaa..kul 8 malam lebih gitu kami dah sampai Utm…

Pic  kat sana..


 banyak g, tp aku malas nak upload ...




Sunday, March 25, 2012

Novel=rindu di kalbu-Durrah fatiha


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Synopsis


Antara Ain Syauqina dan Ammar Wajdi, memang wujud keserasiannya. Sejak peristiwa terperangkap dalam lif, mereka sering mencipta pertemuan demi pertemuan. Kadang-kala mereka akan menghabiskan cuti hujung minggu dengan membaca di taman bunga. Tapi , itu dulu. Sewaktu baru merasai saat bercinta.

Kini, sejak kehadiran lelaki itu semula, batinnya sentiasa berkocak. Ketenteraman jiwanya pula seperti diragut. Dia keliru antara kasih Azad dan memori cinta Ammar. Mustahir dia melukankan Azad Hamdi, insan yang sudi member kehidupan pada jiwanya. 

Tanpa Azad, mungkin sukar baginya untuk melupakan kisah malam itu. Tapi patutkah aku menyalahkan dirinya saja? Atau , aku juga ada sahamnya?

Walaupun dunianya sudah dikelilingi bunga-bunga cinta, sesekali indu pada Ammar menjengah juga. Namun , jauh di sudut hati..Ain tahu dan sedar, bara itu tidak pernah padam sepenuhnya. Mungkinkah kalau ditiup, akan besemarak semula?

Dia benar-benar buntu! Tidak sanggup rasanya meniti bahagia atas kelukaan orang lain. Dan …..bagaimana aku harus mengharungi hidup sebumbung dengan lelaki itu, sedangkan dia bukan milikku? Semuanya terserah pada takdir. Kita hanya berhak merancang tapi hanya DIA penentu segalanya.

Rindu akan menjadi bara selagi ia dipendam di dalam dada.

Sekian.







Tuesday, March 20, 2012

Riadah petang + balai cerap

Riadah kami petang ni kat Balai Cerap...dah lama sangat rasa tak sampai sini..ari ni aku sampai lagik entah yang ke berapa kali....apa yang menarik kat sini ialah kita dapat tengok panorama satu UTM...balai cerap ni antara tempat yang tetinggi kat dalam Utm..kalu warga Utm, ni lah tempat wajib yang mesti sampai. Time bulan pose aku rasa kat sini jugak tempat orang tengok anak bulan..

aku & irah





time ni jugak kat balai cerap ,ada parti dari student foreigner..x silap aku dorang sambut perayaan negara dorang..cam kita sambut 1 malaysia or Hari kebangsaan tu tapi dorang sambut dengan cara dorang lah..terhibur jugak ah aku bila tengok dorang menari and bergelak ketawa sesama mereka.





Sunday, March 18, 2012

Kayak 2012

Xtvt kayak ni dah lama aku tinggalkan sebenarnya…aku kenal kayak ni pun dah lama ,time aku PLKN kat Merang Suria Holiday Camp lagi..time tu x silap aku 2006..agaknya 6 tahun lepas lah kot…
Ari ni aku berpeluang lagik bermain kayak bersama-sama ngan budak-budak kelas aku…memang awalnya aku rasa takut sebab dah lama x main kan…tapi bila dah lama2 atas air rasa cam seronok gilesssssssss…sampai x sedar masa dah petang sangat.


Next time , klu ada peluang main kayak lagi..confirm ak x kan lepaskan peluang tu..bestt sangat.

Saturday, March 17, 2012

Novel= Tak Mungkin Dia-Rania Firdaus.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Synopsis

Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu,hubungan mereka menjadi lebih akrab.

Namun , sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiannya. Kematian Azfar mengubah Elina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluaga sempat membawanya kembali menjadi gadia yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya.

Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina.
Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu.

Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebgai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! 

Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini?
Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencai jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenanya.

Hatiku telah kau takluk hingga tidak mampu melupakanmu.

Sekian.




Wednesday, March 14, 2012

Entah Apa2..





Ari ni ada Quiz planning theory…aku berserah je ngan resultnya cz aku memang x sedia n x tau apa yang aku jawab…mai bahang ikut kepala je..

Bukan malamnya aku x study..aku dah prepare lah kononnya, tp sedihhhh satu apa pun x masuk dalam kepala..bayangkan lah atikel berjela-jela, dah lah bahasa dia nak cekik darah..tu pasal yang masuk dalam kepala sipi-sipi je…..


Dan aku akui jugak, untuk 2 or 3 ari ni entah kenapa aku xde mood langsung…kepala rasa kusut je..entah apa yang aku pikir pun aku x tau…nak kata ada masalah, rasanya aku sendiri yang cari masalah kot..

aaaahhhhhggggggggggg..


Monday, March 12, 2012

Buat Pasport

Hari ni aku p buat passport..aku kena buat jugak sebab aku ada trip ke Singapore x lama g..walau macamana pun tepaksa jugak kena ada passport..klu x de , x leh nak masuk Negara orang lah kan..


Aku sampai pekan rabu tu dalam kul 1o am gitu..tapi nasib aku memang kurang baik..dah x de number utk aku hari ni..dia suh aku isi borang and datang balik esok..aihhh…x kuasa aku rasanya nak datang esok balik..lagi2 esok ada kuliah..x kan nak ponteng lagi..dah lah kelas DR.Ho ni aku x pernah masuk lagi..so sabar jelah..


Bila cakap2 ngan peneman aku ari ni Irah (thank banyak2 sudi teman aku) kita orang pun buat keputusan pi try nasib kat Pejabat Emigresen Setia Tropika kat Kempas..ok, time sampai tu punya lh ramai orang..cam ada parti apa2 je..

Pejabat Emigresen Setia Tropika kat Kempas


sabar itu separuh daripada Iman.



Aku dapat no 485..banyak x no aku..kira2 kul bape aku leh sentle uruskan hal passport ni erk..x kesah ah kul bape janji aku dapat buat pasport ari ni jugak..
Dan akhirnya aku dapat passport aku tepat jam 3.38 pm…





tadaaaaa……..



Sunday, March 11, 2012

Perasmian Utm Games.

Assalamualaikum…


Aku baru je balik dari tengok perasmian UTM games kat stadium Utm..first time kot aku sampai kat stadium baru ni..perhhh…cantik suit stadium ni cam duk kat stadium bertaraf bintang..sape tak p tengok lagi memang rugi..memang cantik.


persembahan dari kelab kebudayaan Negeri Johor.


aku dan mereka





bye2...




Saturday, March 10, 2012

mOOd

Mood ari ni memang x berapa baik, sebab telalu serabut dan bosan..aku kuar ngan irah p jusco, layan nasi ayam penyet kat pinang. Time ni 2 kali aku masuk jusco..sebelum p makan dan selepas makan tapi satu apa pun aku x beli kt jusco tu..memang betul2 cuci mata and hilang bosan betul…

Memang aku betul2 bosan kat bilik..x tau apa nak buat and lagi2 aku rimas dgn rumate aku..sampai sekarang aku rasa malas sangat nak balik bilik..

mau makan apa ye?
nasi ayam penyek
otak-otak 0.60sen satu..