Followers

Monday, April 27, 2020

Kuih Cara Resepi Mok!.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ramadan 4..so apa pencuci mulut untuk berbuka pose korang Petang nanti ye..mesti macam macam dah plan nak masak apa kan.. maklumlah bazar ramadan tak de tahun ni..so masak kat umah je..

Hari ni aku nk masak kuih cara..murah dan cepat ikut resepi mak aku..

Bahan untuk buat bancuhan kuih ni simple je.. confirm semua boleh dapat kat dapur korang je.
3biji telor
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
Garam
Gula (untuk inti nnti)
Pewarna hijau
Satukan semua bahan kt atas tu..kecuali GULA..sebab gula kita nak taruk masa kita bakar nanti..cara senang aku blend semua bahan tu sebab nak bagi dia tak berketul dan adunan nampak sebati je.


 Ok..dah siap adunan..kita kena panaskan acuan kuih cara di atas dapur pada api yang perlahan..lepas tu dah rasa agak panas..sapukan sedikit minyak masak ke dalam acuan..

Selepas itu,penuhkan acuan dengan adunan kuih dan letakkan gula pasir mengikut citarasa korang lah..nak manis tambah lebih sikit.

Lepas tutup acuan tadi bagi dia masak..

Nak tau kuih dah masak Ker belum...bila kuih tadi tak melekat pada acuan..lepas tu bolehlah angkat.
Lepas tu bolehlah hidangkan bila dah sejuk..
Done!!

Selamat berpose & selamat berbuka korang..


SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

1 comment:

  1. dah lama tak buat kuih cara ni, nanti boleh try guna resepi ni :)

    ReplyDelete