Followers

Sunday, February 20, 2011

MisI baNtuAn BaNjir

kali first aku join misi bentuan banjir..Memamg best sgt2..klu diberi peluang lagi confirm aku x tolak..ni lah pengalaman berharga aku bersama mangsa2 banjir..walaupun keadaan banjir dah kembali pulih tapi trauma dan kedukaan mangsa2 banjir masih terasa..aku join misi ni bersama dengan kakitangan UTM dan student Utm yang kebanyakan dari Palapes dan Kelana Siswa UTM..4 buah bus di hantar ke Sri Medan, BATU PAHAT, Johor pada19/2/2011.

Menurut ketua kampung Sejagong, sungai kepong yang merupakan antara kg yang teruk dilanda banjir pada kali ini. Pada 30jan 2011 baru nie, 80 keluarga iaitu 400 org penduduk terlibat dengan banjir dan di tempatkan di pusat pemindahan banjir iaitu di SK Sejagong..Banjir besar ini merupakan gelombang kedua selepas tahun 2006 dengan kenaikan paras air mencecah 5 kaki.

Misi bantuan Banjir ini adalah kerjasama antara Malaysian Relief Agency (MRA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Hospital Pakar al-Islam, UTM, UTHM dan lain2 agency yg terlibat. Misi Bantuan Banjir ini adalah satu misi yg lahir dari sikap keperihatinan masyarakat tidak kira berlainan bangsa atau budaya yang mengamalkan semangat 1 malaysia..

Aku dan bebrapa student Utm lain ditugaskan membersihkan umah2 mangsa banjir dan surau. semangat kerjasama antara kumpulan tugasan memudahkan lagikerja kami dan kerja dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.

Jam 3 ptg kami dikumpulkan semula di Sk Sejagong untuk upacara penutup Misi Bantuan Banjir pada kali ini.

pengalaman menyertai misi Bantuan Banjir kali ini pada aku amt bermakna dan aku harap diri aku akan sentiasa mempunyai nilai keprihatinan terhadap masyarakat dan amalan baik ini akan sentiasa bersama dengan aku pada masa akan datang.

aku dan wanie sebelum pembahagian kumpulan dan kawasan untuk gotong royong

meja ini adalah tmpt utk pendaftaran sebelum memulakan aktiviti

bersama rakan sekerja

lagi..

dan lagi

peralatan yg digunakan

van yg byk berbakti

bersama tuan umah mangsa banjir

kami bersila di belakang van spt PATI..huhu

ucpn ketua kg (kg Srjagong)

semangat mereka

x suka baju ini.(saiz xL)..cz xde saiz kecik

gambar besor..sbb ramai sgt.

No comments:

Post a Comment