Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Synopsis
Faiq:
akan ku kejar bayanganmu selagi termampu!
“hei , mamat tiga suku! Jaga sikit mulut kau tu ye. Cakap
ikut sedap mulut kau je.”
“mestilah aku cakap ikut sedap mulut aku. Takkan nak ikut
sedap mulut kau pula. Apa pun, aku pun belum rasa mulut kau lagi. Jadi, aku tak
taulah rasa sedap ke tidak.”
Fathiah:
Bengong! Gila! Itulah perkataan yang paling sesuai untuk
Faiq tiga suku ni!
Pantang berjumpa, pasti akan tercetus perang mulut antara
mereka berdua. Nurul Fathiah dan Faiq Ezwan kenal sejak bergelar siswa di
Universiti Teknologi Mara (UITM), SEGAMAT.
Faiq
suka buli Fathiah , dan Fathiah pula jenis yang tidak mahu mengalah.
Tiba-tiba Faiq berubah laku. Kata teman-temannya, mungkin lelaki itu sudah
jatuh cinta dengan diri Fathiah.
Selama ini segala yang dilakukan oleh Faiq dipandang serong
oleh Fathiah. Baginya , cinta kampus tidak menjamin apa-apa. Apatah lagi Faiq
pernah menggelarkannya ‘pengkid’ satu ketika dulu. Namun begitu, segala
ketentuan ilahi tidak dapat dielakkan.
Pertemuan selepas tamat belajar
berlangsung secara tidak diduga. Dapatkah fathiah membuang segala egonya untuk
tunduk dan akur lagi kepada cinta seorang lelaki? Dan berjayakah Faiq meraih
hati perempuan yang pernah dia hina dulu?
sekian...
No comments:
Post a Comment