
Antara kesan yang dapat di lihat berlaku akibat dari rebakan bandar ke atas kampung2 yang terletak di pinggir bandar metropolitan johor bharu ialah perubahan yang ketara terhadap lalu lintas.Pertambahan kenderaan yang meningkat di jalan raya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dn pertambahan kes kemalangan dijalan raya.
selain itu, permintaan kemudahan asas juga meningkat akibat daripada pertumbuhan yang pesat ke atas bandar dan seterusnya memberi kesan kepada kawasan persekitaraannya. Perningkatan kadar penduduk kawasan pinggir bandar dan bandar yang pesat membangun akan menyebabkan permintaan kemudahan asas meningkat.
Selain itu juga , taraf hidup penduduk kampung2 tersebut juga akan meningkat akibat daripada pertumbuhan pembangunan yang pesat bandar2 metropolitan di johor bharu.Peluang pekerjaan untuk mereka juga bertambah akibat dari pembangunan tersebut. Hal ini memyebabkan perdapatan isi rumah mereka bertambah.
Very good comment Farihah. Memikir aspek positif dan negatif secara rational amat perlu kepada planners. This tuesday (10/8)11.00 ada kelas dgn dr Ibrahim - rural planning (bilik seminar)untuk semua. Kelas elektif ganti masa rural planning, khamis 9.00(12/8) di makmal.Harap dapat beritahu rakan-rakan. Keep on writing and give comments.
ReplyDeleteBetul tu, perebakan bandar telah meningkatkan permintaan terhadap kemudahan asas. Jadi penyediaan kemudahan asas perlu seiring dengan permintaan dan pertambahan penduduk.
ReplyDeleteimpak positif daripada perlimpahan bandar amatlah berguna kepada penduduk di sekitarnya malah kawasan tersebut juga akan hidup dan tidak mati. Namun begitu,impak negatif yang telah dikenalpasti perlulah diatasi segera agar tidak memusnahkan identiti sesebuah kawasan.
ReplyDeletesaya bersetuju dengan saudari farihah, pada saya kesan daripada rebakan bandar di pinggir bandar perlu di selesai dengan segera supaya pembangunan dapat dijalankan dengan sistematik dan memberi kebaikan dan mafaat kepada semua pihak.
ReplyDeletepertumbuhan yang pesat dalam pembangunan yang dilihat hari ini haruslah seimbang dengan keperluan hidup masa kini. pembngunan yang dijalankan seharusnya menitikberatkan semua pihak dan segala kesan negatif terhadap alam sekitar, masyarakat haruslah di minimumkan supaya kualiti hidup dapat dipertingkatkan.
ReplyDeletetidak dapat menolak penyataan dimana setiap perkara yang dilakukan mempunyai pro dan kontra nyer yag tersendri..fenomena ini sama juga dengan pembangunan yang dilakukan tetapi jika kita lihat pemaju2 tanpa berfikir panjang mengambil hak masyarakat kampung untuk mereka nikmati keuntungan sendiri..perkara ini yang perlu diteliti dan diperinci dalam impak negatif pembangunan..
ReplyDeletekalau kita lihat pada lawatan tapak kita hari tu,..walaupun dah dekat dengan kawasan perkampungan dan kelapa sawit pon dorang( pemaju) masih lagi nak buat pembangunan kat kawasan tu,..sian kat orang kampung terutama kat kawasan perkampungan
ReplyDeleteTidak dinafikan adanya rebakan bandar mengundang kepada kesan negatif dan positifnya.Namun kesannya perlu lah seimbang di mana nasib penduduk kampung perlu lah dibela.Walaupun adanya pembangunan berhampiran dengan kawasan rumah mereka secara tidak langsung menjadikan taraf hidup penduduk kampung meningkat.Namun tidak perlu kita sebagai planner menghapus terus habitat asal penduduk kampung dengan membina pembangunan..
ReplyDeletebtul tu...diba setuju dgn pndapat sume.rebakan bndar ni pun ad ngatif dan positifnya.rebakan bndar mnyebabkan kemudahan infrastruktur dan kemudhan lain akan dinaiktaraf dan perbaikki mutunya..ini akan dpat dirasai olah penduduk stempat
ReplyDelete