Followers

Sunday, July 25, 2010

NeW uRbAnISm in malaysia.


SeTaKat mAnA pRinSip2
New Urba
nism diPerTimBangkan
Dalam PeMbanGuNan FiZikAl
di MalaysIA
.

Prinsip-prinsip new urbanism iaitu 10 prinsip: walkability, connectivity, mixed-use & diversity, mixes housing, quality architecture & urban design, traditional neighborhood structure, increased density, green transportation, sustainability and quality of life.

Prinsip-prinsip new urbanism ini ada diterapkan dalam pembangunan fizikal di Malaysia masa kini tetapi tidak sepenuhnya. Kepesatan pembangunan bandar yang terdapat di Malaysia cukup baik tetapi prinsip-prinsip yang terdapat dalam 10 prinsip new urbanism seperti sustainability masih kurang digunapakai dalam pembangunan fizikal di Malaysia.


Pembangunan yang pesat yang berlaku dalam Malaysia menimbulkan banyak kesan negetif dan positif kepada alam sekitar, ekonomi dan sosial khususnya. Apa yang kita dapat lihat sekarang alam sekitar kita semakin tercemar dengan pertambahan kilang industri, pertambahan kenderaan di jalanraya, aktiviti perniagaan dan lain-lain yang banyak menyumbang kepada pelbagai jenis pencemaran di Malaysia seperti pencemaran bunyi, pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bau dan lain-lain pencemaran yang timbul akibat dari perubahan pembangunan pesat yang berlaku di Malaysia. Keadaan ini akan memberi kesan buruk kepada penduduk, alam sekitar dan landskap bandar itu sendiri.


Selain itu juga, masalah sosial juga timbul akibat daripada pembangunan bandar yang pesat seperti jenayah, samun, pergaduhan dan lain2 kegiatan sosial yang tidak bermoral wujud dalam bandar tersebut. Hal ini kerana, masyarakat akan mengalami perubahan dari segi budaya hidup, taraf hidup yang tinggi dan sebagainya yang menyumbang kepada berlakunya salah laku sosial dalam masyarakat.



Prinsip2 New urbanism ini amat baik digunakan dalam pembangunan di Malaysia. Adanya prinsip ini akan menjadikan pembangunan di Malaysia lebih maju dan berjaya saing dari segi semua aspek termasuk keutamaan penduduk dan perkembangan bandar itu sendiri.


7 comments:

  1. well said Farihah, bidang perancang juga perlu creative dan innovative. Melihat, berfikir dan mengembangkan idea-idea sediaada juga mencukupi sebagai langkah pertama. Planners Perlu fokus dan memikir impactnya.

    ReplyDelete
  2. kemampanan amat pnting bg setiap pmbngunn.pmbngunan yg mampan dapat mjamin keperluan ataupun hak2 generasi akan datang.

    ReplyDelete
  3. saya bersetuju dengan dr anuar kerana sebagai perancang kita perlulah menitiberatkan semua faktor dan kesan positif dan negetif bagi membangunkan sebuah pembangunan supaya ianya berjalan dengan baik dan sempurna.Dengan ini konsep pembangunan mampan dapat dicapai.

    ReplyDelete
  4. pada saya, kalau masuk bab pembangunan baru masalah pencemaran memang tak pernah lari dari isu ini. tak kisahlah sama ada masalah pencemaran udara atau bunyi. kalau boleh kita kekalkan kadar pencemaran pada tahap yang rendah itu dah cukup baik tapi apa yang penting, ia perlu melibatkan kerjasanma dari orang ramai terutamanya perancang bandar.pada pendapat anda, mampu kah kita kekalkan kualiti alam sekarang ini terutama di kawasan pembangunan baru sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun akan datang?

    ReplyDelete
  5. terdapat 3 aspek yang perlu dititikberatkan untuk mewujudkan kemampanan sebuah bandar iaitu sosial,ekonomi dan alam sekitar. ketiga-tiga aspek tersebut adalah saling berkaitan dan sekiranya salah satu daripada aspek tersebut diketepikan ia akan memberi kesan kepada aspek yang lain.Jadi kita perlu menyeimbangkan ketiga-tiga aspek tersebut dengan bijak dan berkesan.

    ReplyDelete
  6. pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, social dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya.

    ReplyDelete
  7. penggunaan tanah yang optimum antara kaedah untuk memastikan keberkesanan concept new urbanism ini..untuk optimumkan guna tanah adalah dengan plan pembangunan sebaik2 nya agar beri kesan yang positif kepada penduduk setempat..

    ReplyDelete