Followers

Monday, September 10, 2018

BILa aku diuji

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saat Allah jentik hati aku yang degil dan jahat ini dengan kebaikan, tidak ada apa lagi yang mampu aku balas melainkan air mata tangisan penyesalan.

Saat allah uji aku..waktu itu terduduk aku seketika.ujian kali ini bukan ujian yang biasa biasa.begitu hebatnya ujian yang allah hantarkan buat aku kali ini.

Puas aku tenangkan diri..cuba berfikiran positif..cuba pujuk hati..tetapi kepala masih serabut.hati masih tak tenang.

Aku ubati hati aku dengan menangis..aku kalah kali ini..aku lepaskan semuanya dengan tangisan yang boleh buat aku tenang cuma untuk seketika.

Mungkin..Ujian ini adalah teguran kepada aku yang sering lalai..yang sudah banyak tersasar..yang sering gagal menjadi hamba allah yang baik.mungkin ujian ni adalah bahasa kasih sayang allah kepada hambanya.

Apabila aku mula hilang harapan..barulah aku terkial-kial menyebut nama tuhan.apabila sudah lama aku berlari meninggalkan allah,kini baru aku sedar yang aku cuma ada allah sebagai tempat sandaran,tempat aku berpaut,tempat aku bergantung.

Sejadah yang kemas terlipat aku bentangkan kembali..telekung yang sudah lama tersimpan rapi dalam almari aku ambil dan pakai.dan bermulanya detik itu aku kembali kepada allah setelah sekian lama aku lupakannya.

Saat aku diuji bertubi-tubi,saat aku di atas tikar sejadah memohon pertolongan allah ,saat itu baru aku sedar yang allah mahu aku kembali kepadanya.

Tenang itu yang aku rasa.

 SEkiAn
 || CoreTan Dari
 J.I.W.A H.A.T.I P.E.R.A.S.A.A.N || IEHAHFARIHAH

No comments:

Post a Comment