Followers

Monday, October 11, 2010

peNgalaMan surVey di Taman PerLIng

Pada 5/10/2010 iaitu pada hari selasa, saya bersama-sama 11 pelajar elektif perancangan luar bandar (SBP 3423-RURAL ELECTIVE-URBAN SPRAWL & SMART GROWTH) telah mengadakan survey ke atas penduduk KAWASAN PERUMAHAN TAMAN PERLING di bawah penyelian Dr. Anuar. Survey yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan biodata penduduk Taman Perling dan mengkaji tahap kualiti hidup penduduk di kawasan Taman Perling tersebut.

kami berkumpul pada pukul 9.00pg di bus stop FAB sebelum bertolak ke Taman Perling. Setelah sampai di Masjid Taman Perling kami mendengar taklimat ringkas daripada pengerusi masjid dan Dr. Anuar sendiri tentang tempat survey dan keselamatan diri masing-masing semasa menjalankan survey nanti.

semasa menjalankan survey tersebut, saya melihat pelbagai ragam yang dihadiahkan penduduk perumahan flat 4 tingkat Taman Perling menyambut kedatangan kami. Sebahagian penduduk tersebut memberi kerjasama dengan baik dan sebahagiannya tidak memberi kerjasama. Terdapat juga rumah-rumah yang tidak berpenghuni semasa kami melakukan survey di kawasan tersebut. Mungkin masa yang kami aturkan untuk menjalankan survey terhadap penduduk tersebut tidak sesuai kerana kebanyakan mereka tengah bekerja.

Daripada survey yang dijalankan ini, saya mendapati penduduk kawasan perumahan ini mengeluh dan tidak berpuas hati dengan keadaan hidup mereka. Kebanyakan mereka tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan iaitu pengurusan sampah, pengangkutan awam, keselamatan penduduk dan lain-lain.

pada pulul 4.00 petang barulah survey kami selesai dan bertolak balik ke UTM. Walaupun penat memanjat tangga demi tangga di blok2 yang ditugaskan untuk menjalankan survey tetapi saya berasa seronok dan bangga kerana kami berjaya mencapai target survey kami. Ini merupakan pengalaman baru bagi saya kerana menjalankan survey di kawasan perumahan flat yang bertingkat-tingkat, berbanding sebelum ini menjalankan survey di kawasan kampung dan rumah-rumah sesebuah sahaja.

antara pic yg sempat di rakam....









7 comments:

  1. Banyak yang menarik termasuk foto-fotonya... Berbanggalah menjadi perancang bandar yang prihatin dan enjoy dengan tugas-tugasnya. Well done.

    ReplyDelete
  2. ilmu yg paling penting dalam sifir kehidupan adalah pengalaman...penat yg drasa hilang ngn seronok team survey kita..kelemahan dan kekuranagn akan sama2 diatasi utk masa akan datang..

    ReplyDelete
  3. pengalaman yang menarik membuatkan kita sentiasa mengingatinya dan ia penting dalam menjalani kehidupan yang lebih mencabar kerana pengalaman banyak mengajar kita terhadap sesuatu perkara disamping kita dapat memperbaiki apa yang kurang ke arah yang lebih baik.

    ReplyDelete
  4. suatu perkongsian pengalaman yang baik...mungkin selepas ini dapat mematangkan diri untuk berkomunikasi dengan org luar degn lebih yakin lg...

    ReplyDelete
  5. saya rase sekiranya kite membuat survey pd hjung mggu mgkn juga mngalami maslah kerana pd hjung mggu la mereka akan pergi bercuti. atau ingin mngemas rumah dan melakukan aktiviti outdoor...jadi,hjung mggu atau hari2 biase juga akan memberi hasil survey yg same..

    ReplyDelete
  6. ah!!..muke sy pon ade la,..hehehehe...ingt pengalaman kite yang kene salak anjing tu,..

    ReplyDelete
  7. xd pun pic ibu....lawa pakai ari tu....hish rugi2....huhuhuh...belajar tanpa pngalaman ibarat pokok xd buah...

    ReplyDelete