Followers

Sunday, May 20, 2012

MY LOVE PLAYGIRL-siti nur dhuha

Novel  yang buat aku gelak je sepanjang  baca..serius memang best sampai sakit perut aku duk  gelak ngan pembawaan watak Puteri Laila dan Hasrul ni..



Synopsis sikit=

Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul  dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya.

Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila. Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Dan bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

“hei orang miskin, kau dengar sini! Aku akan ingat perbuatan atuk kau tu sampai bila-bila. Dan aku jugak takkan lupa perbuatan kau yang menyimbah air ikan pada badan aku. Aku akan laporkan semua ni pada daddy aku. Daddy aku akan cari kamu berdua dan ajar kamu secukupnya. Daddy aku orang kaya tau, dia boleh buat apa sahaja.”-Puteri Laila


Mentang-mentang anak orang kaya, ingat aku takut. Aku pun kaya jugak tau. Aku ada lalang-lalang kat belakang rumah aku tau. Hasrul teringatkan semak belukar di belakang rumahnya. Tak ada duit, ada pokok-pokok kayu pun jadilah.

“ ini cincin yang Rul bagi kepada saya sewaktu dia melamar saya. Malah  dia sudah berjanji nak berkahwin dengan saya dalam masa terdekat ni. Apalah sangat yang Rul boleh harapkan dari isteri seperti awak ni, entahkan mampu memberikan zuriat padanya ataupun tak.”-azia


MY LOVE PLAYGIRL.



No comments:

Post a Comment