Aku tertarik pada satu artikal yang ditulis oleh seorang Hamba Allah..maybe satu peringatan yang bermakna untuk remaja zaman sekarang.. Renungkanlah…..
PEREMPUAN…LELAKI dan…..
Perempuan korang beruntung sebab diklafikasikan sebagai makhluk yang cantik berbanding lelaki..dari azalinya Yang Esa dah cipta korang cukup cantik, lemah lembut, bersopan santun. Pokok pangkalnya, korang memiliki aura yang takkan termiliki lelaki. Tapi …kebelakangan ini korang macam lupa identity korang, budaya korang dan agama korang. Kenapa erkk ?? korang berebut-rebut nak jadi mat saleh…hello, sedarlah diri sikit, kalau dah hidung tu kembang, kulit tu hitam takkan jadinya korang mat saleh tu… tak boleh tiru fizikal, tiru pakaian pun jadilah. Korang start pakai baju yang korang pinjam dari adik korang yang berumur 3 tahun (ceh, buat dok reti, faham-fahamlah sendiri) hahaha…macam barut nangka je.
Pastu tak kurang yang pakai baju yang tak siap lagi. Dedah situ dedah sana. Wooi minah, ingat cantik ker ? kalau memang korang cantik pun, simpanlah, kasi laki korang tengok lagi special. Tak payahlah nak buat show percuma, buat rugi korang je. Yang untungnya ‘buaya-buaya’ kat luar tu. Korang pulak semakin hari semakin liar, konon brutal giler ar. Mangkuk hayun korang!
Ada pulak yang perasan, konon-kononnya dah tutup aurat tapi pakaian macam baruk nangka. Lagi kelakar minah gemuk yang cuba pakai baju ‘baruk nangka’, lemak situ lemak sana. Baik korang pakai baju yang sesuai dengan korang. Lagipun mana ada istilah dalam islam yang kata korang boleh pakai ‘barut nangka’ asalkan bertudung…citt menachi poodahhh…korang ni tak belajar agama ker ? atau korang saja tak nak ambik pot ? korang pernah dengar tak istilah ‘bertudung tapi bertelanjang?’ haa, tulah kategori korang.
Bila teman berpacaran, korang pun nak berpacaran, korang pun berpacaran ‘Teman tapi lebih mesra’. Bila dah bercinta, mulalah perasan, “cantik juga aku”, tak pun “laku juga aku”. Dey, mak bapak suruh datang sekolah belajar, yang korang duk sibuk-sibuk bercinta nak buat apa ? tapi kesian, cinta korang diiktiraf cinta binatang, “cinta monyek”. Tapi tak pe, lagi special cinta mawas, baru best kan ? ok , lupakan jelah pasal istilah tu. Aku pun tak tau gak kenapa orang panggil cinta monyek. Nak tahu jugak ? korang pergilah tanya pakar bahasa…
Dahlah tu bercinta, kononnya cinta sejati (?) pastu serah segala-galanya. Terjadilah babak romantika de amour. Woii ingat telenovela sepanyol ke ? kononnya bangga dapat buktikan cinta korang tu memang cinta sejati. Helloo, tu bukan cinta sejati ok tu cinta sengaja nak cari mati. Tahu dek mak bapak korang, mati terbungkam korang!. Kalau korang tak malu kat orang pun malulah sikit kat cicak-cicak, cacing-cacing ataupun semut yang terpakse tengok ‘bukti cinta’ korang yang bodoh dan teramat bangang tahap cipan tu. Dahlah tak malu kat Allah, apa nak jadilah korang ni…ptuii !.
Time paling menggelikan dan meloyakan tekak ( bagi akulah, korang tak tahulah aku ) time korang duk sembang dalam telefon. Ceh, cinabang betul… “sayang, abang” ..uwekk, nak muntah aku. Woii, ingat sikit korang tu belajar lagi. Menanak nasi pun tak betul!! Korang pasti ker yang teman korang tu benar-benar akan jadi pasangan sehidup semati korang. Dahlah tu diselangi kata-kata lucah sikit. Yukks, tak sangka aku golongan hawa sekarang ni tak kisah dengan semua tu..oppss, lupa pulak aku sekarang ni zaman millennium dan aluminum, biasalah tu (konon open minded, tak sesuai!!!) tapi bagi aku yang kekampungan ni, sesuatu yang luar biasa. Orang putih kata ‘woo, supernatural’!!!....
Si jantan kabaret pulak, aku nak bagi nasihat sikit. Taulah korang tu hensem, smart siott kalah Dafi atau Tom Welling a.k.a Clark Kent dalam cerita Smallville tu. Tapi tak baik tau korang gunakan kehenseman kearah kemungkaran. Tak bersyukur betullah korang ni. Kesian kat perempuan yang you all aniaya. Tulah korang mentang-mentanglah perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal je. Korang duk jugak mengayat diorang sampai jatuh cair kat korang. Macam mana pulak dengan girls yang sanggup serah diri sukarela kat boys ? ni memang betina bukan perempuan dah. Memang pelacur tahap paling hina bagi aku ( sory, kalau ada yang terasa.)..kalau korang tak sempat bertaubat, mati dalam nerakalah korang. So, bagi sesiapa yang terasa ada kaitan dengan dia, cepat-cepatlah bertaubat, Minta ampun betul-betul. Allah tak pernah lari dari kita tapi kita yang selalu lari dari Dia!
Bercinta tu tak salah dalam Islam, berfesyen pun tak salah..tapi tengoklah batas-batasnya..bukan main redah je!!..Lagipun korang ni orang Islam bukan orang Kafir. Korang tau tak ? Setakat sentuh tangan sikit pun haram dalam Islam bagi wanita dan lelaki bukan muhrim..janganlah duk terpengaruh sangat dengan drama-drama khususnya dari barat. Apa kata korang bercinta je lepas kahwin, sambil-sambil tu bolehlah honeymoon sekali..hehehhe
Manis apa bila perempuan pakai baju menutup aurat!..ni tak, nak tiru sangat Britney Spears, Fasha sanda dan sekutu-sekutunya. Tu pun kalau korang rasa korang tu orang melayu Islam.
Ingat girls, bila bercinta jangan percaya sangat kat lelaki..camne aku tau ?? tahulah , sebab aku ni pun lelaki Cuma bukan kabaretlah..hahaha..aku tau apa yang ada kat kepala otak diorang. Tapi, tak semualah macam tu. Adakalanya diorang saja nak mainkan korang pastu tinggalkan korang macam tu je.korang juga yang rugi, yang untungnya diorang. So, jagalah maruah korang. Sekali diragut, korang dah tak boleh dapatkan semula. Pergilah jumpe doctor ke, tok bomoh ker malahan dukun degawan pun tak boleh nak rawat tau. Bagi yang belum berpacaran tu, gua salute sama lu..bukan korang tak cantik tapi tu tandanya Allah sayang kat korang. Mungkin bila korang bercinta, korang musnahkan diri korang. Ingat cinta membahagiakan, cinta juga menghancurkan. Jadi tak usah duk bimbanglah, belajar belajar dulu. Aku pasti Tuhan dah sediakan seseorang untuk korang. Mana tau lagi best dari teman-teman kawan korang!
Untuk lelaki-lelaki kat luar pulak. Cari pasangan jangan harap seksi, cantik je. Cari yang cantik dalamlah, kalau boleh yang solehah. Bukan apa untuk anak-anak korang jugak nanti. Kawan aku pernah cakap berjibab labuh tak semestinya baik ( sebenarnya dia nak perli aku tu, mentang-mentanglah makwe dia pakai selendang senteng..cehh) betul jugak tu tapi cuba korang fikir, bila dapat isteri berselendang singkat atau freehair, camner tuhan nak bagi kerahmatan kalau girls tu sendiri lari dari hukum Allah (perempuan tudungnya mesti melepasi dada tau)..fikir-fikirkanlah ye.!
Perempuan yang freehair tu, ..sekadar info je.sehelai rambut korang duk show kat golongan bukan muhrim, 1000 tahun korang dibakar dalam api neraka. So fikirlah baik-baik. Nak tau lebih lanjut tanyalah Ustaz Said o.k !..aku tau mesti ada yang marah dan tak puas hati dengan tulisan aku ni. Aku bukan apa, Cuma sedih dan geram tengok budak-budak Islam sekarang yang dah semakin menyimpang jauh. Tak kurang juga ada yang kata ‘woii, nak ceramah gi suraulah. !
Hello! Kalau aku bagi ceramah kat surau korang nak dengar ke? Yelah kubur lain-lain sebab tulah aku bagi peringatan kat korang sementara masih hidup ni..nanti lantak koranglah nak jawab apa dalam kubur. I don’t care babe! Berpesan-pesan kearah kebaikan. Peringatan ni bukan untuk korang je tapi untuk aku juga..Sekurang-kurangnya tanggungjawab aku dah lepas..nak dengar ke tak, suka hati koranglah yang penting aku jalankan tugas aku sebagai Muslim.
Kalau terasa sorilah, tapi korang fikirlah baik-baik, betul tak apa yang aku tulis ni ? tau, aku pun bukan baik sangat. Sebagai manusia kita tak lari dari membuat kesilapan. Tapi cubalah bangun dari kesilapan yang lalu. insyaAllah kita akan lebih diredhai..assalamualaikum..daa…….,
aku just share je ..pikir2 ada betul jugak apa yang dia ckp kan..cuma ats diri sendiri plak ah nak berubah or x nak.!!!
aku just share je ..pikir2 ada betul jugak apa yang dia ckp kan..cuma ats diri sendiri plak ah nak berubah or x nak.!!!
No comments:
Post a Comment