Assalamualaikum & Salam Sejahtera
sharing. email dari pengarah IBD (i'm UTM staff)
Pihak IBD telah menguji produk krim muka (Night dan Day) oleh 3 syarikat (Tabita, AS dan SF), dan dapati kandungan raksa (mercury) sangat-sangat tinggi dan boleh mengakibatkan kejadian kanser, rosakkan hati dan buah pinggang, dan lain-lain komplikasi.
Kami dapati ada staf dan pelajar UTM yang menjual produk ini serta produk-produk lain yang telah ditarik balik kelulusan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan. Saya ingin mensyorkan saudara/i sentiasi melayari website BPFK untuk mengetahui perkembangan produk-produk herba dan kosmetik yang dibatalkan kelulusan atau mengandungi racun. Rujuk: http://portal.bpfk.gov.my/
Saya rasa kesian kpd rakyat Malaysia yang nak cepat terutama orang Melayu yang mudah percaya kepada kakak2 yang muka berkilat supaya memakai produk beracun untuk CEPAT putih, ketat, kurus, sekarang ini yang boleh tambah 'DAGING' (menggemokkan), menghitamkan, kuat dan perkataan superlatif lain, yang boleh dicapi dalam kurang dari seminggu. Perkataan SEGERA telah dijaja untuk melariskan produk mereka tanpa mengetahui kandungan racun yang diisi. Saya risau dengan anak-anak muda yang terjebak dengan sindrom CEPAT atau SEGERA hingga mereka mendapat penyakit kronik pada umur SEGERA (muda), dan seterusnya SEGERA MASUK KUBUR.
Secara semula jadi contohnya dengan menggunakan herba mengambil masa (SLOW AND STEADY BUT SURELY INSYAALLAH). Kita lebih pentingkan kepada kesihatan dari kecantikan. Semoga kita diketemukan bulan Ramadhan oleh Allah swt dalam keadaan sihat walafiat. Ameen
so, kepada semua, hope hati2 ngan pemilihan poduk kat pasaran
sekarang, jangan menyesal kemudian hai sudah..
sekian.

tengs for the info
ReplyDeleteterima kasih untuk infonya...
ReplyDeletejemputla menjenguk http://iejah-myworld.blogspot.com/
nice info.
ReplyDeleteJemput join first time GA saya yer.
http://syurgakasih.blogspot.com/2013/06/saya-buat-giveaway.html
hmmm.. patut ambil tahu ni...
ReplyDeletenice sharing. thanks ^^
ReplyDeletetq for the info sharing..
ReplyDeletebtw, salam ramadhan & selamat berpuasa =)