Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Synopsis
RAIHANA…pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk
di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang
bias melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening
mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya.
Namun , jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai,
kalu biarkan begitu sahaja.
Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu.
Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya..bayangmu jua
yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan
dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan
lelaki yang tewas!
SUFIAN…cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar
kasih kami dulu ibarat tugu dihati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari
hanya kerana kamu.
Mengertilah..semuanya bukankemahuan fikiran. Impian dan
ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun baying duka merantai hidup ini,
tapi aku tetap rela.
Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki
yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu
mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimipi pun aku
tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh
salju!
Akhirnya ,Raihana begini dan sufian begitu. Dimanakan titik pertemuan mereka?.
Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh
digapai.
sekian..
No comments:
Post a Comment