Followers

Monday, March 5, 2012

Jenis-jenis pelukan

Mungkin ramai yang tidak tau..pelukan sebenanya boleh dikategorikan dengan beberapa jenis.

menurut KATHLEEN pengarang dari 'The Hug Therapy Book'. ada beberapa jenis pelukan yang mempunyai erti yang tersendiri.


1. BEAR HUG
Pelukan jenis ini bererti memeluk seseorang dengan erat dan kuat dengan seluuh badan. Pelukan ini sesuai jadi pengganti kata “kamu hebat” atau “you can always count on me”.
2. A FRAME HUG
Pelukan ini dilakukan dengan melingkarkan kedua belah tangan di daerah bawah leher dan biasa dilakuakn terhadap saudara daam situasi yang agak formal. Misalnya saat ada saudara kita yang sedang dalam kedukaan kerana kematian atau ditimpa kemalangan. Sopan untuk menunjukkan kita mengambil berat dan simpati.
3. CHEEK HUG
Dilakukan sambil duduk atau bediri dan meletakkan pipi kita pada orang yang dipeluk.pelukan ini menunjukkan kita berkongsi perasaan dengan orang yang dipeluk dan juga digunakan sebagai pengganti salam untuk saudara jauh yang lebih tua.
4. GROUP HUG
Sesuai dilakukan beramai-ramai dengan teman terdekat dan jauh. Biasa digunakan bagi menaikkan semangat satu kumpulan, persatuan dan sebagainya.
5. OPSS! JANGAN PELUK SEMBARANGAN
Walaupun pelukan banyak keistimewaannya tetapi ada pekara yang harus berwaspada dengannya. Bukan semua org, tempat dan masa boleh berpelukan supaya tindakan kita berpelukan itu tidak menimbulkan keraguan pada org yang memandangnya.


No comments:

Post a Comment