Followers

Showing posts with label ISsUE. Show all posts
Showing posts with label ISsUE. Show all posts

Friday, March 20, 2020

Hari ke 3 perintah kawalan pergerakan../ with AqeeL.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 Hari ke 3 perintah kawalan pergerakan dilaksanakan...memang aku still at home jelah..dah memang tak leh nak Kuar umah kan.mencegah lebih baik daripada ambik risiko kan..memang kena jaga betul-betul lah diri anda family semua supaya terhindar dari wabak covid19..
Kes wabak covid19 ni pun sekarang makin meningkat wei kat Malaysia..serius..aku takut Ngan situasi sekarang..tapi dah PM buat perintah kawalan pergerakan pun..ramai lagi yang degil tak ikut arahan..ko orang ni tak takut Ker..ermmm ko orang tak rasa lah takut sekarang kot sebab tak kena kat diri korang and family korang lagi..bila dah kena baru korang nak sedar kot..plss lah still at home je..

Memang boring kot kadang kadang mai bila terperap je kat umah..bukan sari dua kot duk umah je tak kije.. almost 2 week jugak ..tu pun tegop keadaan lepas 2 week ni..kalau makin parah..maybe kena tambah lagi cuti kot...biasa kita hari hari kije..dah kena cuti cam ni..memang terasa lah tahap kepuasan dia..lagi lagi tak dapat nak pi mana mana.
Aku syorkan lah..time ning korang layan anak anak kat umah..lepak santai Ngan family dah lah.. before ni korang bizi skrg ni lah masa untuk family and anak anak pulak kan...

Mat AqeeL tengah hari pun dia ajak Mok dia teman dia main....macam aku ckp..time ni lah masa korang untuk anak anak..
Dalam sejarah hidup aku 30 tahun ni..solat jumaat tak dilaksanakan di masjid masjid seluruh Malaysia..

Hope wabak covid19 ni berakhir dalam masa terdekat ni.. lindungilah family kami, doktor-doktor...misi misi dan semua yang terlibat dalam menangani wabak covid19 ..aminn..


SEkiAn || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Wednesday, March 18, 2020

18mac 2020..Kenduri vs covid19

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 Hari ning bermulanya perintah kawalan pergerakan selepas di umumkan pendana menteri semalam untuk mengekang wabak covid19 semakin menular....kebanyakan semua aktiviti yang melibatkan orang ramai di tangguhkan atau dibatalkan serta merta bermula hari Ning..kalau langgar arahan saman akan dikeluarkan tau..
 And ni pun last Kenduri yang aku attend Bulan ning..lepas ning memang tak leh gi mana mana dah ..dulu umah je..kenduri ni pun terpaksa di teruskan sebab semua dah prefer awal..semua dah sedia..tapi be careful avery one..aku pun makan malam terus balik umah je..no lepak lepak lama kat sini .kalau kita tak save diri kita sendiri..sapa nak tolong take care kita kan..

Hope wabak covid19 ni cepat cepat menjauh..and kita semua dijauhkan daripada wabak yang menganas saat ni...aminn.


SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Tuesday, March 17, 2020

Wabak covid19 ..perintah kawalan pergerakan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sedia maklum..wabak covid19 semakin menular sejak akhir ning...kes pun saban hari semakin meningkat..ya Allah lindungan kami semua dari wabak ganas ni.

Perintah kawalan pergerakan...

Pm dah umum semalam perintah kawalan pergerakan akan dilaksanakan start esop 18 hingga 31 Mac 2020...semua urusan yang melibatkan orang ramai khasya di hentikan serta merta..termasuk kenduri kahwin..perniagaan pasar malam...solat jumaat berjemaah...dan lain lain terpaksa kena stop serta merta.

And my work pun cuti..bila admin kilang umum bercuti 2 minggu bermula esop..

So..2 minggu leh cuti..still kat umah je..jaga kesihatan and pray banyak Banyak semoga kita semua di jauhkan daripada wabak covid19 .

SeLamat bercuti semua.



SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Friday, March 6, 2020

Viral covid19 kat Latitude

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seperti yang kita sedia maklum pasal virus covid19 Ning memang merisaukan jugak...yelah info semasa yang kita tahu kes kat negara kita dah meningkat..

Before ni pun..kat tempat kerja aku pernah viral covid19 ning ada..memang buat kami takut..yElah dah tau kan..virus ning boleh buat kita sukar untuk bernafas dan boleh sebabkan kematian kalau tak dapat pencegahan awal..

Hari hari before start kije sebulan dua ni..Kami kena buat saringan suhu badan untuk pastikan tahap kestabilan suhu badan kita..yang suhu cecah 37c ke atas tu confirm confirm kena balik awal ..tak yah gatal sangat nak masuk kije..

Sejak kes seorang pekerja Nepal pi melawat abang dia yang sakit kat JB and abang dia tu dah meninggal pun sebab kes viral Ning yang bukak mata admin kat kilang Ning untuk lebih serius untuk mengawal virus ning..yelah takut terkesan jugak...tapi alhamdulillah  pekerja Nepal ni negetif covid19 ..

Yang penting jaga kebersihan..jangan suka sangat pi kat tempat orang ramai..pakai topeng muka dan selalu cuci tangan..

Hope kite semua dijauhkan dari virus ning..aminn..

Heppy Friday..

SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Tuesday, August 14, 2018

Bapak Tetak anak!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Tersentap jap bila dengar berita pasal bapak tetak anak sendiri...anak sendiri wei...

Usia budak tu lebih kurang baya anak aku je..aihhh terkedu jap..tergamaknya lah buat cam tu kat  budak yang tak berdosa tu..

X habis ngan kes dera bayi or kanak kanak kat umah pengasuh..dah jadi macam pisang goreng panas dah..ada je berita pasal kes dera budak budak or bayi ni.

Now semalam..gempar ngan kes budak 5 tahun mati kena tetak ngan bapak sendiri...ya rabbi x dapat nak bayangkan macam mane azab nye budak tu rasa bila kena tetak kali pertama..kedua and ketiga.

Anak syurga..moga awak tenang dan bhagia di syurga sana..

Ya ALlah kau lindungilah anak anak kami dari kekejaman manusia abad ini..hanya padaMU kami memohon perlindungan dan pertolongan..amin..

 SEkiAn
 || CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Thursday, January 4, 2018

Ganguan Air Tempat Kije

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
kalau tak de electrik OK sikit Dari xde air..kalau xde air memang rohok sangat doh rasa..mujur lah kampung aku OK je xdop gangguan bekalan air ni..

Kat pat kije je xdop air..sampai tak pegi tandas..rohok wase..2 hari doh...dengor dengor sampai 8haribulan ni...x tau ah betul ke dop.

Marin balik je lepas habis time kije..OVertime cancel lake..balik awal..


SEkiAn
|| CoreTan Dari
J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

Tuesday, March 11, 2014

TeRbAkAr

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 
Peach Yoo...

Pray for Mh370 , Hope ditemui dengan kadar segera and mesteri kehilangan nya dapat diketahui dalam masa terdekat ning..yang Paling penting hope semua kakitangan & Penumpang Mas Mh370 selamat..dah empat hari tanpa khabar berita. .agak2 mana lah kapal Terbang ning pergi erk??..||


orait.. x nak cakap sal MH370, Nak cakap sal kejadian depan mata next week , semak kat depan umah aku kat Cherating tu terbakar..dah banyak hari dah aku nampak asap tu tapi xde lah sebesar mana pun api dia time tu banding ngan petang yang aku take pic ning..memang bapak besar ah..dah merebak sampai tepi2 jalan..siap panggil Bomba bagai lagi..
time aku taken pic ning ..aku baru balik dari kedai kat hujung simpang kat area umah aku tu..time tu ah api tengah merebak..then orang2 dah siap bekumpul dah..x lama lepas tu baru bomba datang..kebakaran hutan a.k.a semak ning maybe sebab cuaca yang sangat panas sekarang ning..agaknye dah 2 bulan lebih kot kemarau sampai tanah pun dah kering kontang, pokok pun banyak nye yang tinggal dahan je..
teruk kan cuaca sekarang..kat area bandar lagi teruk kot ngan jereBu lagi..semua boleh jejaskan kesihatan..hope korang pandai2 lah jaga diri ngan keadaan cuaca sekarang erk..dan mintak hujan turun segarkan tanah balik kejap pun jadi lah..amin...
dah keadaan cam ning, ngan cuaca panas yang teruk ning, pls lah korang jangan tambah lagi ngan pembakaran terbuka, nak2 kalu dekat2 hutan tu..x pasal2 habis satu hutan terbakar..kita x bakar pun boleh terbakar sendiri klu dah keadaan panas sangat..so, jangan tambah lagi tau tau tau..hehehe...

tu je peringatan untuk hari ning..
see u..


SEkiAn 
|| CoreTan Dari J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || 
IEHAHFARIHAH


Saturday, August 31, 2013

Polis Dedah LOGO GENG kongsi Gelap

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Malam sambut merdeka doh kat negara kita ning..ari ning buka new's paper banyak jugak citer sal ganster2 ning, kongsi gelap lah apa..apa ning??  x mau ah cam ning..keamanan yang kita kecapi hari ning, plz lah tolong jaga.. x takut ker dengar berita hura hara bunuh-bunuh, perang2 kat negara luar..x kan nak negara kita cam tu jgak..aman ker klu cam tu..then rakyat a.k.a kita semua ning duk lam ketakutan belake..

ok,  next korang baca lah sendiri sal kongsi gelap ning..kongsi cerah x de ker..boleh ajak aku join sekali..huk3..gurau je..




Berikut adalah senarai kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang aktif beroperasi di Malaysia. Sumber ini didedahkan sendiri oleh pihak KDN.

Daripada laman berita ASTRO AWANI:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraikan 49 organisasi kongsi gelap di seluruh negara yang diisytiharkan haram yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Senarai itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media pada Khamis.

Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan seribu 923 kongsi gelap Melayu.

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.

Katanya kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," kata beliau.

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan


PIC Lain Yang Berkaitan.



sekian.

Tuesday, June 11, 2013

BUKAK MATA LUAS2 JANGAN MAIN TERJAH JE.: abaut ni (My First GiveAwayyy)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

ok..sebab angin aku ari ning dari baik, cantik punye jadi ribut taupan pulak, so, aku terpakse buat entry bodoh ni nak bagi korang-korang semua yang x faham or salah faham what everlah makin ramai nak hentam aku , aku buat kenyataan kat sini ok..

sebenarnya

NI BUKAN GIVEAWAYYY AKU..sumpah, aku  x pernah buat giveawayy bagai ni coz aku x reti and x kreatif cam korang-korang semua.. aku join je support segment/ giveaway bloggers lain je..ada faham.

aku pun x tahu mana silap enty tu sampai korang boleh cakap tu giveawayy aku..maybe sebab kes copy HTML (link) sal GA tu kot..aku mana tau..dah pengangjur suh copy aku copy je lah..

yang aku pelik heran lagi ajaib tu..kan ada syarat2 dia..sepampang lagi aku rasa jelas dah nyata syarat no 1 and 2..ade ker aku suh korang follow blog aku, x de kan..yang aku tau dia suh follow blog Dhae Lover..tengok banner atas tu betul2..nama blog aku ker wei..


SIAP PRIM SCREM LAGI..KALU X FAHAM JUGAK X TAU LAH..BUKAK MATA LUAS2 WEI..dan GA ni pun dah TAMAT.

so, aku ker korang yang salah sekarang??..korang jawab exam main jawab je ker sebelum baca arahan yang   x paham sangat tu..panas lah wei..nak air!!..ada jugak  aku hempuk meja ning karang..aku delete link tu sebab aku dah bosan tengok link merapu korang..dah lah aku komen kat situ pun korang buat x nampak je..x baca ker , malas baca..lepas tu nak salahkan aku..

terbaik ah buat yang dah faham sebelum ni..dia sendiri dah delete link dia kat kotak komen aku..aku ucap thank banyak2..

satu gi, aku x hadap nak kejar follower sangat..aku x kesah pun korang nak follow or x blog aku..aku x pakse!!...tapi yang follow blog aku, comfirm aku follow balik..tu maknanya saling memerlukan, saling kongsi ilmu, luah pendapat..tambah kenalan..bagi korang aku x tau ah..


* sory kalu bahasa aku kasar ..tapi aku memang x suka orang hukum aku tanpa sebab..

sekian.


Sunday, May 19, 2013

Adam Adli Ditahan Polis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Adam Adli yang merupakan seorang daripada mahasiswa yang telah berdemontrasi pada 17 Disember 2011 yang telah digantung pengajian selama 3 semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejat Umno sewaktu demonstrasi sekali lagi mengemparkan masyarakat hari ini khususnya anak muda dengan tuduhan 'MENGHASUT"  untuk melakukan huru hara dalam negara.

Tak sangka aku, Adam Adli ada kuasa yang boleh menyebabkan BN rasa gusar dan takut dengan setiap tindakan2 nya. Bahkan Anwar Ibrahim pun kalah. Yelah,  perhimpunan  Anwar buat tiap-tiap hari tu x pe pulak, x de pulak  Polis concern jauh sekali nak tangkap Anwar, si Adam Adli yang buat ucapan seperti dalam video plak kena tahan. Konon nya menghasut. 

MENGHASUT ke? ajak berhimpun tue benda biasa je kot. Ramai orang ajak berhimpun dan berdemo sana sini atas pelbagai tujuan.  tidak adillah  untuk menahan Adam Adli seorang. Andai cubaan mengajak berhimpun merupakan satu kesalahan, kenapa tak tahan semua individu yang melakukan hal tersebut?
 
Ini video yang dimaksudkan. Video yang konon nya membuatkan Adam Adli di cop menganggugugat kestabilan negara dan cubaan melakukan huru hara dalam negara

dia ni baru ajak berhimpun dah kena tahan..takut benor orang ngan ADAM ADLI ning..x pasal pupular kau sekarang..ramai orang anggap kau hero wei..hahaha.
Menurut PDRM, kenyataan Adam Adli di dalam video ini berbaur hasutan sehingga membolehkan dia di dakwa di bawah akta hasutan.Adam Adli ingin mempertahankan keadilan. Sepatutnya penipuan2 yang dilaporkan oleh rakyat biasa berhubung isu pilihanraya diambilpeduli oleh PDRM terlebih dahulu berbanding menyiasat kenyataan Adam Adli.Adam Adli mengeluarkan kenyataan ini kerana dirasakan PDRM tidak mengadili laporan2 berkaitan penipuan oleh SPR dengan adil dan saksama.


.huk3  sekian



Thursday, May 9, 2013

Suara Rakat || Pidato kebangkitan rakyat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Bahang PRU13 masih panas walaupun dah berlalu ..ini yang berlaku pada malam tadi..Suara Keramat- Penipuan  PRU13...yang pasti benarkah segala penipuan itu?? tapi bila lihat dari segala video, gambar dan segala luahan dan kes yang tersebar kat media massa sekarang..cukup jelas aku katakan PRU13 memang x bersih..dan malam tadi wujudnya pehimpunan ni.
pic-pic yang di kongsi kat wall FB aku sejak semalam ..bapak ah ramai orang berkumpul di Stadium Kelana Jaya malam tadi..kenapa "PAKATAN RAKYAT" masih belum menang..adakah sebab Penipuan besar yang dilakukan kerajaan dalam PRU13..
apa pun syabas buat rakyat yang paham and inginkan perubahan.. saya sebagai orang muda menyokong penuh kalian..setakat  apa yang aku tahu  10K manusia membanjiri stadium ni or mungkin lebih dari itu.. alhamdulillah.. 
sekian.


Tuesday, April 23, 2013

Taktik yg takut kalah!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


taktik yg takut kalah....kita xnampak...tp Allah nampak...semoga Allah pelihara sumenya....




Untuk Sebaran Umum dan Segera

Anggota Polis diarahkan mengundi hari ini..Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Berikut mesej yang dihantar oleh beliau:


Salam admin,minta jasa baik admin ambil berat ap yg saya ingin smpaikn ni.. Hari ni telah bermula undi pos bg anggota PDRM ,di sini sy nk bgtau beberapa perkara

1) Undi pos sepatutny bermula 3 hari awal dr undi awam tp skrg ni baru berapa hari bulan

2)Undi tnpa ada pemerhati dari spr,hnya kantung undi sahaja yg ada

3)Kertas undi ada no siri

4)Sebelum pangkah undi,terdapat borang yg sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yg sama dgn kertas undi

5)Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkn ke kantung undi

6)Undi tak rahsia langsung,siap ada no siri,kwn2 ada kiri kanan,bersepah2 undi..tiada tmpat khas utk mengundi!!

Harap admin dpt sebarkan n bangkitkn perkara ni,n dpt segera sampaikn ke pucuk pimpinan PR,mintak tolong sgt2..

Beliau turut mendedahkan bukti kertas undi...

Ayuh tumbangkan penipuan..-jahar
 — 

SHARE FROM FB

Sekian.


Sunday, April 14, 2013

LELAKI PARAH DITETAK KETIKA PASANG BENDERA PARTI

Assalamualaikum & Salam sejahtera

apa lah nak jadi ngan orang-orang sekarang..sebab parti pun leh ngaduh gocoh bagai..x dok keje lain ker..dasyat ah penangan pilihanraya..serumm rasa....waitt apa pun kalau boleh biarlah aman..x moh ah ada pecah belah gini..

yang penting semua org di beri pilihan untuk bagi undi kat calon yang dorang pikir betul2 layak..so, hak mengundi tu hak kita...yang penting nak negara kita aman..betul x??

berita aku baca _kes berkaitan pilihanraya.

LELAKI PARAH DITETAK KETIKA PASANG BENDERA PARTI
Kuala Terengganu, 13 April - Seorang lelaki parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.

Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.

"Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai 10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang mendatangkan kecederaan.

Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar batasan dan sebaliknya membuat laporan polis sekiranya bendera dan poster parti mereka dirosakkan.

BERNAMA



ambik iktibar ye geng..peachhhh yo...

sekian.



Thursday, March 28, 2013

orang ketiga || boleh diHukum

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

aku benci orang ketiga..serius dalam kita duk bahagia ngan couple kita..ada ker kau nak masuk line..apa kat luar sana dah xde yang single ker kau nak duk mengatai ngan balak/awek/bini/laki orang..korang  cam ner pulak??..suka ker ngan kehadiran orang ketiga ni???

orang bodoh je yang  suka ngan orang ketiga rite kan...apa lah orang ketiga ni nak sebenarnya? kacau hubungan orang ..knp?? kau dah x laku ker, kurang kasih sayang ke gane?? cian lor kau..tapi sebelum kau kacau hubungan orang tu pikir ah derr..kalu orang lain kacau hubungan kau ,mesti kau sakit hati..angin puting beliung pun mai kan..nak2 kau mesti rasa nak bunuh cincang 21 je orang yang kacau tu kan..

tu lah manusia, bila kita x kacau orang..orang kacau kita..BUSUK HATI betul lah orang cam tu..wahai orang ketiga plzz lah jangan menGEDIK kacau hubungan orang..what u give u get back tuhan tu maha adil wei..kalau dia x bayar cash sekarang..kat akhirat kau jawab lah..

sekarang kau ambik hak orang..one day orang lain pulak yang ambik kau punye..time tu baru kau sedar, pikir and sesal pun x guna..so ingatlah..peringatan untuk semua ni..

aku tengok sekarang cam ramai je orang2 nak jadi orang ketiga ni..stop lah sebelum teruskan niat anda tu..lagi pun aku terbaca lah yang orang ketiga ni boleh dihukum..  aku setuju sangat2..

meh  BACA SINI kalau x jelas lagi.

SEKIAN.


Tuesday, November 1, 2011

hidup?

"perlukah kita mengorbankan diri untuk seorang lelaki"...kawan aku pernah soal aku perkara ni..bagi aku memang tak patut kot..cz hidup kita ni singkat je..banyak lagi perkara yang berfaedah yang ada dan mesti diutamakan serta di selesaikan terlebih dahulu..sia-sia jika hidup yang singkat ni kita gunakan untuk sesuatu yang tak utama dalam hidup kita.

hidup kita ni perlukan banyak pengorbanan..itu lumrah dalam kehidupan kita kan..kadang-kadang apa yang kita harapkan tak mungkin akan kita dapat. dan kadang-kadang apa yang kita dah dapat belum tentu selamanya menjadi milik kita.

cuba menkhayalkan sesuatu yang indah tetapi yang menjelma hanya warna hitam yang kejam mungkin dah jadi kebiasaan dalam hidup aku. bangkit dari kehidupan dan kegagalan masa lepas mungkin boleh jadi kejayaan dan kesempurnaan untuk hidup kita. aku rehda kalau ini yang terbaik buat aku..aku pasrah kalu ini suratan takdir yang diturunkan buat aku..

terus langkah ke hadapan tanpa toleh ke belakang lagi.kisah silam mungkin sejarah yang tak akan berulang lagi..dan kisah silam tak akan lagi aku biarkan terus menpengaruhi emosi dan tindakan aku.


Friday, September 30, 2011

TAUBAT DI PINGGIRAN HATI

Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Dalam masa sesaat, seminit,sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya setiap hari bani Adam itu pasti melakukan dosa,sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?
Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.
Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri kita sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hambaNya. Namun kita selalu bongkok dan merasa bahawa dosa kita itu besar dari rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong,tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita.
Kita terus melakukan dosa demi dosa sedangkan Rasulullah berpesan: “bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan bergaullah manusia dengan akhlak yang baik.
Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya taubat itu bagi seorang mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.
Jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hambanya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.
Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka.Na’udzubillah!.



Wednesday, March 16, 2011

sabarkan hatiku!=;=~

Kawan..apa korang buat bila kawan korang mintak tolong?? Tentu korang tolong kan klu boley tolong, klu x leh nak buat cm ner kan, tapi usaha untuk tolong tu mesti ada dalam diri korang kan..but macam mane plak perasaan korang bila korang mintak tolong dgn kawan yg selalu korang tolong untuk something benda yang simple je , tapi kawan korang buat x tau je and x sudi nak tolong korang..buat muka and whatever lah…mesti terasa kan..terasa sgt2,..time tu nak je ckp, jgn harap aku tolong ko lepas ni..tapi sbb sifat sabar yang x berapa banyak dalam diri ni..diam je...what u give u get back..tuhan tu maha adil..tggu ah turn ko nanti..

Dalam berkawan ni jgn lah ego sgt..maybe time ni ko rasa senang, x perlu pertolongan sape2..tapi bila time ko susah kawan jugak ko cari masa ko kt tempat org..kt kampung boley lah ko nak mengadu ngan mak bapak korang..agak2 ah weh kita hidup ni bukan keseorangan…ramai org sekeliling.. jgan nak belagak macam dunia ni ko je yang ada , ko je yg punya…ahhhggg..aku dah naik panas.. ni lah contoh kawan time susah cari, time senang lupa..harap dijauhkah ada kawan macam ni..kesian hidup kite derr…

Benda ni jadi kt aku kali ni..x pe lah, aku x marah tapi aku Cuma ingtkan je..jgn harap pertolongan aku lain kali…bukan balas dendam ok tapi nak ko rasa apa aku rasa time tu..(jgn ikut perangai kotor aku ni, x baik utk kehidupan korang)..=P