Followers

Saturday, April 30, 2011

Sepi hatiku




Sepinya malam x sesepi hatiku yang selalu saja x dapat luahkan perasaan yang aku punya untuk yang tercinta…biarlah cinta tetap dalam lubuk hati aku tanpa megetahui siapa pemiliknya..mungkin satu hari nanti aku mula berani untuk mengungkapkan semua perasaan yang aku punya walaupun saat itu aku mula kehilangan rasa cinta yang sebenarnya.

Seorang perempuan yang sederhana sepertiku hanya inginkan 2 hal dalam cinta..KEJUJURAN dan KEPERCAYAAN..2 hal yang aku harap ada padamu saat aku memintamu menjadi teman hidupku.
Mungkin terlalu awal untuk menyatakan cinta..tanpa mengenali hati budi masing-masing, tanpa bersua muka…sungguh terlalu singkap perkenalan kita..tapi aku berani ungkapkan siapa sebenarnya diri aku, siapa aku dulu dan sekarang di awal perkenalan ini..
Bagi aku biarlah orang marah sebab kejujuran kita, bukan marah sebab menipu..sbb sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga..sekali ko menipu, sampai bila-bila org susah nak percaya ko..
Samada ko mahu terus bersama aku or tidak..aku X nak ambik tau..aku x harap apa-apa dari ko..just klu ko betul2 ingin terus mengenali aku..masih sudi untuk berkawan dengan aku ..Cuma aku harapkan keikhlasan, menerima baik buruk aku seadaanya…bukan hipokrit..sbb aku paling benci orang hipokrit and menipu diri sendiri..
Aku harap ko sedar, aku bukan insan sempurna..perempuan yang memiliki segala-galanya..perempuan idaman lelaki-lelaki yang baik and sehebat ko..aku bukan seperti mereka..aku serba kekurangan..hidup aku x seindah orang lain..hidup aku penuh dengan kenangan silam yang buat aku rasa x layak untuk megecapi bahagia seperti org lain..
Siapa yang X nak bahagia kan?? Aku pun nak bahagia cm orang lain dalam cinta yang penuh asyik, bahagia di samping insan-insan tersayang..sungguh aku mahukannya..tapi bila???bila aku akan rasa bahagia tu..Takdir Tuhan yang tentukan segalanya..aku berserah!!!



Community planning and housing dah lepas..


Ari ni fisrt paper utk exam semester 6 ni..lega bila satu paper dah lepas..Waiting untuk paper seterusnya iaitu Project Management and Environment..
Abih exam aku terus balik then tidor je sampai x ingat dunia…konon ganti tidor yg x menentu 2 3 hari sebelum exam..…zohor and asar aku pun x tahu kemana..perhhhh teruknye aku..malam plak aku lansung x study..layan movie sampai 3 citer..abik ko..mentang2 dapat movie baru dari rumate aku yg baik hati..study pun entah ke mana..
Paper community planning and housing ni aku rasa aku dah buat sehabis baik..harap2 dapat result yang x mengecewakan aku..Pulun habis subjek nie..3 hari aku x sentuh subjek lain…layan habis ngan subjek ni..tapi syukur sgt cz dapat luahkan kt paper exam tadi..x sia-sia usaha aku …
For project Management aku rasa aku dah sedia nak jawab..but untuk Environment aku belum prefer apa2 pun..serius otak aku langsung x leh terima subjek ni..banyak kali aku baca..aku buat nota..tapi lansung x nak masuk dalam otak aku..gileee ah..cm ane nk jawab exam ni..environment environment….jangan lah ko degil sgt ngan aku…
Redha je ngan result exam kali nie..aku dah cuba yang terbaik..harap baiklah keputusannya..



Tuesday, April 26, 2011

Mood.

Lagi 4 ari nak final exam..maksudnye dah nak habis lah semester 6 ni..cm x caye je..dah 3 tahun aku study kt UTM ni..
Semiggu kt kampug time org cuti for study week buat mood aku ilang nak study..asyik tangguh je bila nak study..mane x nye..kt umah aku, riuh dengan ank buah aku yg tgh aktif membesar sekarang..x terlayan aku..sekarang cm x cukup masa plak aku nak focus seme subjek..padam muka aku..malas sgt…
Then, ari ni..org lain sibuk study ..boley plak aku p berjalan-jalan, bersuka ria ngan kawan aku..cm x de exam je..perhhh..biar betul aku nie..xpe..anggap je rehatkan otak kjp..huhuhu…
And sebenarye aku rasa sedih cz kawan aku cm jauhkan diri dia ngan aku je..sal aku tipu dia tu..tapi aku x sampai hati nak terus tipu dia..sbb tu aku terus terang..jujur apa aku..ni lah org ckp..nak ckp salah..x ckp pun rasa serba salah..apa pun aku betul2 mintak maaf dengan dia..
Ok..kt sini je..aku nak sambung study projek management..


Tipu

Apa perasaan korang bila kena tipu? Mesti rasa sakit hati, geram, nak marah, nak cepuk orang yang tipu kita tu & sebagainya. Tapi, pernah ke korang tak tipu orang lain? Hmmm, tu macam agak mustahil aku nak caye... Sebaik mana seseorang tu, mesti dia pernah menipu walaupun untuk sekali. Banyak tujuan kenapa sesorang tu menipu. Ada yang menipu sebab nak selamatkan diri sendiri, tapi ada gak yang menipu sebab nak selamatkan orang lain. Tipu sunat tu still kira menipu jugak kan?
Aku?of cozlah agak selalu aku menipu. Menipu untuk nak selamatkan diri sendiri & menipu untuk selamatkan orang lain. Dua dua pun aku buat ( jujurnye aku disini). Hehehehe.
Walaupun kita berjaya tipu orang lain, tapi sampai mati pun kita tak kan dapat tipu diri sendiri. Motif ko nak tipu diri sendiri?Mungkinlah dapat menyedapkan hati yang sedang gundah gulana..tapi sampai bila kau nak menipu diri sendiri?Penat sebenarnya menipu ni. Satu hari korang akan penat sebab menipu diri sendiri ni~
Aku sebenarnya x berapa suka menipu ni sebab bagi aku 'biarlah orang marah kerana kita jujur, bukan marah kerana kita menipu'. sebab sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. sekali kau menipu, sampai bila bila orang susah nak percaya kau..tu yang aku ingat selama ni..
Aku tipu pun banyak sebabnya..mungkin sebab aku nak tutup buruk aku kt orang yang aku syg..aku x nak hilang dia bila dia tau kebenaran sebenarnya yang aku ni bukan lah macam yang dia harapkan, bukan sempurna sgt cm org lain..yelah x semua manusia tu perfet kan..
Tapi sebenarnya aku mmg x pandai menipu..aku cuba jugak jujur terus terang w/pun aku x tau apa reaksi dia lepas tau hal sebenarnya..dia suka or x kt aku lagi..pedulikan..janji aku dah jujur ngan dia and diri aku..sorry babe,aku x sengaja..
Bagi aku sampai bila aku nak tipu dia kan..lame2 dia tau jugak..biar lah dia tau sekarang daripada tau pada masa depan..
By da way, korang kena letak dalam fikiran yang tak semua penipuan tu adalah jahat. Mesti korang pernah dengar pepatah yang orang selalu ungkap, lebih kurang camni bunyinya: Kadang-kadang tidak tahu tentang perkara sebenar adalah lebih baik dari mengetahui tentang perkara itu. Kalau penipuan yang kita buat tu boleh menyebabkan orang lain gembira, why not kita menipu. Ini bagi pendapat aku ok, setiap orang maybe ada pendapat sendiri.
So, kalau korang tanya aku..Apa perasaan aku kalau kena tipu. First, ofcoz aku akan marah sebab hidup hidup aku kena tipu. Tapi, kejap jek aku marah, then aku akan tanya kenapa dia tipu aku. Kalau reason dia tu munasabah, takyah la kan aku nak panjangkan cerita. Past is past. Tapi, jangan lupakan apa penipuan yang dia dah buat, ambil dia sebagai pengajaran untuk masa depan.
And nasihat aku pada mereka yang emo tahap gabang bila kena tipu, takyah la emo sangat. Maafkan jek la orang tu. Macam lah korang tak pernah menipu kan?Nama pun manusia, mesti ada sekali dalam hidup kita pernah menipu, sama ada kita sedar atau tak. Tapi, janganlah jadik bebal sangat yang dah sampai beberapa kali kena tipu oleh orang dan benda yang sama. Itu namanya bengong.
Igat nie:
Kali pertama ditipu = pengajaran
Kali kedua ditipu = kecuaian
Kali ketiga ditipu = BODOH + BEBAL




Monday, April 18, 2011

eGOkaH aKu..


Mungkin aku terlalu harapkan yg terbaik. Tetapi bila terbaik tidak tercapai, hancurlah harapan kita kan. mungkin aku fikir sedemikian, tetapi harapan aku adalah yg terburuk. mungkin aku yg tk sedar yg org itu ade di hadapan mata aku. mungkin aku yg buruk sngt smpi aku jadi malu untuk terus bersamanya ..tapi hakikatnya aku perlu ko kembali pada hidupku. please!!!
sungguh, aku tiada airmata utk menangis. pilu hati ini. apabila aku keseorangan, aku akan teringat tentang dia. perasaanku menjadi hiba tiba2. apakah dia terfikir tentang aku juga? mungkin tidak mungkin iya. aku cuma nk perasaan aku didengari orang! walau pun itu tidak seberapa bnyk, tetap aku mahu orang kenali aku sebagai yg keras hati. tetapi dlmnya lemah lembut mcm sutera. malangnya, aku tk boleh berbuat demikian kerana aku adalah seorang perempuan yang masih menharapkan insan lain utk menyanyangi dan menjaga aku.
Aku bertanya pada hatiku. Salahkah aku atas tindakanku itu? saat baru beberapa saat ada ungkapan kesamaan atas perasaan ini? Aku melakukan itu karena ingin menyelamatkan hatiku, juga hatimu.. Tapi mengapa semua seakan berubah setelah hari ini? aku bingung. aku bertanya pada yang empunya hidup? dan aku rasa ini adalah jalan terbaik. Meskipun aku masih........?

mengapa dengan masalah ini aku di uji? Mungkin inilah kelemahanku? mudah jatuh? pemikir? formal? Entahlah….

Tuesday, April 12, 2011

kalaulah aku tau..


Dari raut wajah tenangmu, seolah aku tahu apa rasamu..
Sepi dalam diam berpanjangan dalam keheningan malam yang berlabuh..
Merenung dalam diam tatap wajah yang ku kenal.. Mencari erti di sebalik mendungmu..
Hampa.. Aku tidak dapat menebusi isi hatimu..

Dan aku masih dalam dakapan yang asyik.. Melepaskan pandangan wajahku padamu.. Sedang aku menanti seukir senyuman.. Pergi aku dalam kecewa menanti satu senyuman yang dulu pernah ku ada..

Dalam bingkisan suratan, mencari erti kehidupan masih ada yang terlupa di mana sedang berpijak.. Masih dalam angan yang tak sudah sudah.. Dikaulah kehidupanku.. Sakit kamu, sakit aku.. Mana pergi aku, kamu di sisi.. Namun siapa masih ada..

Dan kadang kita selalu terleka dengan buaian nafsu yang menggoda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dengan bisikkan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itulah cinta.. Tapi kita silap dalam menilai.. Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mencari bukan hak kita.. Sedangkan halal bagimu, tiada langsung tatap akan rasa..

Berpisah kita cuma mati.. Itulah keramat janjiku.




Andainya Lelaki Tahu.



Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda