Followers

Showing posts with label N.O.V.E.L. Show all posts
Showing posts with label N.O.V.E.L. Show all posts

Sunday, April 14, 2013

AKU BUKAN BOLA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


huhu..baru je lepas khatan novel AKU BUKAN BOLA...macam2 cubaan and dugaan uji diri Arisya dan Khyrill.. lastnya dorang still loving..bestt nye..nak tau citer panjang sila terjah kedai buku cari buku ni ye..




Sinopsis
Mohd Khyrill Zafrie, pemain bola pujaan wanita. Cintanya hanya untuk Nur Iris Arisya. Namun badai cinta mula melanda setelah Khyrill terpaksa pergi ke satu desti nasi jauh demi cita-citanya yang menggunung. Pemergiannya mengecewakan Arisya. Rasa cemburu membuatkan ikatan cinta yang dibina, kian terlerai. Saat luka Arisya masih berdarah, Tengku Fauzie datang mengetuk pintu hati nya. Jejaka kacak dan kaya ini pada mulanya ti dak percaya pada cinta, namun rasa cinta pada Arisya membuai dia dalam satu perasaan aneh. Sayang seribu kali sayang, hati Arisya terlalu sukar untuk ditebak cintanya. Adakah rasa cinta Arisya pada Khyrill Zafrie masing menggunung? Siapa pilihan Arisya, Khyrill Zafrie atau Tengku Fauzie?



Kalau dah memang dia jodoh kita, sejauh mana pun dia pergi, dengan siapa pun dia bersama, dia tetap akan datang dan menjadi milik kita "♥"

sekian.


Monday, May 28, 2012

Novel =Akhir sebuah cinta- siti Nur Dhuha.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Penulis yang sama  ngan  novel  my love playgirl.



Synopsis

Apalagi yang ada pada diri seorang wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa-apa lagi. Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa-apa harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dengan apa yang berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.


“hai, baru sekarang nak balik. Keluar dengan lelaki, lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tengku  Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? Atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam-diam ubi berisi.” Tengku Khuzairi tiba-tiba berkata.

Dia..lelaki yang telah disyaki membunuh. Dia..lelaki yang banyak menyakitkan hati aku. Dia..lelaki yang pernah menengking aku. Dia ..lelaki yang sering membuatkan aku menangis. Dan dia..banyak melukakan hati aku. Dengan tiba-tiba air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi..kenapa kau perlu dating dalam hidup aku.

Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorang gadis kampung yang tak ada apa-apa. Kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abang aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu tengok abang aku kena sisih dengan saudara-mara aku.


Hadirnya dirimu..kubagaikan ingin bernafas seribu tahun lagi.

Sekian.




Sunday, May 20, 2012

MY LOVE PLAYGIRL-siti nur dhuha

Novel  yang buat aku gelak je sepanjang  baca..serius memang best sampai sakit perut aku duk  gelak ngan pembawaan watak Puteri Laila dan Hasrul ni..



Synopsis sikit=

Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul  dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya.

Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila. Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Dan bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

“hei orang miskin, kau dengar sini! Aku akan ingat perbuatan atuk kau tu sampai bila-bila. Dan aku jugak takkan lupa perbuatan kau yang menyimbah air ikan pada badan aku. Aku akan laporkan semua ni pada daddy aku. Daddy aku akan cari kamu berdua dan ajar kamu secukupnya. Daddy aku orang kaya tau, dia boleh buat apa sahaja.”-Puteri Laila


Mentang-mentang anak orang kaya, ingat aku takut. Aku pun kaya jugak tau. Aku ada lalang-lalang kat belakang rumah aku tau. Hasrul teringatkan semak belukar di belakang rumahnya. Tak ada duit, ada pokok-pokok kayu pun jadilah.

“ ini cincin yang Rul bagi kepada saya sewaktu dia melamar saya. Malah  dia sudah berjanji nak berkahwin dengan saya dalam masa terdekat ni. Apalah sangat yang Rul boleh harapkan dari isteri seperti awak ni, entahkan mampu memberikan zuriat padanya ataupun tak.”-azia


MY LOVE PLAYGIRL.



Friday, May 11, 2012

Cinta Kau Dan Aku- Siti Rosmizah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta.


Synopsis.

“apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat waung lagi bagus. Apa , kau ingat , kau tu jantan ke. Nak jadi driver,” marah Mak Timah.

“kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?” soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

“sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang.

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia  dikejutkan dengan suara yang amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendegar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya.

CINTA KAU DAN AKU.

Dalam tawa akan ada tangisnya.



Wednesday, April 18, 2012

Novel= Lukisan untuk E-ah—Aryusz

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Synopsis


Faiq:
akan ku kejar bayanganmu selagi termampu!

“hei , mamat tiga suku! Jaga sikit mulut kau tu ye. Cakap ikut sedap mulut kau je.”
“mestilah aku cakap ikut sedap mulut aku. Takkan nak ikut sedap mulut kau pula. Apa pun, aku pun belum rasa mulut kau lagi. Jadi, aku tak taulah rasa sedap ke tidak.”

Fathiah:
Bengong! Gila! Itulah perkataan yang paling sesuai untuk Faiq tiga suku ni!
Pantang berjumpa, pasti akan tercetus perang mulut antara mereka berdua. Nurul Fathiah dan Faiq Ezwan kenal sejak bergelar siswa di Universiti Teknologi Mara (UITM), SEGAMAT. 

Faiq  suka buli Fathiah , dan Fathiah pula jenis yang tidak mahu mengalah. Tiba-tiba Faiq berubah laku. Kata teman-temannya, mungkin lelaki itu sudah jatuh cinta dengan diri Fathiah.

Selama ini segala yang dilakukan oleh Faiq dipandang serong oleh Fathiah. Baginya , cinta kampus tidak menjamin apa-apa. Apatah lagi Faiq pernah menggelarkannya ‘pengkid’ satu ketika dulu. Namun begitu, segala ketentuan ilahi tidak dapat dielakkan. 

Pertemuan selepas tamat belajar berlangsung secara tidak diduga. Dapatkah fathiah membuang segala egonya untuk tunduk dan akur lagi kepada cinta seorang lelaki? Dan berjayakah Faiq meraih hati perempuan yang pernah dia hina dulu?

sekian...




Saturday, April 14, 2012

Novel= Diari Cintaku-Eina Afrina

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aduhai cinta..ia dating jua walau kehadirannya tak kupinta.

Synopsis


Bukan keinginan Maizatul meneima Shahril, tapi itulah bukti pengobanan seorang anak. Perkahwinan tanpa rela itu membebaskannya dari cengkaman ibu tiri yang kejam. Maizatul pasrah menyerahkan takdirnya pada shahril biarpun lelaki itu tidak pernah mencintainya. Mereka  lebih selesa menjalani hidup sebagai teman tapi mesra.

Memang kecoh bila suami isteri itu menjadi housemate dan berpura-pura bahagia di hadapan keluaga masing-masing. Bagi shahril, terlalu sukar meluahkan cinta di saat jiwa begitu egoistic. Maizatul semakin jauh, jauh dan jauh menanti ungkapan cinta yang tak pasti.

“saya nak kerja bukan saja kerana bosan tinggal di rumah tapi juga untuk persiapan di hari depan. Sekurang-kurangnya bila awak ceraikan saya nanti, saya dah ada pendapatan sendiri. Tidaklah terlalu bergantung pada awak”.-maizatul

“aku tak tau macam mana nak mulakan. Tambah lagi bila tengok muka zatul yang selamba badak tu, memang terkedu mulut aku. Aku risau kalau dia ketawakan aku. Kau tak kenal perangai zatul yang gila- gila tu;--shahril

Maafkan aku Amin…aku tak mungkin dapat meneimamu dalam hatiku. Banyak yang ingin aku padamkan dalam hidupku. Termasuk melupakan seraut wajah milikmu yang hanya membuat aku semakin teluka. Jika perlu aku akan pergi jauh dai sini. Pergi lebih jauh agar  aku benar-benar dapat melupakan bayangan semalam yang masih menghantui hidupku---maizatul.

Sekian..




Wednesday, April 11, 2012

Novel= Genersik Kalbu- Anis Ayuni


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Synopsis



RAIHANA…pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang  bias melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun , jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kalu biarkan begitu sahaja.

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya..bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

SUFIAN…cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu dihati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. 

Mengertilah..semuanya bukankemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun baying duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimipi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya ,Raihana  begini dan sufian begitu. Dimanakan  titik pertemuan mereka?.

Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai.

sekian..








Friday, March 30, 2012

Novel= Bintang Itu Milikku-Arfa Ardiya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Synopsis


Ketenangan yang terpamer di wajahnya tidak menggambakan sekeping hati yang dimiliki oleh insane bernama Husna Nusrah. Di sebalik kelembutan dan ketegasan itu, tersembunyi satu konflik dalaman di dalam dirinya.

Selama 29 tahun Nusrah hidup bagai orang tebuang dan tersisih daripada keluarga sendiri. Namun kerana tanggungjawab, dia terpaksa menjaga orang yang begitu tegar menyakiti hatinya sedangkan kasih sayang untuk insane bergelar ibu telah lama mati.

Dalam Nusrah berperang dengan perasaan sendiri, kehadiran Akiff sebagai jian telah Berjaya membuatkan hati keikilnya kenal apa makna pengorbanan seorang ibu. Keprihatinan Akiff juga Berjaya membuatkan dia mengakui cintanya hanya milik lelaki itu.

Namun, setiap kisah cinta ada cabarannya tersendiri. Kehadiran Asnidah telah membongkar satu rahsia yang disimpan kemas oleh Akiff. Hanya kerana kenangan lama, api cinta yang sedang membara seakan terpadam.

Lafaz kata adakalanya tidak mencerminkan kata hati. Sanggupkah Nusrah membiarkan jiwanya terluka buat kesekian kali demi kebahagian orang yang disayangi? Dia ela menjadi bintang yang sentiasa berkerlipan menghiasi dada malam.

Kembalikan hatiku jika kau ada yang lain..

sekiann...




Sunday, March 25, 2012

Novel=rindu di kalbu-Durrah fatiha


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Synopsis


Antara Ain Syauqina dan Ammar Wajdi, memang wujud keserasiannya. Sejak peristiwa terperangkap dalam lif, mereka sering mencipta pertemuan demi pertemuan. Kadang-kala mereka akan menghabiskan cuti hujung minggu dengan membaca di taman bunga. Tapi , itu dulu. Sewaktu baru merasai saat bercinta.

Kini, sejak kehadiran lelaki itu semula, batinnya sentiasa berkocak. Ketenteraman jiwanya pula seperti diragut. Dia keliru antara kasih Azad dan memori cinta Ammar. Mustahir dia melukankan Azad Hamdi, insan yang sudi member kehidupan pada jiwanya. 

Tanpa Azad, mungkin sukar baginya untuk melupakan kisah malam itu. Tapi patutkah aku menyalahkan dirinya saja? Atau , aku juga ada sahamnya?

Walaupun dunianya sudah dikelilingi bunga-bunga cinta, sesekali indu pada Ammar menjengah juga. Namun , jauh di sudut hati..Ain tahu dan sedar, bara itu tidak pernah padam sepenuhnya. Mungkinkah kalau ditiup, akan besemarak semula?

Dia benar-benar buntu! Tidak sanggup rasanya meniti bahagia atas kelukaan orang lain. Dan …..bagaimana aku harus mengharungi hidup sebumbung dengan lelaki itu, sedangkan dia bukan milikku? Semuanya terserah pada takdir. Kita hanya berhak merancang tapi hanya DIA penentu segalanya.

Rindu akan menjadi bara selagi ia dipendam di dalam dada.

Sekian.







Saturday, March 17, 2012

Novel= Tak Mungkin Dia-Rania Firdaus.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Synopsis

Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu,hubungan mereka menjadi lebih akrab.

Namun , sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiannya. Kematian Azfar mengubah Elina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluaga sempat membawanya kembali menjadi gadia yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya.

Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina.
Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu.

Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebgai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! 

Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini?
Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencai jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenanya.

Hatiku telah kau takluk hingga tidak mampu melupakanmu.

Sekian.




Sunday, March 4, 2012

Novel =Siapa Di Hatimu- Jahanifah MZ


Kita takkan Nampak persamaan jika terlalu memandang perbezaanya.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Synopsis


“laut selalu buat aku rasa kecil dan kerdil. Laut selau buat aku tak terdaya melawan ombak dan gelombang. Laut selau buat aku  takut untuk mencapai impian.”

“membina perasaan cinta bagaikan membina bangunan. Ketika itu mungkin tangan dan badan akan luka. Pedih terasa. Waktu itu bukan bahagia yang dating tapi kesebgsaraan. Dan yang paling bimbang, aku mati menderita sebelum bangunan itu siap terbina.”

“macam langit dengan bumi. Satu di atas, satu di bawah. Tapi kedua-duanya becantun di kaki. Setia sampai bila-bila. Saling memerlukan agar dapat lengkap-melengkapkan. Sekiranya hilang salah satu,pincanglah keindahan.’

Jalan telah terbentang luas, Cuma menunggu engkau mendatanginya. Tapak tanganku memang tak cukup besar. Tapi jika nyiru boleh digunakan, nyiru itu telah lama ditadahkan.


Sekian..