Followers

Wednesday, February 16, 2011

Taman Negara dalam ingatan.

5 hari di TAMAN NEGARA untuk field study (environment subject ) amat bermakna pada aku bermula 11 FEBRUARY hingga 15 FEBRUARY 2011..Bermula hari pertama sampai di Taman Negara ,Jerantut, Pahang aku sudah mula terasa cabarannya..pasang khemah + jungle trekking ke Bulatan Paya, Bumbun Tahan, Bukit Teresek dan Lubuk Simpon amat menguji ketahanan fizikal aku..rasa mcm nak tercabut kaki berjalan pergi dan balik dari camp di Kuala Tahan. Perghhh penat yang teramat penat..tapi aku amat bertuah pada hari ini kerana tidak digigit pacat berbanding dgn kawan2 aku yang banyak mendermakan darah mereka kepada binatang kecil itu..hehe..walaupun terasa separuh nak mampus berjalan dan mendaki akhirnya aku sampai jugak ke puncak dan kembali ke camp dengan selamat.Pengalaman di FRIM banyak bantu aku untuk terus ber trekking di Taman Negara ini. Malamnya kami menonton video presentation by Perhilitan Taman Negara dan petugas perhilitan memberi 2 ekor TAPIR makan..




Hari kedua, memulakan trekking ke Lubuk Simpon and Lubuk Lesong..perjalanan yang mengambil masa hampir 8jam pergi dan balik dari camp site. Berehat di KELAH SANCTYARY, Lubuk Tenor sambil mendegar briefing dari Dr.Rafee dan melihat pemandangan Lata Berkoh. Malamnya adalah time untuk berehat dan mengurut kaki yang sakit.


Hari ketiga, hari yang paling best dan tidak sesukar hari sebelumya..kami ke Kuala Trenggan mengunakan boat sambil melihat permandangan indah dalam perjalanan ke sana..cabaran arus deras air sungai dan perasaan teruja dengan pemanduan hebat 2 abg yang membawa boat tersebut tidak boleh dipertikaikan lagi..sampai di Kuala Trenggan kami bertrekking lagi ke Bumbung Kumbang dan melawat perkampungan Orang Asli dari Kaum Batik sambil menyaksikan pertunjukan mereka menyalakan api tanpa mengunakan bahan api yang sepatutnya..melihat mereka menyumpit menjadi kenangan terindah dalam hidup aku..perghh pertama kali berada dekat dengan Org Asli..hehe ..kembali ke camp site semula dengan boat. Malamnya free aktiviti.








Hari keempat, kami menaiki CANOPY WALKWAY sambil melihat pemandangan dari paras tinggi.dengan menbayar rm5 kami mendapat tiket untuk memulakan penerokaan di dalam hutan Taman Negara ini. Malamnya kami ber BBQ.

Hari terakhir…awal pagi kami mula bersiap ke Kuala Gandah dengan menaiki bas. Destinasi kami adalah Kuala Gandah dan Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Melihat gajah2 yang terdapat dalam sanctuary itu dan kembali pulang ke UTM pada petangnya.



Suatu pengalaman yang cukup indah pada aku.

No comments:

Post a Comment