Followers

Wednesday, July 28, 2010

MeTroPoLiTaN rEgIon-Assignment




Wilayah metropolitan ini boleh dikatakan satu kawasan petempatan bandar yang bersaiz besar . Contohnya di Malaysia seperti di Lembah klang, Johor Bharu dan Pulau Pinang. Ketiga-tiga kawasan ini mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, pertambahan penduduk, peningkatan masalah sosial dan sebagainya. Pertambahan penduduk yang pesat akan meyebabkan belakunya perubahan pada bandar seperti urban spraw yang berterusan.

Dalam konteks pembangunan di Malaysia, kawasan wilayah metropolitan ini adalah kawasan tepubina dimana dalam kawasan ini mempunyai kawasan bandaraya dan bandar-bandar kecil yang digabungkan menjadi satu kawasan yang dipanggil wilayah metropolitan. Pertambahan penduduk dan peningkatan taraf hidup penduduk akan berlaku akibat pembangunan yang pesat ini.

Kewujudan wilayah Metropolitan ini akan menimbulkan pelbagai masalah dalam kawasan tersebut iaitu harga tanah dalam kawasan tersebut akan meningkat naik dan kesannya kepada pasaran hartanah. Kelemahan sistem pengangkutan bandaraya, kekurangan kemudahan infrastruktur fizikal kerana pembangunan bandar yang pesat dan pertumbuhan penduduk.

Selain itu, masalah alam sekitar juga turut berlaku seperti pencemaran udara akibat pertambahan kenderaan di jalan raya, pencemaran bunyi daripada kilang2 yang wujud dan bertambah dalam kawasan tersebut serta pencemaran air akibat daripada penduduk ataupun industri2 perbuatan atau perniagaan yang meningkat dalam kawasan tersebut.

Kewujudan wilayah metropolitan ini ada baik dan buruknya.Wilayah metropolitan ini mampu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk, kemajuan yang baik dan di perlukan oleh penduduk yang berada di bandar kecil dan sebagainya.

Sunday, July 25, 2010

NeW uRbAnISm in malaysia.


SeTaKat mAnA pRinSip2
New Urba
nism diPerTimBangkan
Dalam PeMbanGuNan FiZikAl
di MalaysIA
.

Prinsip-prinsip new urbanism iaitu 10 prinsip: walkability, connectivity, mixed-use & diversity, mixes housing, quality architecture & urban design, traditional neighborhood structure, increased density, green transportation, sustainability and quality of life.

Prinsip-prinsip new urbanism ini ada diterapkan dalam pembangunan fizikal di Malaysia masa kini tetapi tidak sepenuhnya. Kepesatan pembangunan bandar yang terdapat di Malaysia cukup baik tetapi prinsip-prinsip yang terdapat dalam 10 prinsip new urbanism seperti sustainability masih kurang digunapakai dalam pembangunan fizikal di Malaysia.


Pembangunan yang pesat yang berlaku dalam Malaysia menimbulkan banyak kesan negetif dan positif kepada alam sekitar, ekonomi dan sosial khususnya. Apa yang kita dapat lihat sekarang alam sekitar kita semakin tercemar dengan pertambahan kilang industri, pertambahan kenderaan di jalanraya, aktiviti perniagaan dan lain-lain yang banyak menyumbang kepada pelbagai jenis pencemaran di Malaysia seperti pencemaran bunyi, pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bau dan lain-lain pencemaran yang timbul akibat dari perubahan pembangunan pesat yang berlaku di Malaysia. Keadaan ini akan memberi kesan buruk kepada penduduk, alam sekitar dan landskap bandar itu sendiri.


Selain itu juga, masalah sosial juga timbul akibat daripada pembangunan bandar yang pesat seperti jenayah, samun, pergaduhan dan lain2 kegiatan sosial yang tidak bermoral wujud dalam bandar tersebut. Hal ini kerana, masyarakat akan mengalami perubahan dari segi budaya hidup, taraf hidup yang tinggi dan sebagainya yang menyumbang kepada berlakunya salah laku sosial dalam masyarakat.



Prinsip2 New urbanism ini amat baik digunakan dalam pembangunan di Malaysia. Adanya prinsip ini akan menjadikan pembangunan di Malaysia lebih maju dan berjaya saing dari segi semua aspek termasuk keutamaan penduduk dan perkembangan bandar itu sendiri.


Tuesday, July 20, 2010

FaKtoR pENcEroboHan TaNah KeRajAan di pINggir BandaR.

Pencerobohan tanah ialah gangguan masuk ke kawasan orang tanpa kebenaran dan merupakan suatu kesalahan dari segi undang-undang. Kegiatan pencerobohan ke atas tanah kerajaan di pinggir bandar merupakan satu masalah yang serius yang perlu ditangani segera oleh semua pihak. Hal ini kerana, kegiatan pencerobohan tanah ini akan menjejaskan kecekapan serta keutuhan pentadbiran tanah di Malaysia. Kegiatan ini juga akan merugikan negara secara keseluruhannya. Biasanya pencerobohan tanah ini dilakukan bertujuan untuk pertanian, penempatan, perbengkalan dan sebagainya oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri.

Antara faktor menyebabkan berlakunya pencerobohan tanah kerajaan di pinggir bandar ini adalah disebabkan oleh kemasukan warga asing yang semakin ramai ke Malaysia, khususnya di pinggir bandar untuk menjalankan kerja-kerja perladangan dan perindustrian yang terdapat di pinggir bandar. Warga-warga asing ini biasanya membuat penempatan mereka sendiri di tanah-tanah kerajaan yang terbiar atau tergendala dari segi pembangunan sesuatu kawasan. Mereka tidak mempunyai tanah atau tempat khusus untuk mereka duduki.

Selain itu, kegagalan pihak kerajaan Negeri dalam melaksanakan pembangunan seperti yang dicadangkan ke atas tanah atau tapak yang dipilih juga merupakan faktor berlakunya pencerobohan tanah. Kegagalan ini sedikit sebanyak telah membuka peluang kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti mereka ke atas tanah tersebut. Ini menyebabkan tanah tersebut diceroboh dan diusahakan oleh pihak yang tidak sepatutnya.

Faktor taraf hidup yang rendah juga merupakan sesetengah penduduk menceroboh tanah kerajaan. Hal ini kerana, tanah tersebut tidak perlu membayar cukai tanah atau premium yang biasanya dikenakan ke atas tanah yang berhakmilik. Selain itu, kos pembinaan rumah adalah bergantung kepada kemampuan dan ini bermakna ia tidak membebankan mereka untuk mendapatkan tempat tinggal.

Selain itu juga, faktor sikap penduduk pinggir bandar yang ingin memproleh pendapatan yang lebih dengan meluaskan lagi kawasan tanaman mereka sehingga sanggup menceroboh tanah kerajaan. Aktiviti ini biasanya dilakukan oleh kaum cina yang menjalankan kegiatan cucuk tanam secara besar-besaran seperti menanam sayuran, dusun buah-buahan dan tanaman kelapa sawit. Ini akan menguntungkan mereka, dan menyebabkan kerugian kepada pihak kerajaan kerana tidak mendapat sebarang hasil.

Seterusnya ialah faktor sukar mendapatkan tanah secara sah mungkin menjadi penyebab kepada kegiatan pencerobohan. Kelewatan kelulusan, kesukaran prosedur dan kejahilan penduduk memaksa mereka mengambil jalan mudah dengan mencerobohi tanah-tanah yang didapati terbiar. Proses permohonan yang panjang dan tertakluk dengan karenah birokrasi, kerap kali mengecewakan pihak pemohon. Oleh sebab itu mereka memilih jalan mudah dan cepat untuk mendapatkan tanah iaitu melakukan pencerobohan.

Kesimpulannya, masalah pencerobohan tanh kerajaan perlulah segera diatasi supaya tidak menimbulkan impak yang besar pada masa hadapan hadapan. Semua pihak berwajib perlulah mengambil peranan masing-masing untuk membendung gejala ini dari terus berlaku dan berleluasa supaya masalah pencerobohan tanah kerajaan ini dapat di kurangkan.