Followers

Sunday, August 15, 2010

PeNgaMaTan Pemba nGUNan SuburBanization di pinggir bANdar Johor Bharu

Semasa lawatan ke kawasan-kawasan suburbanization di pinggir bandar Johor Bharu, pembangunan pesat yang dijalankan ke atas kawasan -kawasan tertentu memberi impak kepada kawasan sekitarnya terutama kawasan-kawasan kampung sekitarnya. Kawasan-kawasan pinggir bandar terutamanya seolah-olah terpinggir dan dilupakan dari arus pembangunan.

Antara pembangunan yang di jalankan di sekitar kawasan Kampung Melayu Lima Kedai yang tidak memberi makna dan kesan positif kepada kampung tersebut melainkan kampung tersebut terus terpinggir dan tenggelam dalam arus pembangunan pesat ke atas bandar Johor Bharu.



Daripada pandangan org kampung di situ mereka tidak berpuas hati dengan pembangunan yang dijalankan kerana pembangunan tersebut tidak mengambil kira tentang kepentingan orang tempatan dan faedah yang sepatutnya mereka dapat daripada pembangunan tersebut. Kampung mereka masih terbiar dan tidak di majukan dengan sebaiknya sebagaimana majunya kawasan sekitar mereka. Kebanyakan penduduk kawasan tersebut majoriti orang melayu. Sebahagian penduduk juga hidup menderita kesan pembangunan yang dijalankan.

















Kawasan Pekan Gelang Patah (pekan lama
dan baru) juga menerima kesan
dari pembangunan yang dijalankan.
Pekan ini biasanya sesak dan
padat pada waktu puncak.
Kawasan perumahan di kawasan
pekan ini tidak teratur dan
nampak padat dan sesak
antara satu-satu rumah.
Penyelengaran terhadap
sistem pemparitan juga tidak baik,
berlakunya pencemaran
dan longkang2 tersumbat di kawasan perumahan tersebut.
Ini menunjukan pembangunan terhadap kawasan
pekan ini belum di naik taraf dan di perbaiki selaras
dengan pembangunan yang wujud di kawasan sekitarnya.


Antara kawasan pembangunan yang menjadi tumpuan
masyarakat untuk menbeli-belah , menjalankan aktiviti perniagaan dan berekreasi.
















antara kawasan pembangunan di Bukit Indah iaitu TESCO, GIANTS SHOPPING HYPERMARKET dan KAWASAN REKREASI BUKIT INDAH.









kawasan-kawasan pembangunan seharusnya memberi kesan yang positif kepada penduduk atau kawasan pinggir bandar yang berhampiran terutama kawasan-kawasan kampung supaya dapat memberi keselesaan dan kesenangan penduduknya ari segala aspek selaras dengan kemajuan pembangunan yang dibangunkan. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya pengingiran dari arus
pembangunan.


12 comments:

  1. Ok..Satu pengamatan yang baik yang menimbulkan kesedaran kepada pentingnya perancangan mengambilkira rintihan penduduk tempatan. Merancang kawasan luar bandar adalah sama penting sebagaimana merancang kawasan bandar.

    ReplyDelete
  2. pembangunan yang dijalankan di Kampung Melayu Lima Kedai memang tidak membawa kepada sebarang perubahan kepada penduduk setempat.sebarang perancangan dan pembangunan yang dijalankan seharusnya mengambil kepentingan semua pihak dan membawa faedah. melihatkan keadaan kampung-kampung ini amatlah sedih kerana pembangunan yang dijalankan menenggelamkan kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan Dr,pada saya mengambilkira rintihan penduduk tempatan adalah perlu.Setahu saya ,sekiranya ingin melakukan aktiviti pembangunan pelbagai prosedur perlu di patuhi.Sebagai contoh,bantahan awam terhadap pembangunan yang ingin dijalankan.Dengan adanya batahan awam,masyarakat dapat menyuarakan pendapat,idea dan rasa tidak puas hati mereka terhadap aktiviti pembangunan yang ingin dijalan.Sekiranaya kenyataan saya salah?harap dapat diperbetulkan.

    ReplyDelete
  5. btul ckap rina..bantahan awam kalu xsilap diba terkandung dalam rancangan struktur. ia amat perlu untuk mengenalpasti ranc. pmbngunan yg ingin dibangunkan mendapat persetujuan orang awam @ tidak

    ReplyDelete
  6. Saya setuju, saya rase penduduk kampung di kampung lima kedai tidak berpuas hati dengan pembangunan yang dijalankan. Kerana ia hanya memeberi kesan buruk terhadap kampung sahaja.

    ReplyDelete
  7. Pembangunan untuk keselasaan dan bukan untk penderitaan...jd sebelum merancang,must look for the future...jgn tgok pd masa skrg shja..

    ReplyDelete
  8. kawasan pinggir bandar ini tidak berada dalam pernacangan pon untuk membaiki taraf hidup mereka tetapi hanya akan menerima tempias pemabngunan yang berlaku disekitarnya sahaja.

    ReplyDelete
  9. Btol 2...yang paling sedih skli bila tengok kawasan perhentian bas dan teksi di Kg Gelang Patah.Berhampiran kawasan tersebut ada kawasan perumahan kampung yang terbiar dan ada setengah masih lagi menginap di situ.X sangka di zaman yang serba moden skrang, masih ad lagi segelintir penduduk berada di dalam rumah yang serba daif macam 2...sepatutnya pihak2 tertentu perlu ambil tindakan mengatasi masalh tersebut

    ReplyDelete
  10. Keadaan di kampung tersebut kelihatan tidak terurus di samping imejnya yang begitu suram. Ia sedikit sebanyak dapat memberi pandangan yang kurang menyenangkan terutamanya kepada para pengunjung. Hal ini perlu diatasi segera supaya keadaan kampung tersebut kembali ceria dan berfungsi seperti kampung-kampung lain yang tidak tertekan dihimpit pembangunan masa kini.

    ReplyDelete
  11. Masyarakat kampung memerlukan petunjuk dan cara yang boleh memudahkan mereka dalam aktiviti seharian terutamanya dalam arus moden yang sedang membuak2 sekarang. Justeru, bagi memastikan pembangunan disekitar kampung menjadi suatu benefit kepada penduduk kampung tersebut, perancangan yang menyeluruh meliputi semua aspek perancangan perlu diambil..

    ReplyDelete