Followers

Showing posts with label KATA-KATA HiKmaH. Show all posts
Showing posts with label KATA-KATA HiKmaH. Show all posts

Friday, March 22, 2019

SaLam Jumaat awok!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


SaLam Jumaat!!


AL Fatihah untuk semua mangsa tembakan rambang di Christchurch NZ...semoga tenang di alam sana.

Kita tak mampu untuk melangkah tenang ke hadapan sekiranya kita selalu mengingat kisah silam di belakang..


Jangan jadikan sejarah silam penghalang untuk kita maju ke depan...

Hppy lunch korang!!

 SEkiAn
 || CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N ||
IEHAHFARIHAH

Tuesday, September 13, 2016

Eid AidilADha || second day

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Paksa diri untuk bangkit, jangan sedih. Hidup mesti diteruskan, tanpa dia atau tak, ' ﺍﻟﺤﻤﺪﻟﻠﻪ ' bersyukur sebab Allah mahukan yg terbaik untuk kita

Terus jadi kuat,sabar Dan redha...Aminnn...

SEkiAn
 || CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N ||
 IEHAHFARIHAH

Friday, August 30, 2013

aku pun nak jadi baik.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tegar - Pantaskah Surga Untukku lirik




jom tenangkan jiwa dan hati malam2 jumaat ning ngan lagu insaf diri sikit..hope aku pun tergerak hati berubah jadi lagi baik dari sekarang..aminn

sekian.

Tuesday, July 16, 2013

x tau nak royak gape

ASsalamualaikum & Salam SEjahtera

Dan orang yang paling hebat adalah orang yang mampu merelakan kisah silamnya ,memaafkan orang yang pernah sakitinya dengan ikhlas. Allah itu mengetahui apa yang berada di langit dan di bumi . Pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Maafkan lah dia, insyaAllah akan rasa tenang dan kisah lama itu jadikan ia sebagai kisah yang berlalu. Kita buka lembaran baru dan kini adalah yang tabah dan kuat semangat

Thursday, May 16, 2013

U.J.A.N.G

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Layan UJANG malam Buta.betol doh ayat tu...macam aku kat PLKN dulu, ada member aku cakap tegoh trekking jauh2..nak marah ke jurulatih keluar ah ayat " koloh betekat-tekat, bodo belapis-lapis"...aihhhh dok baik kate gitu!!. jurulatih pun cikgu kita jugok.."SELAMAT HARI CIKGU"  semua yang begelar guru. 


sekian.

Saturday, April 13, 2013

KESIAN PEREMPUAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera





KESIAN PEREMPUAN.....

diam — dia lemah .
lantang — nampak salah .
mesra — dia gatal .
pasif — dipijak-pijak .
kahwin — bila beranak? .
tak kahwin — pasti digelak .
berhijab — dikata kolot, jahat, menunjuk² .
tak tutup — lagilah heboh .
setia — dimadu laki .
curang — dicanang keji .
terlalu cinta — dimain²kan .
terlalu berjaga — dimarah²kan .
menangis — rimas selalu .
mata kering — dipanggil kepala batu .
buat betul — pelbagai benda dipersoal .
buat silap — sekampung berbual .

tp UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan
kejian & hinaan, SYURGA adalah tempatnya, cukup hanya
menjadi SOLEHAH kerana ALLAH, patuh segala perintah
Allah, insyallah dirinya sebaris dgn para bidadari &
mungkin lebih atas lagi, dengan izin Allah di syurga kelak,
insyallah



sekian.


Friday, March 29, 2013

lovebite | Boleh Membunuh!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


salam jumaat semua..happy weekend buat geng2 ganu okey...



apa motif pic INI????

meh baca sini..aku kongsi ngan korang??..i tau lah korang-korang ada yang pernah try buat and dapat from someone special kan....oloh2..malu2 pulak...never mai lah...hudoh je aku tengok benda alah ni..apa yang istimewa sangat aku pun x tau..asal erk GF /BF yang tengah2 duk sayang2 tu suka je ngan menda ni..

okey..lepas baca ni hati2 ye korang..x pasal boleh bunuh GF or BF korang..kenapa??

INI FAKTA

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang dilakukan oleh kekasihnya. wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. mereka kemudiannya memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut. 

sebenarnya lovebite yang terhasil itu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

so, hati2 lah semasa bersama pasangan masing2. jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan.jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

ageal>

sekian.



Janji Manusia || HIPOKRIT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Redha kalau orang x kotakan janji dia pada kita..emmm maybe boleh lagi sabar selagi mampu rite..tapi kalau orang yang sama x tunaikan janji pada kita..apa korang pikir?? seriously bagi aku susah dah nak terima janji orang cam tu..dengar boley ah..nak pegang janji dia..sory ah der..cukup sekali dua kau main kan janji kau ngan aku..full stop..

kepercayaan aku ibarat cermin yang jatuh kat atas lantai simen ..dah jatuh confirm hancur pecah berkecai kan..walaupun beribu riban dah kau cuba nak kembalikan serpihan-serpihan yang ada tu kat bentuk asal, confirm ah rekahan dan refleksi kerosakan tu tetap ada kan..buat cam ner pun x kan sama ngan bentuk asal..

kepercayaan seseorang kepada kita jangan sekali kau pecahkan. Sekali ia pecah, sukar untuk dicantumkan kembali. kerana orang sudah tidak percaya kat kita..hidup manusia ni ada jugak pada janjinya.

jika kau x leh janji.. x yah janji ah..dan bila kau dah start berjanji..tolonglah tunaikan janji kau tu sebab dia bawak kesan pada kau one day nanti. pada yang beri janji rasa cam biasa je..tapi pada orang yang terima janji kesan pada dia besor wei..


so renung..pikir lah..

peachh yooo..muahhhh  ahakkk

sekian.

Monday, March 25, 2013

JanGAN sALAhkan | Jodoh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



jodoh memang dah ditentukan oleh Allah..tapi jangan terlalu mencintai hingga lupa bezakan antara halal & haram..berhenti cintakan dia bila sedar dia tak mampu jadi pemimpin untuk kita or anak-anak kita kelak..

kawin.| memang semua girl nak kawin and hidup berumah tangga..tapi kita kena ingat perjalanan lepas kawin tu panjang..so pilih jodoh or kaji balik pilihan hati tu sebelum buat keputusan nak kawin, nanti xde lah korang nak salahkan jodoh pulak..

salahkan jodoh atau berserah pada jodoh boleh bawa kepada kita salahkan Allah tanpa sedar coz jodoh tu sebenarnya dipengaruhi faktor usaha, amal, tawakal dan redha kita.

sebelum kawin..memang kita rasa nak sangat kawin untuk bahagia..then bila lepas kawin ada pulak kita-kita ni nak sangat bercerai untuk keluar dari derita..tapi cerai bukan satu-satunya penyelesai masalah.

so, buat geng2-awek2-kawan2 sekalian..pilihan jodoh terletak pada tangan anda and redha Allah itu yang utama..kita x boleh mencorakkan orang yang kita sayang menjadi seperti mana yang kita nak..dia sendiri yang seharusnya buat keputusan ke atas kehidupannya.kesimpulannya buatlah keputusan yang bijak.



PESANAN untuk D.I.R.I aku & JUga Kalian
mac 2013

sekian.

Thursday, December 27, 2012

K.E.M.A.A.F.A.N

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Orang yang pernah gagal dan tahan di uji dan lebih tahu untuk menghargai, DIA melihat bahagia seperti melihat warna-warna PELANGI.



AKU sedar, aku  tak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan ini seandainya aku tidak dapat melupakan kegagalan, rasa kecewa dan sakit hati..kemaafan terlalu berat untuk aku berikan kepada orang yang melukakan hatiku. tapi aku tahu dengan memberi kemaafan sahaja lah aku dapat mengubati hati yang telah terluka. 


kemaafan yang diberi secara ikhlas seumpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi dan hadiah yang terbaik untuk 'musuh' ialah kemaafan..

mungkin ada benarnya.

sekian.

Monday, December 24, 2012

Lawan DAN terus Bertahan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mood menconteng di sini memang kureng..pikiran dah semak samun bagai dah..hanya nak luah apa aku rasa  time ni..sory kalau ayat aku tunggang langgang terbalik kot..sebab kepala aku dah x leh nak guna pakai lah tu kotnya...hehehe
aku teramat penat, letih segala-galanya..tenaga aku dah x cukup. aku dah x mampu nak arahkan fikiran aku untuk fokus kerja ini semua lagi..preper exam pun langsung  kelaut..x de dalam kepala otak aku..even seminggu lebey je lagi aku bakal masuk dewan pekse untuk final exam semester ni..rasa sesak dada..aku nak rehat banyak2..nak tidor secara normal macam dulu2...tapi aku x mampu lakukan semua tu buat masa ni..

aku cuba untuk kuat, walaupun jalan hidup aku sendiri pun aku x mampu bayangkan untuk hari esok, lusa, tulak dan bertahun akan datang (kalau aku masih bernafas) nanti. aku cuba berlawan dan terus bertahan walaupun aku tahu, aku dah x mampu untuk bertahan. aku x tau macam mana hari esok yang perlu aku tempuh. tapi aku berusaha untuk teruskan kehidupan aku di sini dengan niat menunaikan tanggungjawab2 yang perlu aku selesaikan..aku hanya membiarkan masa menentukan segalanya.

nikmatilah dan bersenang-senanglah kerana sesungguhnya segala sesuatu itu paSti ada kesudahannya sebagaimana dia pun ada permulaanya.

aku harap aku mampu bertahan...bertahanlah..Bertahanlah, sebab aku sudah berjaya sampai pada tahap ini..bertahanlah untuk sikit waktu itu, bertahanlah sebab aku tahu sama ada aku mampu menghadapinya, bertahanlah dan berikan aku kekuatan untuk terus berlawan dan bertahan.

telah banyak peluang aku lepaskan sebelum ini, dan kini masa yang tinggal sedikit ini untuk aku berusaha membaiki semula hati aku dan jalan hidup aku.

selagi kudrat masih lagi kukuh dalam hatiku..selagi tubuh masih terdaya..selagi darah masih mengalir..selagi jantung masih berdeyut..aku sedaya upaya akan terus bertahan..INSYAALLAH..aku akan BERTAHAN....

HIDUP ni susah dan rumit..kita MANUSIA, terpaksa lalui semua tue..sebab ini amanah Allah..DUGAAN dan CABARAN ni, kita kena lawan walaupun semasa pertempuran tu , kita pasti akan TERsungkur dan menangis..TAKPE, sabar lah..ALLAH sentiasa ada untuk orang yang berharap dengan DIA..yap..allah sentiasa ada untuk aku selagi aku x lari dariNYA.

SEKIAN.



Wednesday, May 23, 2012

Ujian Hidup.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 




Untuk menhindar kesusahan yang sedikit kerana tahan daripada menanggung kesusahan yang lebih besar yang tidak sanggup di tanggung oleh badan… Apa yang berlaku adalah permainan takdir dan kita sebagai pelakonnya… 

aku tetap TERTAWA walau aku 
sbenarnya ingin MENANGIS.. 
aku tetap TERSENYUM walau aku 
sebenarnya KECEWA.. 
aku tetap KUAT walau aku 
sebenarnya SUDAH LEMAH.. 
aku tetap SEMANGAT walau 
aku TERTEKAN oleh masalah.. 
dan yang terpenting aku tetap SABAR 
dan memandang segalanya baik saja walau sebenarnya hatiku sedang TERLUKA..


Sesungguhnya aku redha dengan ketentuanMu YA ALLAH.

Monday, April 2, 2012

ujian..

Seseorang manusia itu tidak akan diuji dengan sebarang ujian yang dia sendiri tidak mampu menanggungnya..

 Selagi ujian itu diletakkan di bahu seseorang manusia , itu bermakna bahawa dia mampu untuk berhadapan dengan ujian tersebut.

Tuesday, September 20, 2011

Dugaan Hidup Ada Kebahagian Milik Orang Lain.


Jika hari ini, kita ditakdirkan susah, jangan cepat melatah. Andai hari esok kita ditakdirkan merana jangan terlalu bersungut. Begitu juga sekiranya lusa kita ditakdirkan Allah sakit, jangan pernah berkata ia sia-sia.
Itu semua punya hikmah. Bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kita. Terlalu jauh menzalimi hambanya. Selalunya kitalah yang menzalimi hak-Nya. Jua, kita juga sentiasa menzalimi diri sendiri. Ketika sedar tau tidak. Tetapi Allah ada untuk mendengar keluhan hati kita. Berdoalah.
Jangan melihat segala sesuatu yang berlaku sebagai sia-sia. Pasti ada hikmahnya. Walaupun mungkin yang berlaku itu adalah kesusahan bagi kta. Tetapi Allah maha mengetahui setiap kejadian.
Keperitan, kesusahan dan getir hidup bagi kita, mungkin kebahagiaan bagi orang lain. Apatah lagi sekiranya ia hadir kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kata orang, hari ini mungkin hari orang lain, hari kita pasti akan datang jua.


Wednesday, September 7, 2011

Pertemuan + perpisahan


Setiap pertemuan pasti suatu saat akan melalui detik perpisahan. Perpisahan sementara or perpisahan selamanya yang akan membezakan sesuatu perpisahan tu. Perpisahan sementara orang cakap perpisahan untuk beberapa tempoh masa sahaja..tetapi perpisahan untuk selamanya ialah perpisahan yang tidak akan dapat mewujudkan satu pertemuan yang lepas itu kembali.
Berpisah untuk sementara, pasti sampai saat kita akan bertemu balik dengannya, melayari hidup bersamanya kembali..bagi aku ini perkara normal dalam hidup manusia…bukankah perpisahan yang sekejap ini mengajar kita untuk cekal, tabah dan kuat untuk menhadapi suatu perpisahan buat selamanya suatu hari nanti.
Setiap pertemuan dan perpisahan itu asam garam dalam hidup kita..setiap yang bertemu pasti akan berpisah bila sampai saatnya..belajar untuk menerima perpisahan lebih mulia daripada meratapi perpisahan itu..setiap orang akan merasainya bila suratan takdir orang yang kita sayang meninggalkan kita.
Redhalah seikhlas hati..mungkin itu yang terbaik buat kita supaya kita selalu ingat segala yang berlaku atas kehendak Tuhan yang maha kuasa. Dia tau apa yang terbaik buat kita..Tuhan itu kan maha Adil..

Wednesday, March 23, 2011

indahnya kehidupan



"HIDUP IBARAT SEBUAH PERJALANAN YANG PANJANG.
KECANTIKAN SEBUAH KEHIDUPAN ADALAH PADA NIKMAT
KEGEMBIRAAN DAN KESEDIHAN. IBARAT GUNUNG YANG SUKAR
DIDAKI ATAU MUNGKIN SEMUDAH DENAI UNTUK KITA LALUI"
~ Aliza Elizabeth~
Walau apa pun caranya, walau apa pun corak dan warnanya, hidup ini adalah sesuatu yang terlalu indah. Indah dengan ujian, cabaran, dugaan, suka, gembira, duka, sedih dan berbagai-bagai lagi perasaan yang membuatkan ianya menjadi terlalu indah dan menarik jika kita menghayati, merenungi dan mungkin memahaminya.

Tanpa semua perasaan itu, of coz hidup kita akan plain. Mendatar. Tiada corak dan warna. In fact, kosong!

Jikalau hari ini warnanya hitam, mungkin esok lusa berwarna warni, seindah warna-warna pelangi. Kalau hari ini coraknya lurus, mungkin tidak perlu menunggu esok, mungkin sekelip mata bertukar kerinting, berpintal-pintal.

Tapi, yang pastinya hidup ini tetap sesuatu yang teramat indah, walau pedih, walau perih tetapi itu semua hanya sekelumit dari ujian dan dugaaan daripadaNya.

Dan, mungkin juga untuk kita mengetahui inilah realiti keindahan kehidupan. Inilah cabaran yang mencantikkan 'perjalanan' yang kita sedang lalui sekarang.

Bukalah mata luas-luas, pandanglah ke hadapan. Lapangkan dada, bawalah kenangan indah terdahulu, buangkanlah kenangan yang pahit.

Andainya kita tersalah tafsir, of coz kita akan makin tersasar dari redhaNya. Of coz tiada nikmat keindahan yang dapat dirasai.

Kehidupan memberikan kita pilihan. Peluang untuk memilih, so terpulanglah apa yang kita nak pilih. Just do the best yang kita mampu lakukan untuk setiap detik yang kita ada. Bukan bermakna tiada kesilapan, bukan bermakna tiada ujian tapi fahamilah bahawa setiap sesuatu itu sememangnya mempunyai hikmah yang tersirat daripadaNya.

Diulang, perumpamaan yang tersirat mungkin boleh diungkapkan sebegini;
"KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN
MATAHARI, DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT.
KITA MENANGIS DAN TERTANYA-TANYA,
KEMANA MENGHILANGNYA SINAR.
RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAH KITA PELANGI
YANG INDAH BERWARNA-WARNI"
Mengakui kebenarannya sudah tentulah melalui kesyukuran yang dipanjatkan ke hadratNya, dengan berkongsi kebaikan dan kemudahan yang dikurniakan kepada kita, if tidak banyak mungkin boleh sedikit, jika bukan tenaga mungkin boleh berdoa.


Friday, March 11, 2011

HANYA SEBAGAI INGATAN…


Orang cakap; berkawan bia le seribu, berkasih bia le satu.

Dalam Islam pon ada gak bitau; tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi sedaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Means, tak salah kalau kita menyayangi sahabat kita.

Apa yang aku pikir - 'layan semua orang seselesa yang mungkin sebagaimana aku harap orang lain akan layan aku seselesa itu juga, juz make them happy'.

Yang aku baca dalam majalah Ujang dulu-dulu; true friend brings out the best to each other.

The most important thing is, belajar menerima kekurangan orang lain dan belajar juga menghormati kelebihan orang lain. Kadang-kadang benda yang kita rasa satu kelemahan pada diri kita sebenarnya adalah kekuatan yang tidak kita sedari.

In short, dalam apa jua perhubungan, percintaan, rumah tangga, persahabatan, rakan sekerja, ketua-kuli, semuanya perlukan give n take. Jangan biarkan emosi mengawal diri kita, patutnya kita yang mengawal dan memandu arah emosi kita. Cakap memang senang tapi nak membuatnya susah. Tapi, insya allah setakat ni rasanya mampu lagi nak kawal emosi yang melampau-lampau tu. Juz lapangkan dada n fikiran, tengok tengok unsur yang positif tanpa prasangka buruk. Tu je kot.