Assalamualaikum & Salam Sejahtera
happy anniversary day, genap 1 bulan aku menjadi isteri orang..semoga kebahagian dalam rumahtangga ku ini berkekalan until JANNAH..
symptom pening dan sakit kepala sejak seminggu ning memang merumitkan kehidupan aku..selalu je rasa nak pitam..berdiri lama sikit, memang mari gelap mata..memang agak sukar aku nak jalankan xtvt harianku macam biasa..lagi2 aku keje..so, memang kadang2 aku rasa rimas dan x selesa..
then, semalam..aku pi cheak kat hospital..aku pi hospital pun sebab aku malas sangat nak pi keje pagi tu..serius bangun pagi tu memang aku rasa pening sangat..Untuk dapatkan MC aku gagahkan diri jugak pi hospital..aku pi dah tengah hari.."mashaallah" ramai kot pesakit nak jumpe doktor...sampai no giliran aku pun dah "126".. tggu tetap tggu..hampir 4 jam jugak baru sampai giliran aku..
suami aku nak teman aku masuk dalam jumpe doktor..aku x kasi..huhuhu...biar aku jelah bersoal jawab ngan doktor cun tu..huhu..first step aku kena buat urin test..mana tahu ada rezeki kot, bab kate doktor tu...lepas 1 jam tggu result urin tu..syukur alhamdulillah Allah bagi aku ngan suami rezeki seawal ning..suka campur ngan takut ada...
Terima Kasih YA ALLAH...
"Ya ALLAH, tiadanya yang mudah melainkan yang ENGKAU jadikannya mudah dan ENGKAUlah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja ENGKAU kehendaki"
berikanlah kesihatan yang baik buatku dan anak dalam kandunganku , lindungilah kami dari mara bahayamu..berikanlah kekuatan pada aku dalam memperjuangkan amanah/rezeki yang KAU kurniakan buat aku ini..sesungguhnya siapa aku untuk menolak apa yang tersurat...Aku bersyukur kerana masih diizinkan ALLAH untuk merasai nikmat menjadi seorang wanita. amin.
Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan segalanya dan dilindungi daripada perkara yang tidak diingini.. :)
ReplyDeletesemoga bahagia selalu farihah!
ReplyDelete