Followers

Tuesday, October 12, 2010

sEmoga Kita MeNjadi KaWan Baik yAng bAik




Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah MENGUMPAT di belakang kawan baik nya.Kawan yang baik tak pernah
CEMBURU dengan KEJAYAAN kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak MEMBANTU kawan baik nya untuk mencapai KEJAYAAN.
Kawan yang baik tak pernah MEMPENGARUHI kawan baik nya untuk membuat perkara yang BURUK dan SIA-SIA. Kawan yang baik adalah orang yang selalu MENASIHATI kawan baik nya untukberbuat KEBAIKKAN.

Kawan yang baik adalah ORANG PERTAMA yang akan dicari bila tiba masa SEDIH atau GEMBIRA. Kawan baik menjadi tempat kita MELUAHKAN PERASAAN yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah MEMAKSA kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah MELARANG kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah CEMBURU jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan KESEJAHTERAN dan KEBAHAGIAAN kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita FAHAM bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik .kepada kawan baik kita.


Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!See More

Monday, October 11, 2010

peNgalaMan surVey di Taman PerLIng

Pada 5/10/2010 iaitu pada hari selasa, saya bersama-sama 11 pelajar elektif perancangan luar bandar (SBP 3423-RURAL ELECTIVE-URBAN SPRAWL & SMART GROWTH) telah mengadakan survey ke atas penduduk KAWASAN PERUMAHAN TAMAN PERLING di bawah penyelian Dr. Anuar. Survey yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan biodata penduduk Taman Perling dan mengkaji tahap kualiti hidup penduduk di kawasan Taman Perling tersebut.

kami berkumpul pada pukul 9.00pg di bus stop FAB sebelum bertolak ke Taman Perling. Setelah sampai di Masjid Taman Perling kami mendengar taklimat ringkas daripada pengerusi masjid dan Dr. Anuar sendiri tentang tempat survey dan keselamatan diri masing-masing semasa menjalankan survey nanti.

semasa menjalankan survey tersebut, saya melihat pelbagai ragam yang dihadiahkan penduduk perumahan flat 4 tingkat Taman Perling menyambut kedatangan kami. Sebahagian penduduk tersebut memberi kerjasama dengan baik dan sebahagiannya tidak memberi kerjasama. Terdapat juga rumah-rumah yang tidak berpenghuni semasa kami melakukan survey di kawasan tersebut. Mungkin masa yang kami aturkan untuk menjalankan survey terhadap penduduk tersebut tidak sesuai kerana kebanyakan mereka tengah bekerja.

Daripada survey yang dijalankan ini, saya mendapati penduduk kawasan perumahan ini mengeluh dan tidak berpuas hati dengan keadaan hidup mereka. Kebanyakan mereka tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan iaitu pengurusan sampah, pengangkutan awam, keselamatan penduduk dan lain-lain.

pada pulul 4.00 petang barulah survey kami selesai dan bertolak balik ke UTM. Walaupun penat memanjat tangga demi tangga di blok2 yang ditugaskan untuk menjalankan survey tetapi saya berasa seronok dan bangga kerana kami berjaya mencapai target survey kami. Ini merupakan pengalaman baru bagi saya kerana menjalankan survey di kawasan perumahan flat yang bertingkat-tingkat, berbanding sebelum ini menjalankan survey di kawasan kampung dan rumah-rumah sesebuah sahaja.

antara pic yg sempat di rakam....