Followers

Monday, November 8, 2010

welawee....

Serasa di setiap langkah, aku meninggalkan bekas yang
amat menyakitkan hati orang lain,
tapi sebenarnya aku juga terseksa dengan diri aku,
terseksa kerana hasrat di hati tidak dapat ku gapai,
gunung di depan mata tidak dapat ku peluk.
Teramat sukar untuk melepaskan kenangan indah masa lalu..
amat-amat susah!!


bila aku katakan "AKU PERLUKAN MASA",
ramai menganggap ianya gurauan.
kenapa perlukan masa bila 'gunung' sudah di depan mata?
tetapi tatkala aku jujur meluahkan segala isi perut
yang lama aku simpan, ada pula yang terluka.
dahulunya kataku yang memerlukan masa itu tidak dipandang serius,
malah dianggap sekadar kata-kata yang suka-suka.
betullah kata orang,
sukar untuk orang memahami apabila mereka
tidak berada dalam situasi kita.
aku tidak minta untuk difahami sangat,
tetapi aku perlukan sokongan untuk bangun berdiri seiring masa,
agar dapat aku menegakkan batang tubuhku di alam nyata.
sekali lagi "AKU PERLUKAN MASA".

Banyak perkara yang tidak mahu aku lakukan
hanya untuk menjadikan ianya satu kelukaan pada orang lain.
banyak perkara yang tidak aku lakukan
hanya untuk menjadikan ianya satu kedukaan pada orang lain.
memang mudah untuk berkata-kata sebab lidah tidak bertulang,
andainya ianya benar satu keikhlasan
tetapi keikhlasan itu sebenarnya seumpama seekor semut hitam
yang kecil di atas seketul batu yang besar di tengah malam.

kadang-kadang sesuatu itu bukan untuk kita.
hidup mesti diteruskan.
andai kita perlukan masa,
aku percaya apabila masa kita telah sampai,
tiada apa yang dapat menghalang sesuatu ketentuan daripadaNYA..



No comments:

Post a Comment