Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku tanpa
dirimu ku hanya manusia tanpa cinta.
Synopsis.
“apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat
tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik
kampung aje. Tolong mak kat waung lagi bagus. Apa , kau ingat , kau tu jantan
ke. Nak jadi driver,” marah Mak Timah.
“kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan
awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan
berubah fikiran dan menerima saya?” soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
“sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang
abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh
terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya
sebagai isteri abang.
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke
balai berlepas, dia dikejutkan dengan
suara yang amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang
menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya.
Tidak, dia tidak perlu untuk mendegar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang
telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya.
CINTA KAU DAN AKU.
Dalam tawa akan ada tangisnya.


No comments:
Post a Comment