Followers

Showing posts with label D.I.AR.Y. Show all posts
Showing posts with label D.I.AR.Y. Show all posts

Wednesday, September 26, 2018

TenANg!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selagi kau percayakan tuhan.kau x perlu takut dengan yang bernama ujian.

YA Allah..tu je yang mampu aku sebut saat genting ni..beratnye beban hati aku yang terpaksa aku hadap sekarang..bertapa aku tak mampu untuk kawal emosi..aku tak mampu buat hati aku tenang saat ni.

Bayangan kenangan..menari nari depan mata aku..pedihnya hati aku bila terpaksa melupakan orang yang everyday ada depan mata aku..pedihnya bila aku ingat balik apa yang dia buat pada aku selama ni..tuhan je tau betapa sakitnya hati aku saat ni.

Lastly..aku terpandang sejadah bersama kain telekong..aku sebak sangat saat ni..lamanya aku tak sarung telekong tu ..lamanya aku tak hampar sejadah tu..selama ni aku main main..kejap aku solat ..kejap aku tinggal..sembahyang tunggang langgang..jahilnya aku saat tu.

Yap hati aku tengah bahagia saat tu..bahagia dengan cinta hati manusia..aku lupa allah..aku lari jauh dari allah..aku buat benda yang allah murka..aku x  ingat allah saat tu..aku enjoy ngan hidup aku..aku hppy sangat2 saat tu.

Tapi bila allah tarik nikmat kebahagian tu..baru aku sedar..yang aku dah jauh tersasar..aku meratap ngan kehilangan yang aku x relakan..tapi apa hak kita untuk menghalang takdir allah kn...kita lari jauh mane pun dari allah..sampai masa kita tetap kembali pada allah..allah x pernah lari dari kita..tapi kita yang selalu lari dari allah.

Aku termenung..aku menangis..aku salahkan diri sebab aku terlalu taksub dengan cinta pd manusia..tapi aku lupa pada allah..baru aku sedar cinta pada manusia tak kemana pun..tapi cinta manusia pada sampai mati..

Usai solat aku berdoa sungguh sungguh..aku mohon sangat sangat allah pelihara aku dari rasa kekecewaan ..sakit hati ini...cuma yang aku mahu saat ni..suatu ketenangan.

Aku terpandang kitab suci allah..aku pegang al-quran tu..ya allah lamanya aku tak baca kitab suci ini..aku x ingat bila kali terakhir aku baca kitab suci ini..teruknya aku...padahal setiap ketika setiap waktu aku boleh baca wasap..msg cinta cintun ketika aku tengah bahagia..aku tertunggu tunggu wsp msg dari cinta hati..tapi aku x mmpu nak luangkan sedikit masa aku untuk baca al- quran.

Kalaulah kitab suci ini ada hati..mungkin dia dah lama tawar hati kat aku kn..mungkin dia sedih sangat sangat sebab aku dah lupakan dia lama ...dan bila aku diuji macam ni..baru aku kembali pada allah..baru aku ingt dia kn..syukur allah x tarik lidah aku...aku mmpu membaca lagi surah surah dalam kitab ni.

Ketenangan itu yang aku harapkan...slow down aku mmpu tepis semua rasa perasaan kecewa ni walaupun x sepenuhnya..

Aku harap aku terus istikomah untuk berubah jadi baik dari sebelum ni.


 SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Monday, September 24, 2018

KiSah SiLAm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Jangan pandang kisah silam sebagai yang memenatkan. Tapi pandang lah ia sebagai kenangan. Kenangan yang akan tersimpan kemas untuk menuju masa depan yang lebih bahagia.

Siapa yang x ada kisah silam...semua orang ada kisah silam..ada kenangan..tapi bezanya kisah silam tu  rasa pahit atau manisnya.

Bila pahitnya kisah silam yang kita hadap..sakit sangat sangat kn..lagi lagi bila kita paksa diri kita untuk melupakan kisah silam tu..

Mungkin seminggu..mungkin sebulan..mungkin bertahun tahun masa yang kita ambil untuk melupakannya..bahkan mungkin kita langsung x mmpu untuk menepis kisah silam tu hadir berulang ulang menari nari depan mata kita everytime..

Dan saat tu lah kita mula rasa down..rasa benci ngan diri sendiri..selalu salahkan takdir..selalu tanye..kenapa semua ni jadi kat aku?...

Hidup selamanya tak bahagia..x tenteram bila kita biarkan kisah silam kita jadi penghalang dlm hidup kita untuk kecap hidup lagi baik lagi indah pada masa depan.

Percayalah... Allah telah sediakan perancangan yang terindah untuk kita. Berdoa dan carilah RedhaNYA tanpa henti. Allah pasti tunjukkan jalannya.

Redha melepaskan kisah silam tu jauh dari hidup kita..simpan kemas kemas dlam lubuk hati kita yang paling dalam sampaikan kita tak boleh nampak mahupun menyentuh kisah silam tu lagi..

Cipta kenangan baru..yang lepas biarlah lepas..hidup perlu jugak di teruskan..cari kebahagian untuk diri kita sendiri.insyaallah semua akan baik baik je.



 SEkiAn || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Wednesday, September 12, 2018

LUKA YANG KAU TINGGALKAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Luka itu sedang cuba sembuh,
Jangan engkau cuit-cuit lagi!

Dia sedang bangkit daripada jatuh,
Jangan buatnya tersungkur lagi!

Engkau tidak pernah tahu sesakit apa kesakitan yang pernah dia tanggung.

Saat engkau lena, barangkali dia sedang menyeka airmata.

Engkau tidak pernah tahu sesukar apa kesukaran yang telah dia harung.

Saat engkau ketawa,
Barangkali dia tersengguk menahan kesakitan,
Angkara luka yang tidak pernah engkau pedulikan.

Sungguh engkau tidak mampu menerka sepedih apa jiwanya.

Maka sudahlah!
Jangan disebut-sebut apa yang telah dia namakan sejarah.

Engkau teruskan saja kehidupan seperti dahulu.
Sepertimana engkau yang pernah buta dan bisu dalam menilai ketulusan itu!



 SEkiAn || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Monday, September 10, 2018

BILa aku diuji

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saat Allah jentik hati aku yang degil dan jahat ini dengan kebaikan, tidak ada apa lagi yang mampu aku balas melainkan air mata tangisan penyesalan.

Saat allah uji aku..waktu itu terduduk aku seketika.ujian kali ini bukan ujian yang biasa biasa.begitu hebatnya ujian yang allah hantarkan buat aku kali ini.

Puas aku tenangkan diri..cuba berfikiran positif..cuba pujuk hati..tetapi kepala masih serabut.hati masih tak tenang.

Aku ubati hati aku dengan menangis..aku kalah kali ini..aku lepaskan semuanya dengan tangisan yang boleh buat aku tenang cuma untuk seketika.

Mungkin..Ujian ini adalah teguran kepada aku yang sering lalai..yang sudah banyak tersasar..yang sering gagal menjadi hamba allah yang baik.mungkin ujian ni adalah bahasa kasih sayang allah kepada hambanya.

Apabila aku mula hilang harapan..barulah aku terkial-kial menyebut nama tuhan.apabila sudah lama aku berlari meninggalkan allah,kini baru aku sedar yang aku cuma ada allah sebagai tempat sandaran,tempat aku berpaut,tempat aku bergantung.

Sejadah yang kemas terlipat aku bentangkan kembali..telekung yang sudah lama tersimpan rapi dalam almari aku ambil dan pakai.dan bermulanya detik itu aku kembali kepada allah setelah sekian lama aku lupakannya.

Saat aku diuji bertubi-tubi,saat aku di atas tikar sejadah memohon pertolongan allah ,saat itu baru aku sedar yang allah mahu aku kembali kepadanya.

Tenang itu yang aku rasa.

 SEkiAn
 || CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Saturday, September 8, 2018

AKU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 Aku tak pernah kesal bila berbuat baik.cuma kadang aku terkilan sebab berbuat baik pada orang yang salah.

Dulu aku senyum sebab happy, dulu aku senyum tanda suka, itu dululah..sekarang aku senyum..sebab nak jaga hati sendiri.

Aku pernah syg orang sepenuh hati..sampai satu tahap bila dia pergi..aku rasa hati aku mati..Akhirnya,aku lebih fokus untuk diri aku sendiri,jaga hati aku sendiri..back to Allah..alhamdulillah.

Aku takkan bina kebahagiaan diri sendiri atas air mata orang lain, dan aku harap,.biarlah bahagia itu datang dari keikhlasan dan usaha aku sendiri.

Aku akui bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah mewujudkan kenangan tapi apakah daya, hidup mesti diteruskan,walau tanpa dia disisi.

Aku xde masaa nak benci sesiapa.kLau orang benci aku..aku x kesah sebab orang yang benci aku tu pun bukan sesiapa, manusia biasa..sama macam aku jugak

Aku x perlukan orang yang  nampak aku ni baik..tapi aku inginkan orang yang tahu aku ini macam mane..dan boleh terima aku seadaaaya.

Susah aku,sakit aku sendiri yang rasa..orang cuma boleh berkata,..tapi tak merasa apa yang aku rasa

 Bila aku bersedih...aku tak harap org lain peluk aku...bukaN ego..tapi aku dah terbiasa pujuk diri sendiri.

Ada masa aku bersikap kebudak budakkan..ada masa aku jadi dewasa..kalau nak matang 24jam tak bolehlah jugak..membosankan..

Terkadang hati ini rasa sayu..makin lama makin kosong.ada masa aku rindu aku yang dulu..yang tak pernah lekang dengan gelak ketawa..yang tak pernah sunyi dari gurau senda.

Hidup yang aku fahami didalamnya ada pengorbanan menjadikan aku mengerti bahawa..harus ada jiwa yang terkorban demi kehidupan orang lain.

Biarlah hidup aku sederhana.adakala aku senang..adakala aku susah..ada kala aku happy..ada kala aku moody dan adakala aku biasa biasa..tapi aku tetap bahagia dengan cara hidup aku.

Aku senyum..gelak ketawa dan gembira bukan bermakna aku tak bersedih..tapi sampai satu masa..aku pun nak jugak merasa kebahagiam..walaupun sebenarnya hati ini sering menangis.

Aku jumpe 1000 orang..kenal 100 orang..kawan 10 orang..tapi yang akan syg aku seorang.

Aku belajar tak semua yang aku harapkan menjadi satu kenyataan..tapi aku percaya..tuhan dah rancang semuanya jauh lebih indah dari apa yang aku fikirkan.

 SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Saturday, August 11, 2018

Dia ex aku!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


18/4/2008-14/3/2018


Allah sebaik baik perancangan..

Terima kasih untuk segala galanya..

Daripada aku x tau apa apa pasal hidup ..aku belajar macam macam..pengalaman dari pengalaman..kesakitan ..kekecewaan ..penipuan..bahagia...semuanya aku sudah masak bersama kau..

Dari aku budak mentah..dari aku budak kampung yang x tau apa apa pasal sosial..pasal lepak..aku terjebak bila aku mula masuk dalam dunia kau..KEMAMAN..daerah yang menyimpan seribu satu kenangan buat aku..bermula saat perkenalan ngan kau sampaikan saat kita mula berjauhan dan berpisah akhirnya..

Dari zaman couple..zaman aku study jauh ke negeri org..kita x pernah putus hubungan..bertahun tahun..macam macam yang kita lalui..macam macam kenangan yang kita hadap..sampai akhirnya aku sah jadi milik kau..ingt tarikh 26/12/2013 kau lafazkan aku terima nikahnya.....

Aku ingt perkahwinan tu indah..tapi aku silap...masa kau belum dapat aku..kau take care baik sangat..kau penyayang kau romantik sangat..kau x pernah biarkan aku susah..tapi bila dah kawin banyak benda yang berubah..kau buat aku macam binatang..kau sepak terajang aku macam bola..kau seksa jiwa aku..kau cukup pandai berlakon...cukup pandai ambik hati aku balik bila kau dah puas sakitkan aku.

2tahun aku hidup ngan semua ni..saat aku mengandungkn anak kita..aku sorang sorang..sedangkan kau jauh dari aku..apa yang menyakitkan bila kau skandal ngan betina lain saat aku sarat mengandungkan zuriat kita..yap aku terima kau..aku maafkan kau..sebab aku pikir anak jee...sampai aku tau kau dah betul betul xde hubungan ngan betina tu..

10/9/2014..anak kita lahir..boy..saat tu tuhan je tau macam mane susahnya keadaan kita..aku pendam sorang sorang..aku tundukkan malu aku ngan family aku..tapi kau buat bodo..x de perasaan bersalah langsung...klau aku x kuat saat tu memang boleh meroyam kot..

Lepas ank dah 2 bulan..kau beria ajak tinggal sekali balik..dan detik derita hidup aku kembali..sangat sangat menyakitkan..

Dan sudahnya bila family aku tau apa yang berlaku selama aku ngan kau..dorang jejak aku..selamatkn aku dari semua derita jiwa tu..bawak aku balik..

Dan semua tu berakhir 14/3/2018 bila kau lafazkan aku ceraikan....

Lega sangat saat tu..satu beban kat kepala aku dah terpadam..2tahun aku tergantung tanpa tali..dan hari ni aku bersyukur sangat sebab aku dah boleh terima takdir hidup aku.

Buat MSS..aku x kan pernah berdendam ngan kau..aku x kan persoal lagi baik buruk kau pd aku selama ni..sbb aku tau aku pun bukan isteri yang sempurna..aku belum cukup baik untuk kau.mungkin jodoh kita takat ni je..mungkin ada insan lain lagi baik dari aku untuk kau lepas ni..mane tahu kn..cuma aku harap kau berubahlah.

Terima kasih untuk setiap kisah suka duka kita..aku mintak maaf banyak banyak sebab aku x mmpu untuk berada ngan kau lagi..ampun salah silap aku selama jadi couple kau..tunang kau dan isteri kau..

Jahat macam mane pun kau pada aku..kau tetap ABAH pada SHAQEEL.

Aku doakan kau bahagia tanpa aku.


 SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Tuesday, May 15, 2018

Cinta yang pergi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ya Allah..
Terlalu sukar untuk meminta hati dan perasaan dr seseorang yg bernama manusia...
Untuk terus mencintai dia,aku perlu menelan kesabaran...
Untuk terus menyanyangi nya,aku perlu melalui ketabahan..
Untuk terus bersama nya,aku perlu pengorbanan...
Ya Rabb...
Aku terlalu lelah untuk meneruskn semua ini...
Untuk apa aku ada sedangkan dia bisa memilih yg lain!!???...
Jika dia bukan yg terbaik buat ku...
Bukan yg tbaik untk hidup ku,agama ku,pengakhiran ku...
Maka...
Aku mohon ya Rabb KAU hapuskan lah rasa dan perasaan dihati ini untuk nya tanpa ada yg tersakiti...

#cintaygpergi


 SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Monday, May 14, 2018

H.a.T.i PAraH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

X kirA bertapa kuat seseorang tu..ada satu masa dia 'retak' jugak.cuma  'masa' tu xde sape yang tahu.sbb dia selalu kata, aku okay.

Bukan mudah nk tipu diri sendiri kn..org tengop aku hppy tapi hakikat hati aku sakit yang teramat..orang tengop aku senyum..tapi org x tau semua tu hipokrit sangt..

Sumpah aku dah tak punye rasa..jiwa aku kosong..hati aku parah..



 SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Saturday, March 31, 2018

Say good bye!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


semoga kau mendapat balasan apa yang kau lakukan…kalau dah perangai kau teruk pergi mana2 still akan sama..berubah lah….kalau nak orang hormat kita n suka kita..bagi lah contoh yang baik…

peringatan untuk diri sendiri ...percaya pada diri kalau kita di pihak yang benar, susah nak puaskan hati semua orang..biar orang buat kita jangan kita buat orang..jadikan apa yang berlaku sebagai satu pengalaman dan ubat paling mujarat untuk manisnya sebuah kehidupan..

Move on!!...tu yang biasa kita buat kan...aku lepaskan kau..aku buang kau dari hidup aku..aku x nak ambik tau kesah sikit pun pasal kau dah...cukup lah  ngan semua game kita ni..

Stop or game over!!...

Lupakan semuanya..buka buku baru..cerita baru..kisah hidup baru...yap memang kenangan x kan mampu kita hapus macam tu je..tapi aku percaya banyak manepun kenangan aku ngan kau..banyak lagi perkara yang kau buat yang melukakan hati aku..

Ada baik kita x terus bersama..terasa jauh sikit diri aku dari dosa..

 Banyak dosa aku bila  sama kau..terlalu banyak..jahil sangat aku saat tu..mungkin ni balasan daripada dosa dosa aku tu..

Aku try ...aku cuba lupakan semua tu dari lubuk hati aku  paling dalam..aku x akan berpaling lagi untuk menyambung kembali babak babak kisah cerita kita..

Pray for me ..be strong.!!..

Pecaturan allah tu yang terbaik..dia bagi yang salah dulu..dia uji kita dulu sebelum kita dapat bahagia yang sebenar dlm hidup kita.


SEkiAn

 || CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Wednesday, March 14, 2018

Finally is over!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

Syukur alhamdulillah semua dah selesai..14/3/2018...

Allah permudahkan urusan aku..

Lepas ni fokus kt my hero aku sorang tu..



 SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Friday, February 16, 2018

MOVE ON

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


tak tau sebab atau penyebab..aku kena hadap semua ni...aku x tau apa dosa aku apa salah aku sampai maki  hina ini aku dapat...aku diam. terkelu...orang orang tua selalu cakap. biar orang hina maki sumpah kita..kita jawab alhamdulillah. ALlah sentiasa ada bersama kita.

aku x Marah..aku x terkilan..aku x kesah Dan aku x nak ambik tau langsung pasal semua ni lepas ni..mungkin semua ni takdir hidup aku .mungkin Ada hikmah disebalik semua ni.

aku tau Allah tengah uji hati aku..Aku tau Ada sebab kenapa semua ni terjadi..kalau sebelum ni aku kuat tabah Dan teguh ngan segala ujian hidup..x kan benda kecik macam ni aku nak ambik port...dah takdir tentukan cam ni...aku redha... mungkin ni balasan dosa dosa aku selama ni.

Allah temukan kita dgn seseorang bukan saja saja.

move on.


 SEkiAn || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Friday, February 9, 2018

Missing !!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
   
 
kalau aku boleh elak semua ni Dari dulu kan bagus..tapi kesungguhan dia terhadap aku buat aku lupa siapa dia siapa aku..aku x nak semua ni terus bersambung lagi jauh...

hari hari ada depan Mata aku..hari hari take msg aku..hari hari cakap ngan aku.. hari hari take care aku..cam mane aku nak buang semua ni cam tu je...

tapi aku sendiri kena tamatkan semua ni...buat x endah..buat x tahu...memang sampai saat aku yang rasa sakitnya kehilangan ..tapi semua ni akan baik baik aje kalau aku hentikan saat ni..kalau main ngan api lama lama makan diri...x kan aku nak pisang berbuah dua Kali...cukuplah derita yang aku tggung selama ni...

yap..biar aku kecewa saat ni.. daripada terus rasa kecewa ngan semua game ni...aku tau ..aku x harus terjebak lagi Dan x akan biarkan hati aku terus menangis lagi...yang ptg saat ni...follow up hidup macam biasa...

aku juga berhak pilih samada untuk bahagia atau derita...semua tu atas pilihan aku..

 SEkiAn
|| CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Thursday, January 18, 2018

g shock baby G...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
macam couple..jam pun dia  nak sama..what everlah..tpi niat hati aku sape tau kn...

maybe semua ni x lama.aku cuma pinjam jiwa dia kejap je sementara semua kes aku selesai..sama Ada aku yang tinggalkan dia atau dia yang tinggal aku..kita wait and see je..

dia cakap bukan 6bulan..sampai bila bila pun x akan tinggal aku..

bagi aku pulok..lagi 6bulan ni..aku nak happy happy je ngan dia..nak cipta sebanyak mana pun kenangan indah bersama dia..SBB bila aku dah x berpeluang Ada untuk dia ..sekurang kurangnya Ada kenangan terindah ngan dia.

andai jodoh tu milik kita ..pasti suatu hari kan bertemu kembali..aku tak harap APA APA ..cuma aku tak nak pisang berbuah dua Kali dalam hidup aku..aku cuma nak jaga hati aku Dan hati orang yang selayaknya Ada ngan awok..


 SEkiAn
|| CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N ||
 IEHAHFARIHAH

Saturday, January 6, 2018

back To normal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

yap..back to normal life...dah tahun baru kan..perkara yang baik kita teruskan..perkara buruk kite tinggalkan..kalau kita tak ubah diri kita..belum tentu orang lain mampu ubah diri kita..kite je boleh ubah diri kita sendiri..

aku sendiri pun x tau apa percaturan hidup aku untuk esop Lusa dan akan datang..APA yang aku harap percaturan hidup aku Kali ni adalah yang terbaik buat aku.

Sekarang, seriously aku just fokus pada kerja aku hari hari dan try Cari masa untuk spec time ngan my hero aku shaqeel.

aku janji yang aku x akan sekali Kali abaikan shaqeel .akulah mom.akulah ayah pada dia..hope shaqeel lagi kuat tabah Dari mak  lalui hidup yang makin mencabar ni...

kalau dulu aku takut sangat kehilangan kau..aku siap merayu meraung xnak hilang kau..but hari ni aku lagi tenang bila aku lepaskan kau jauh Dari hati aku..terima kasih ya Allah sebab ajar hati aku untuk lebih menhargai diri aku Dan hidup aku..

SEkiAn
|| CoreTan Dari
J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Wednesday, January 3, 2018

BILa Terpikir something

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

bukak Mata tanye hati..aku tak tanye kat orang lain..aku tanye Kat diri aku sendiri..betul ker apa aku buat Sekarang?..betul ker perasaan aku saat ni...

aku rasa macam nak stop je game yang tengah berjalan Sekarang..but aku takut aku buat dia terluka..aku takut dia benci aku nanti..

kalu aku x stop Sekarang..one day nanti tetap jugak game over kan..maybelah???..memang aku rasa aku dah x leh nak teruskn lagi ngan dia..aku takut bila dah makin jauh ngan dia..aku yang susah nak lepaskan dia.

so..what can I do..aku cuma nak BFF je ngan dia..tapi bila dia mula tunjuk perangai sebenar dia..aku rasa dah malas nak layan..kot ye pun syg..jangan lah jeles lebih lebih..rimass do..


 SEkiAn
 || CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Monday, January 1, 2018

TAhun BAru √ 3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

aku pun tak tau kenapa aku jadi cam ni  malam ni...sambut tahun baru ker??...macam bodo je ikut angin dia..but xde orang pakse pun aku.

betul lah cakap orang sebab ego dan dendam aku yang tak pernah padam ngan sejarah luka lama..aku jadi macam ni...entahlah. aku sendiri pun tak tahu sampai bila aku nak belajar terima hakikat yang hidup ni bukan mudah nak kecap kebahagian..bukan mudah jugak nak lari dari keterlukaan..

puas ker ngan apa aku buat?..aku pun x pasti.APA yang aku rasa saat ni  KoSONG!!..

be Strong... aku anggap semua ni pentas lakonan..Dan aku hanya pelakon untuk hidupkan watak je...

insyàalah semua akan baik baik je lepas ni

 SEkiAn
|| CoreTan Dari
J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Thursday, December 28, 2017

Just give me smile

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Just give aku smile je...aku tau dia marah..aku tau dia terasa hati Dan aku tak marah pun dia cakap aku tipu dia..SBB APA yang berlaku semalam bukan atas kehendak aku pun

Aku x tau APA nak cakap..kadang kadang aku rasa aku nk menjauh je Dari dia..tp semakin aku menjauh..semakin dekat dia datang..

Aku takut klu aku teruskan ngan dia ..one day nanti aku yang banyak terluka. Memang dia nk hubungan ni kekal sampai bila bila..tpi pada aku..Ada baik kisah ngan dia ni just sebagai kawan rapat je.

I don't no what I thing?.


 SEkiAn
 || CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Wednesday, December 27, 2017

AnTAra AKU KAU Dan DIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Aku tak tau nak cakap apa bila aku dapat take ni dari dia..Kau Kat sebelah memang aku x kesah sangat .lantak kau lah nak pikir apa pun...aku sekarang just pikir pasal dia.

Aku tau dia kecewa ngan aku.dia terluka ngan aku..dia marah akan aku..tapi aku x dapat nak explain apa apa lagi coz dia menyepi..sumpah aku xde niat rasa apa pun bila aku Ada ngan kau.aku buat semua tu sebab aku bagi ruang antara kau ngan shaqeel..shaqeel x nak ikut  klu aku xde sekali..tapi jujur aku cakap kau datang ngan girl dia.

Pls T.M.S.T.A..Tolong paham aku saat ni...aku mintak maaf sangat sangat..kdg kdg aku rasa tak nak pikir pasal ni semua..tapi skrg I need dia sangat sangat coz dia je boleh bagi aku happy..

Hope masih ada esop antara aku ngan dia.

#akutersayangdiadah..



 SEkiAn
|| CoreTan Dari
J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Moga dipermudahkan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Dulu orang lain yang buat..bukan sepenuhnya Dari hati aku sendiri..hal tu aku sendiri sentle Cara mudah..aku tarik balik..

But now.. aku sendiri yang buat ..lepas hampir 2tahun aku menilai baik buruk semua perkara..aku Kat sini lagi hari ni...

Pray for me..moga Allah permudahkan jalan untuk aku Kali ni...

 SEkiAn
|| CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N ||
 IEHAHFARIHAH

Tuesday, December 26, 2017

Ari ni Ari APA!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kalau kau tanye aku saat ni..memang aku cakap hari ni 26/12..hari selasa..but bila kau cakap kau ingat hari ni hari ulangtahun kite..aku rasa nak gelak je...hipokrit semua tu kan.

Mungkin dulu tarikh tu bermakna buat aku..now..semua tu dah xde APA APA effect pun pada aku..kalau cakap aku nak menagis. Berduka hari ni.memang x lah coz aku dah x nak ingt APA APA dah pasal kite..aku dah buang jauh dah semua tu kt laut China selatan ..he he

Skrg aku just fokus ngan life aku..aku terima semua takdir hidup aku..aku redha ngan ketentuan ilahi pada aku..

Bab Kate orang ..Allah akan bagi yang salah dulu sebelum  bagi yang betul betul milik kite..

Be strong..aku tahu aku kuat saat ni.

  SEkiAn || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH