Antara faktor menyebabkan berlakunya pencerobohan tanah kerajaan di pinggir bandar ini adalah disebabkan oleh kemasukan warga asing yang semakin ramai ke Malaysia, khususnya di pinggir bandar untuk menjalankan kerja-kerja perladangan dan perindustrian yang terdapat di pinggir bandar. Warga-warga asing ini biasanya membuat penempatan mereka sendiri di tanah-tanah kerajaan yang terbiar atau tergendala dari segi pembangunan sesuatu kawasan. Mereka tidak mempunyai tanah atau tempat khusus untuk mereka duduki.
Selain itu, kegagalan pihak kerajaan Negeri dalam melaksanakan pembangunan seperti yang dicadangkan ke atas tanah atau tapak yang dipilih juga merupakan faktor berlakunya pencerobohan tanah. Kegagalan ini sedikit sebanyak telah membuka peluang kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti mereka ke atas tanah tersebut. Ini menyebabkan tanah tersebut diceroboh dan diusahakan oleh pihak yang tidak sepatutnya.
Faktor taraf hidup yang rendah juga merupakan sesetengah penduduk menceroboh tanah kerajaan. Hal ini kerana, tanah tersebut tidak perlu membayar cukai tanah atau premium yang biasanya dikenakan ke atas tanah yang berhakmilik. Selain itu, kos pembinaan rumah adalah bergantung kepada kemampuan dan ini bermakna ia tidak membebankan mereka untuk mendapatkan tempat tinggal.
Selain itu juga, faktor sikap penduduk pinggir bandar yang ingin memproleh pendapatan yang lebih dengan meluaskan lagi kawasan tanaman mereka sehingga sanggup menceroboh tanah kerajaan. Aktiviti ini biasanya dilakukan oleh kaum cina yang menjalankan kegiatan cucuk tanam secara besar-besaran seperti menanam sayuran, dusun buah-buahan dan tanaman kelapa sawit. Ini akan menguntungkan mereka, dan menyebabkan kerugian kepada pihak kerajaan kerana tidak mendapat sebarang hasil.
Seterusnya ialah faktor sukar mendapatkan tanah secara sah mungkin menjadi penyebab kepada kegiatan pencerobohan. Kelewatan kelulusan, kesukaran prosedur dan kejahilan penduduk memaksa mereka mengambil jalan mudah dengan mencerobohi tanah-tanah yang didapati terbiar. Proses permohonan yang panjang dan tertakluk dengan karenah birokrasi, kerap kali mengecewakan pihak pemohon. Oleh sebab itu mereka memilih jalan mudah dan cepat untuk mendapatkan tanah iaitu melakukan pencerobohan.
Kesimpulannya, masalah pencerobohan tanh kerajaan perlulah segera diatasi supaya tidak menimbulkan impak yang besar pada masa hadapan hadapan. Semua pihak berwajib perlulah mengambil peranan masing-masing untuk membendung gejala ini dari terus berlaku dan berleluasa supaya masalah pencerobohan tanah kerajaan ini dapat di kurangkan.
Pemasalahan pencerobohan tanah kerajaan dipinggir bandar ini perlu di atasi dengan mengurangkan kerenah birokrasi dalam mendapatkan tanah kerajaan secara sah kerana jika kita lihat pemaju yang membuat pembangunan secara mengikut prosedur yang ditetapkan pon masih menimbulkan kesan buruk kepada masyarakat pinggir bandar itu sendiri dan ini kan pula pembangunan secara haram..
ReplyDeletePencerobohan tanah perlu diatasi dengan segera dan pihak kerajaan amnya harus meneliti balik prosedur permohanan sesuatu perancangan.Hal ini kerana sekiranya tempoh prosedur permohonan pembangunan cepat diproses secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada ditebus guna.Namun pembangunan tersebut perlu berlandaskan kepada garis panduan perancangan yang betul.
ReplyDeletesaya setuju dengan pendapat kamu. Kita tidak seharusnya menuding jari kepada orang lain tetapi melihat dari perspektif penduduk di kawasan pinggir bandar yang sama-sama terlibat dalam masalah ini.Para pemaju seharusnya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan sebelum menjalankan sebarang aktiviti pembangunan di atas sesebuah tanah milik kerajaan.
ReplyDeletemasalah pencerobohan tanah ini perlu diatasi dengan segera bagi mengelakkan masalah lain timbul yang akan menyukarkan lagi pengurusan. Dalam hal ini pihak kerajaan atau pihak terlibat perlu mengambil serius dan menanganinya dengan segera. Pihak pemaju pula perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan dalam melaksanakan pembangunan.
ReplyDeletebtul2.apa gunanya prosedur2 yg telah disediakan oleh pihak yg tertentu jika tidak dimanfaatkan sebaiknya..pencerobohan tnah ini akan menimbulkan masalah kpd golongan2 tertentu trutmanya pemilik2 tanah yg umumnya tidak tahu ttg prosedur pengambialn tanah untuk dimajukn.
ReplyDeleteMasalah pencerobohan tanah kerajaan kini bukan lagi merupakan isu baru..Ianya terjadi drpd pelbagai faktor..Salah satunya,ialah terdapat juga kes di mana kebnyakkan orang Asli di Malaysia ini yang sememangnya byak mendiami kwsan tnah kerajaan atau kata lainnya menceroboh..ini krna,mereka ini mmpunyai kekurangan pengetahuan mengenai hak & penggunaan tanah milik kerajaan menyebabkan mereka sewenang-wenang meneroka tanah simpanan milik kerajaan.Begitu juga dgn org2 kampung yg tgl di pgir bndar,mreka sgt2 krg brpngetahuan ttg hak serta pemilikan tnh krjaan ini..Setelah dikenakan tindakan undang2,barulah mreka mydarinya..Oleh itu,pihak krjaan khususnya perlu turun padang utk melihat sejauh mana pembangunan yg brada di bwh jajahannya..
ReplyDeleteSaya setuju dengan saudari farihah, pada saya penguatkuasaan undang-undang yang ketat perlu dijalankan supaya masalah pencerobohan di kawasan pinggir bandar tidak berlaku.Sebagai contoh penguatkuasaan undang-undang dalam setiap permohonan untuk meluluskan sesuatu perancangan uang ingin di jalankan di kawasan pinggir bandar.
ReplyDelete