Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Malam sambut merdeka doh kat negara kita ning..ari ning buka new's paper banyak jugak citer sal ganster2 ning, kongsi gelap lah apa..apa ning?? x mau ah cam ning..keamanan yang kita kecapi hari ning, plz lah tolong jaga.. x takut ker dengar berita hura hara bunuh-bunuh, perang2 kat negara luar..x kan nak negara kita cam tu jgak..aman ker klu cam tu..then rakyat a.k.a kita semua ning duk lam ketakutan belake..
ok, next korang baca lah sendiri sal kongsi gelap ning..kongsi cerah x de ker..boleh ajak aku join sekali..huk3..gurau je..
Berikut adalah senarai kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang aktif beroperasi di Malaysia. Sumber ini didedahkan sendiri oleh pihak KDN.
Daripada laman berita ASTRO AWANI:
Senarai itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media pada Khamis.
Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan seribu 923 kongsi gelap Melayu.
Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.
Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.
Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.
Katanya kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.
Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.
"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," kata beliau.
Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan
PIC Lain Yang Berkaitan.
sekian.




banyak jugak ye logo dan lambang dorg ni..
ReplyDelete