Followers

Showing posts with label NiatHATIBiarPasTi. Show all posts
Showing posts with label NiatHATIBiarPasTi. Show all posts

Friday, January 12, 2018

Buat APA pun JAnji Happy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Belanja PHoto Gedik lu sekeping..

hai readers.. happy weekend.. salam jumaat...korang tengah buat APA??..kije or cuti cuti Malaysia..

Ada masa kite kena bagi peluang pada diri sendiri untuk bahagia and happy always..

kalau kau suka something..mesti kau usaha nak dapatkan walau kau tahu benda tu Susah sangat nak dapat..banyak benda mungkin kau perlu korban..cam tu jugak ngan hidup ni..seberat mana pun ujian kau tetap jugak kena hadap untuk kau dapat sebuah kebahagian suatu hari nanti..

janji Allah tu pasti I!!...dia x kan uji seseorang tu di luar kemampuannya..dia uji sebab dia tahu kite kuat Dan boleh hadapi ujian tu..yang paling penting dia nak kite selalu ingat Kat dia.



SEkiAn
|| CoreTan Dari
J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Saturday, January 6, 2018

back To normal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

yap..back to normal life...dah tahun baru kan..perkara yang baik kita teruskan..perkara buruk kite tinggalkan..kalau kita tak ubah diri kita..belum tentu orang lain mampu ubah diri kita..kite je boleh ubah diri kita sendiri..

aku sendiri pun x tau apa percaturan hidup aku untuk esop Lusa dan akan datang..APA yang aku harap percaturan hidup aku Kali ni adalah yang terbaik buat aku.

Sekarang, seriously aku just fokus pada kerja aku hari hari dan try Cari masa untuk spec time ngan my hero aku shaqeel.

aku janji yang aku x akan sekali Kali abaikan shaqeel .akulah mom.akulah ayah pada dia..hope shaqeel lagi kuat tabah Dari mak  lalui hidup yang makin mencabar ni...

kalau dulu aku takut sangat kehilangan kau..aku siap merayu meraung xnak hilang kau..but hari ni aku lagi tenang bila aku lepaskan kau jauh Dari hati aku..terima kasih ya Allah sebab ajar hati aku untuk lebih menhargai diri aku Dan hidup aku..

SEkiAn
|| CoreTan Dari
J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Wednesday, December 27, 2017

AnTAra AKU KAU Dan DIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Aku tak tau nak cakap apa bila aku dapat take ni dari dia..Kau Kat sebelah memang aku x kesah sangat .lantak kau lah nak pikir apa pun...aku sekarang just pikir pasal dia.

Aku tau dia kecewa ngan aku.dia terluka ngan aku..dia marah akan aku..tapi aku x dapat nak explain apa apa lagi coz dia menyepi..sumpah aku xde niat rasa apa pun bila aku Ada ngan kau.aku buat semua tu sebab aku bagi ruang antara kau ngan shaqeel..shaqeel x nak ikut  klu aku xde sekali..tapi jujur aku cakap kau datang ngan girl dia.

Pls T.M.S.T.A..Tolong paham aku saat ni...aku mintak maaf sangat sangat..kdg kdg aku rasa tak nak pikir pasal ni semua..tapi skrg I need dia sangat sangat coz dia je boleh bagi aku happy..

Hope masih ada esop antara aku ngan dia.

#akutersayangdiadah..



 SEkiAn
|| CoreTan Dari
J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Monday, January 2, 2017

GooD BYe 2016 || WElcome 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai blogger's , epy new year...betul lah ada orang cakap tahun demi tahun cam sama je...yang berubah cuma angka.

Hope everything will be okay...banyak kenangan manis dari kenangan pahit....kenangan manis tahun lepas ikat kuat kuat dalam memory cinta hati..kenangan pahit tu bungkus kemas kemas lempor dlm laut biar dia hanyut terus hilang sampai bila bila....boleh ehh cam gitu...

Ya Allah aku  harap ada jalan petunjuk buat aku  dalam hidup aku  ni.moga selalu diberi kekuatan untuk menempuh segala ujian darimu...amin...

 SEkiAn
 || CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || I
EHAHFARIHAH

Friday, September 9, 2016

SeJUknye Hati SEorang IBu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdulillah bila tengok anak dah ada minat ke arah ni.hope berkekalan lah sampai hujung nyawa...jadi anak soleh ye cyunk...amin amin...

My HEro dah makin matang..suka meniru apa orang buat..2 tahun dah memang patut pun ajar sikit sikit..SBB aku rasa time nilah budak budak mudah ikut paham dan mudah dibentuk.sebab dorang tengah nak belajar macam macam benda...

Betul x ??

#hope anak mak jadi anak soleh, aminnn..

SEkiAn
 || CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || 
IEHAHFARIHAH

Monday, August 15, 2016

PILIHan SUkar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 


Entah kenapa malam ni aku rasa cam nak luah something...betul lah orang cakap bukan mudah kita nak puaskan hati semua orang..bila aku diberi 2 pilihan yang amat sukar untuk aku buat keputusan .then bila keputusan yang aku buat tu terpakse aku hadap walau sakit macam mane pun..

Susahnye saat buat keputusan...pengorbanan yang ditagih... Keliru, sedih, kecewa semua bersatu dalam jiwa..tp redha ilahi and harap  ada hikmah di sebalik semua ni..klu keputusan yang aku buat ni boleh puaskan semua org ..sakit memang sakit ..tapi apa pilihan yang aku ada..bila kebencian menguasai dalam diri mereka..yang jadi mangsa jauhnye reletionsip kami...

Jadi kuat untuk hari hari mendatang..

Bila aku sudah mula diam, bermakna aku sudah mula terluka dengan keadaan..macam mane sekali pun aku tetap kena hadap...

Xde orang akan faham kita sebab diorang tak ada kat tempat kita..x rasa APA yang kita rasa..mungkin kat luar kita happy suka suka boleh senyum bergelak ketawa...tapi hakikat dalam hati kita.ALlah yang tau.

Thing positive, Allah ada...kuatkan hati aku ,bukan untuk hari ni je...tpi untuk setiap masa Dan ketika..beri aku petunjuk Dan jalan untuk aku hadap keadaan yang rumit ni..

Klu aku bukan jodoh dia lagi,kau jauhlah hati hati kami..tapi klu aku Dan dia jodoh sampai akhirat kau bantulah kami untuk kembali bersatu dalam redhamu Dan restu ibubapa Ku....

Amin

 SEkiAn 
|| CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N ||
 IEHAHFARIHAH

Wednesday, May 11, 2016

SElaMAt HAri IBu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Selamat hari IBU buat semua yang bergelar IBU,mama,emak,umi,@mami..hehehe lewat sikit wish xpe kan.

Just nak share :

Pada suatu hari, saya sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelaki saya yg masih kecil berlari ke arah saya, ia tidak sengaja terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca.. pecah hancur berderai...
Saya benar-benar marah ketika itu. Kerana pasu itu amat mahal harganya. Hadiah dari Ibu saya yg amat saya sayangi, maka saya menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.
Saya amat marah tanpa disedari saya telah melontarkan kata-kata :
" Semoga kamu ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulangmu hancur...! ”
Tahun demi tahun berlalu, anak lelaki saya dah membesar, saya dah lupa akan doa itu, saya pun tak anggapnya penting, dan saya tidak tahu bahwa doa itu telah naik ke atas langit…
Anak lelakiku dan adik-adiknya yang lain sedang membesar, dia anak sulong yang paling aku sayangi dari anak-anakku yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghormati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik2nya yang lain.
Kini dia telah bekerja, menjadi seorang Jurutera yg Berjaya, tak lama lagi dia akan berkahwin. Tak sabar rasanya aku nak menimang cucu.
Ayahnya ada sebuah bangunan yang dah uzur dan ingin dibuat baik pulih.
Maka pergilah anakku bersama ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap-siap untuk merobohkan satu dinding yang sudah usang.
Sedang mereka melakukan kerja penyediaan renovation, anakku pergi kebelakang bangunan tersebut tanpa pengetahuan sesiapa pun.
Oleh itu kerja2 utk meruntuhkan dinding itu akan dilakukan oleh para pekerja suamiku tanpa mengetahui bahwa anakku ada di belakang dinding tersebut, dgn tidak semena mena dinding bangunan itu terjatuh menimpanya.
Kendengaran suara berteriak didalam runtuhan tersebut sehinggalah suaranya tak kerdengaaran lagi.
Semua pekerja berhenti. Hairan suara siapa..? Mereka berlari ke arah runtuhan itu...
Mereka mengangkat dinding yang menghimpit anakku itu dengan susah payah dan segera memanggil Bomba dan ambulans.
Mereka tidak boleh mengangkat badan anakku. Ia remuk, Seperti kaca yang jatuh, pecah berkeping-keping.
Mereka mengangkat badannya yang hancur dengan berhati hati dan segera membawanya ke Hospital Unit Kecemasan untuk pertolongan lebih lanjut.
Ketika ayahnya menghubungi aku untuk mengkhabarkan hal itu, seakan akan Allah menghadirkan kembali apa yang telah aku doakan untuknya semasa ia kecil dahulu..
Aku menangis hingga jatuh pengsan. Ketika sedar, aku berada di Hospital dan aku meminta untuk melihat keadaan anakku.
Ketika melihatnya, seakan-akan aku mendengar suara Tuhan berkata: INI DOA MU KAN?
Sudah AKU kabulkan setelah sekian lama, engkau berdoa dan sekarang Aku akan mengambilnya.
Ketika itu, jantung aku seakan berhenti berdetik.
Anak aku menghembuskan nafasnya yg terakhir.
Aku berteriak dan menangis sambil berkata:
" Jangan pergi nak...!!
Andai kata ia masih hidup... Tidak mengapalah jika dia nak hancurkan semua perabot didalam rumah aku....."
Asalkan saya tidak kehilangan ia… YA ALLAH....
Seandainya lidah ini idak mendoakannya 25 tahun yang lalu.....
Andaikan… Andaikan… Andaikan… Tetapi, kalimat ‘andaikan’ ini tidak berguna lagi… waktu ini..
SEKIAN
# satukisahbenar
Pesanan kepada para ibu: Jangan terburu-buru mendoakan anakmu ketika kamu sedang marah.
Berlindunglah kepada Allah dari godaan setan,… Jika kamu ingin memukulnya, pukul saja, tapi jangan mendoakannya macam-macam, sehingga kalian akan menyesal seperti saya!
Saya menuliskan ini dengan airmata yang membanjir…
Aku rela rohku pun turut bersamamu, Hingga aku bisa beristirahat dari kepedihan yang aku rasakan sepeninggalanmu.
Kisah benar ini...Tolong sebarkan keseluruh wanita, Doa itu akan terjawab, walau sekian lama... tunggu la.. Allah pasti akan mengkabulkanya...!!
OLEH ITU BERDOALAH YANG BAIK-BAIK UNTUK SEMUA ANAK2MU

#credittointanshuhaieda
#copypaste



 SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N ||
 IEHAHFARIHAH

Friday, September 13, 2013

Itu Yang PertAmA & X akan aKu Buat Lagi

Assalamualaikum &Salam Sejahtera

memang salah aku..ini kali pertama dan aku x akan buat lagi..yap..aku tahu macam mana rasanya hilang orang yang kita betul2 sayang.. macam yang kau cakap..susah hatinya kau bila x tahu  kat mana aku berada..bukan niat aku untuk susahkan kau..aku tahu mana pun aku pergi kau tetap akan cari untuk pastikan aku selamat..tapi satu je kau silap untuk  ajar aku untuk lebih setia, hormat kau.


kehulur kehilir kau cari aku..penat letih kau rasakan..tapi apa yang kau buat memang x mampu nak terima ngan maaf dari aku..tapi cukup untuk kau katakana kau x sanggup untuk kehilangan aku..aku mintak maaf ..betul2 mintak maaf aku x sangka kau macam orang gila dengan perangai gila aku.. sory sebab susahkan kau..memang niat aku nak ajar kau..sebab marah sangat ngan perangai kau 2 or 3 hari tu..tapi kalau kau mengerti kau tahu macam mana aku..orang lain mungkin susah nak paham aku..tapi aku yakin kau betul2 paham aku.




Kadang perempuan menangis bukan sbaB dia puTuz asa dengan hubungan itu Tpy sbaB dia penat jaga hati lelaki yg tak pernah memahami dia hingga hati dia sendiri yang terluka.


sekian.

Friday, August 30, 2013

aku pun nak jadi baik.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tegar - Pantaskah Surga Untukku lirik




jom tenangkan jiwa dan hati malam2 jumaat ning ngan lagu insaf diri sikit..hope aku pun tergerak hati berubah jadi lagi baik dari sekarang..aminn

sekian.

Tuesday, July 16, 2013

x tau nak royak gape

ASsalamualaikum & Salam SEjahtera

Dan orang yang paling hebat adalah orang yang mampu merelakan kisah silamnya ,memaafkan orang yang pernah sakitinya dengan ikhlas. Allah itu mengetahui apa yang berada di langit dan di bumi . Pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Maafkan lah dia, insyaAllah akan rasa tenang dan kisah lama itu jadikan ia sebagai kisah yang berlalu. Kita buka lembaran baru dan kini adalah yang tabah dan kuat semangat

Monday, May 13, 2013

M.A.L.A.M ini

Assalamualaikum & Salam sejahtera

 
Bosann eh bila member ku xdok ning..duk sorang je..sunyi wase doh lah blok ni sunyi doh..kohor sunyi lah aku wase..nak buat keje, mood kelauttt..malas tahap apa doh..serius!!..

padan dok msg/call ngan Mie je...dalam duk ralit layan msg Mie..masuk msg dari nombor dok kenal..dok pasal cakap aku dok  ingat dia..pulokk doh..tertanye jugok..last dia kabor lah dia sape??..picit pale aku..hidup lagi upernye mamat ning..huk3..tahu di Mie aku duk layan gewe lama..ngamok pulak ah dia..haha..senyap2 sudoh!!..aku malas ambik port sangat doh pasal kisah-kisah lama tu..bajet nak serius sungguh ngan sorang ning je..hahaha..niat hati aku biar jadi pasti!!

for fren aku hok sokmo ngan aku  susah senang sama, tidor makan sama, jalan-jalan nangis sama..cepat2 lah balik...rindu mung sangat ni..kosong wasean hidup aku xdok mung sini..peachhh yooo...

sekian.

Saturday, April 13, 2013

Mainanperasaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



kebebasan yang aku cari..tapi sakit yang aku temukan..hari ni tanpa semalam x mungkin ada esok hari bukan..dihendik, di caci, di maki..puas kah dengan semua tu sampaikan satu saat dapat rasakan semua tu macam pasir di pantai..berubah bila di lambung ombak..dah kalih..dah fe up dah bosannn..lantak ah apa kau nak cakap..aku peduli apa..aku tau sape aku..plzz lah..jangan kau pakse aku berubah bila kau sendiri yang buat aku jadi macam ni..

aku sedar..aku bukan sape2..aku bukan sempurna , bukan perfect macam yang kau inginkan..bukan baik sangat macam wanita akhir zaman, ustazzah what everlah..tapi aku pun ada maruah cam org lain.. jangan senang2 kau nak pijak maruah aku..

alangkah baiknya kalu saat ni aku boleh bermain ombak sambil melayan  jiwa yang kosong..dingin malam aku rasa suram..sesuram hati aku saat ni..aku tau semua yang kita nak x kan mungkin kita capai kalu bukan ketentuan takdir..Takdir kadang2 menyebelah pada kita..kadang2 kita rasa hukum kita.

hidup manusia ni x selalunya di landa ribut taupan kan..maybe one day akan datang pelangi indah menemani hari kita..ingat saat kita jatuh tiada siapa yang peduli..ingat saat kita merintih tiada siapa yang faham dan ingat bila kita berjaya bangun dari kegelapan masa silam banyak tangan yang mengapai dan hulurkan simpati..why??

x puaskah dengan semua permainan yang kau cipta untuk aku..weii kalu kau x puas mainkan aku..p main game lah sampai puas..patah jari pun lantak ah wei..x de org kesah pun..puaskan hati kau tu ..jangan kau usik hati manusia yang dia sendiri x mampu nak jaga hati dia untuk kebahagian dia sendiri..

penat ah wei..letihhhhh ngan semua ni....sampai kapan lagi nak bersabar..kadang2 kenyataan x seperti apa yang kita bayangkan..kembali pada masa silam dan ingat ah luka yang pernah dia cipta untuk kita..pasti akan lebih puas bila rasakan dia bukan untuk kita.


J.O.D.O.H B.U.K.A.N A.T.A.S A.K.U

Sekian

Tuesday, April 9, 2013

Hati tanpa DENDAM || suara ilusi dari hati

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Dendam cinta luka..dendam sebab cinta x berbalas, dendam sebab di aniayai..dendam sebab orang ketiga..dendam sebab pernah dikhianati..

yap..banyak mana pun perkara itu muncul dalam hidup.. x mungkin x de dendam dalam hati kan..aku jua begitu..dendam pada orang2 yang pernah mengkhianati aku..aku mohon dia  terima balasan tunai atas dunia ni jauh lebih dasyat dari apa yang dia lakukan pada aku..tapi tu dulu..dulu waktu hati aku memberontak ..hati aku merintih sendiri..hati aku meraung atas luka derita dari orang-orang yang aku percayai..

aku bangkit dari hidup aku yang terasa amat sukar untuk aku lalui lorong gelap tanpa cahaya..aku bangkit dari derita yang aku alami..aku bangkit dari kebahagian dia bersama orang lain..sehingga aku jadi diri aku sekarang..tipu diri sendiri teramat sakit..tapi perlu supaya kita x jadi bodoh di tipu orang yang kita percayai..

kau bahagia atas air mata aku!!!..kau sendiri yang ada jawapannya...aku  x mohon penjelasan kenapa kau hadir semula dalam hidup aku sekarang.

tapi sampai bila kita harus simpan dendam bukan..redha, pasrah atas apa yang berlaku pada kita ada baiknya..serius untuk lupakan semua tu x semudah yang kita sangkakan..sebaik mana pun dia layan kita..take care kita or ambik berat pada kita lepas dia hadiahkan derita buat kita x dapat nak bayar harga ubat hati yang dilukai..mungkin kita boleh terima dia, tapi x macam dulu..macam orang cakap  piring yang dah pecah atas lantai simen..kita cantun , gam , lekat macam manapun..retaknya tetap ada...kali pertama x kan sama ngan kali kedua or ketiga mahupun keempat..


sekian.



Monday, April 8, 2013

DErita atau bahagia || pilihan sendiri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



pilihan atas tangan kita sama ada kita nak pilih bahagia or derita..maybe kita rasa manisnya musin becinta tapi kita x sedar yang manisnya itu berteman ngan tawar hambar bila dah semakin lama kan dan mungkin makin lama makin manis kalu kita  jumpe kebahagian tu ngan yang betul2 jodoh kita.

aku rasa macam mana sakitnya nak leraikan hati yang pernah bersatu..rasa sakitnya nak lupakan orang yang pernah ada lam hidup aku..rasa sakitnya bila kita belajar cari kebahagian kita dengan orang2 yang mengkhianati kita..

bahagia masa  couple jauh beza ngan lepas nikah..jangan kita x sabor nak nikah awal2...tapi kita akan rasa lagi x sabor nak bercerai lepas nikah coz kita x bahagia ngan pilihan kita..thing positive..cam mana pun hidup tetap hidup..pilih orang yang betul2 kita yakin dialah terbaik untuk kita.

derita sekarang x selamanya derita buat kita kan..aku belajar bagi ruang pada hati aku untuk bagi peluang untuk orang2 yang mengkhianati aku..bagi aku  what goes around comes around.bila 2 hati dah bersatu bukan senang untuk dileraikan.tapi hakikat kalau perlu lepaskan dia untuk kita pilih kebahagian kita sendiri wajar kita lakukan. takdir hidup milik kita!! derita or bahagia atas pilihan kita sendiri. 


sekian.

Friday, March 29, 2013

Janji Manusia || HIPOKRIT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Redha kalau orang x kotakan janji dia pada kita..emmm maybe boleh lagi sabar selagi mampu rite..tapi kalau orang yang sama x tunaikan janji pada kita..apa korang pikir?? seriously bagi aku susah dah nak terima janji orang cam tu..dengar boley ah..nak pegang janji dia..sory ah der..cukup sekali dua kau main kan janji kau ngan aku..full stop..

kepercayaan aku ibarat cermin yang jatuh kat atas lantai simen ..dah jatuh confirm hancur pecah berkecai kan..walaupun beribu riban dah kau cuba nak kembalikan serpihan-serpihan yang ada tu kat bentuk asal, confirm ah rekahan dan refleksi kerosakan tu tetap ada kan..buat cam ner pun x kan sama ngan bentuk asal..

kepercayaan seseorang kepada kita jangan sekali kau pecahkan. Sekali ia pecah, sukar untuk dicantumkan kembali. kerana orang sudah tidak percaya kat kita..hidup manusia ni ada jugak pada janjinya.

jika kau x leh janji.. x yah janji ah..dan bila kau dah start berjanji..tolonglah tunaikan janji kau tu sebab dia bawak kesan pada kau one day nanti. pada yang beri janji rasa cam biasa je..tapi pada orang yang terima janji kesan pada dia besor wei..


so renung..pikir lah..

peachh yooo..muahhhh  ahakkk

sekian.

Tuesday, March 26, 2013

| Bukan Salah Kau |

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

peachhhh yoooo...Entry untuk sahabat..senyum aku dari hati ok..bukan saje2..ni assisted baru sampai KL..opttt..lupakan sal KL..

baru sat aku nampak kau online..tapi entah nape aku rasa keras je hati ni nak tengur kau..maybe aku banyak salah ngan kau or kau memang ada salah ngan aku..so, aku abaikan je..then lama2 aku pikir sampai bila nak terus diam cam ni..yap aku rasa kau x de lah salah sangat kot.. buat apa aku nak hukum relationship kita ni tanpa ada kata dua or tiga kan..

malam tu aku sendiri pun x tau apa berlaku..memang keadaan x berapa cantik malam tu..aku x tau pulak akan timbul kes ker apa sampai cam ni sekali..jujur aku cakap aku x sebelah sape2..aku ye kan apa berlaku malam tu..aku terima je apa je DIa cakap sal kau coz aku malas nak panjang or ngaduh sampai bertumbuk belasah sampai x ingat hukuman dunia..zippp.. lupakan sal malam tu..aku pun malas nak ingat lagi..

aku tau kau x salah, dan aku tau kau x cakap aku sampai cam tu..sebab aku kenal sapa kawan aku..jahat2 kau pun aku x rasa sampai kau leh mengaku cam tu..yap memang aku terasa..amat terasa bila Dia tiba2 mai kat aku cakap kau mengaku aku ni B****  ko..mangkuk dia..angin lah aku..aku x pernah pun jumpe kau cam ner kau leh cakap cam tu..

ok..then..aku sepikan diri aku lama jugak dari kau...aku x nak ah nanti kau cakap kat Dia aku yang tercari,kacau  kau pulak..dah bebulan kan..hati aku sakit lagi kot..last kau contart aku ari tu pun..aku sendiri x tau kenapa aku buat cam bodoo je..maybe sebab aku kena tamatkan reletionship kita sampai situ je..lagipun aku dah janji ngan Dia..aku pilih dia and x nak lukakan hati Lelaki dia..dia dah banyak berkorban untuk aku tanpa aku sedar selama ni..

thank banyak2 sebab pernah bawak aku masuk dalam kehidupan kau..mohon maaf babe..serius, walaupun kita x macam dulu..tapi kau tetap ada dalam ingatan aku..macam mana aku doakan WAN bahagia di sana..cam tu jugak aku doakan kau bahagia dalam hidup kau..

sekian.


Monday, March 25, 2013

JanGAN sALAhkan | Jodoh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



jodoh memang dah ditentukan oleh Allah..tapi jangan terlalu mencintai hingga lupa bezakan antara halal & haram..berhenti cintakan dia bila sedar dia tak mampu jadi pemimpin untuk kita or anak-anak kita kelak..

kawin.| memang semua girl nak kawin and hidup berumah tangga..tapi kita kena ingat perjalanan lepas kawin tu panjang..so pilih jodoh or kaji balik pilihan hati tu sebelum buat keputusan nak kawin, nanti xde lah korang nak salahkan jodoh pulak..

salahkan jodoh atau berserah pada jodoh boleh bawa kepada kita salahkan Allah tanpa sedar coz jodoh tu sebenarnya dipengaruhi faktor usaha, amal, tawakal dan redha kita.

sebelum kawin..memang kita rasa nak sangat kawin untuk bahagia..then bila lepas kawin ada pulak kita-kita ni nak sangat bercerai untuk keluar dari derita..tapi cerai bukan satu-satunya penyelesai masalah.

so, buat geng2-awek2-kawan2 sekalian..pilihan jodoh terletak pada tangan anda and redha Allah itu yang utama..kita x boleh mencorakkan orang yang kita sayang menjadi seperti mana yang kita nak..dia sendiri yang seharusnya buat keputusan ke atas kehidupannya.kesimpulannya buatlah keputusan yang bijak.



PESANAN untuk D.I.R.I aku & JUga Kalian
mac 2013

sekian.

Tuesday, March 19, 2013

Siap Untuk di edarkan!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah...akhirnya sentle jugak Questionnaire aku...200 set tu...bapak ah banyak..mampukah aku habiskan semua questionnaire ni dalam 2 hari ni?..hope di permudahkan segalanya..responden tu tolonglah bagi kerjasama kat aku erk...

esok aku gerak p KL..wahhh best jalan kan...tu kalu dapat jalan saje..tapi aku pi ni ada keje wei..sambil buat server aku , teman member aku buat server sekali..sama2 tolong menolong..apa jadi or berlaku esok, entahlah x dapat aku gambakan..tapi serius, benda ni terlalu cepat bagi aku..

baru je supevisor approach questionnaire petang tadi, terus je dia suh p servey..bapak ah..dalam kelam kabut edit questionnaire bagi ok and kurangkan page, terus pegi print..mujurlah sempat sentle kan semua ni malam ni..esok terus je buat next tugasan..

ok..geng doakan aku lulus PSM and habiskan sem ni jugak ok and doakan keselamatan aku pergi dan balik untuk tugasan ni..Thank..

sekian.

diconteng baik oleh i.e.h.a.h.Farihah 
at bilik 305/H10
tengah pikir apa nak bawak p KL esok:
-Questionnaire
-buku catatan
-pen(lebih sikit)
-baju
-camera
-lain-lain 
bawak niat pergi untuk buat SERVEY je..not jalan2 sakan ..hehe


Saturday, March 2, 2013

JB : "kak x nak balik ker"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kat jalan Tun Abdul Razak ni lah, pengalaman meredah jalan jem sangat2 buat aku cam serik dah nak p bandar besar malam2 ni..maybe sebab event yang ada kat depan CS tu jadi keadaan jalan macam ni sekali..bukan area bandar ni je..sampai Danga Bay wei keadaan cam ni..lagi parah ngan kete2, bus yang langsung x bagi ruang kat motosikal kecik ni nak mencelah..
dalam duk takut2 atas jalan ni yang sesak lebih dari ikan sardin..follow je mana patut..orang cakap biar lambat asal selamat..tapi x semena kena saung dek mat2 motor "kak x nak balik ker"..bapak malu ah..sabo je lah..tau lah korang tu tere di jalan ni..so, bagi je dorang pegi dulu..xpe2 biar lambat asal selamat..

sekian..

Monday, February 4, 2013

Detik yang Berlalu!!

Assalamualaikum & Salam sejahtera

tiap detik berlalu begitu saja.tanpa aku sedar yang detik2 itu tidak akan kembali semula dalam hidup aku..sukarnya untuk aku lepaskan kenangan silam itu..sukarnya untuk aku lepaskan perkara lalu..sukarnya untuk aku lalui hari2 mendatang tanpa bayangan lalu yang aku sendiri  x tau sampai bila terus menghukum aku.


perit untuk aku lalui saat dan ketika itu, mungkin lagi perit untuk aku lupakan semua tu..tapi selagi aku x lupakan.selagi  aku x buang  semua tu jauh dari hidup aku..selagi itu aku x mampu untuk gapai indahnya hidup bersama orang yang aku cintai..

egokah aku, hukum orang yang sentiasa berharap satu kebaikan untuk masa depan kami..hipokritkah aku bila aku banyak membawa cerita cinta kami dalam api kebencian aku sendiri..tapi kau yang buat aku jadi cam ni.!!!!
Ya Allah aku buntu untuk terima takdir ini..berilah aku petunjuk untuk memilih yang terbaik untuk aku, dia dan masa depan kami..


sekian.