Followers

Tuesday, April 26, 2011

Tipu

Apa perasaan korang bila kena tipu? Mesti rasa sakit hati, geram, nak marah, nak cepuk orang yang tipu kita tu & sebagainya. Tapi, pernah ke korang tak tipu orang lain? Hmmm, tu macam agak mustahil aku nak caye... Sebaik mana seseorang tu, mesti dia pernah menipu walaupun untuk sekali. Banyak tujuan kenapa sesorang tu menipu. Ada yang menipu sebab nak selamatkan diri sendiri, tapi ada gak yang menipu sebab nak selamatkan orang lain. Tipu sunat tu still kira menipu jugak kan?
Aku?of cozlah agak selalu aku menipu. Menipu untuk nak selamatkan diri sendiri & menipu untuk selamatkan orang lain. Dua dua pun aku buat ( jujurnye aku disini). Hehehehe.
Walaupun kita berjaya tipu orang lain, tapi sampai mati pun kita tak kan dapat tipu diri sendiri. Motif ko nak tipu diri sendiri?Mungkinlah dapat menyedapkan hati yang sedang gundah gulana..tapi sampai bila kau nak menipu diri sendiri?Penat sebenarnya menipu ni. Satu hari korang akan penat sebab menipu diri sendiri ni~
Aku sebenarnya x berapa suka menipu ni sebab bagi aku 'biarlah orang marah kerana kita jujur, bukan marah kerana kita menipu'. sebab sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. sekali kau menipu, sampai bila bila orang susah nak percaya kau..tu yang aku ingat selama ni..
Aku tipu pun banyak sebabnya..mungkin sebab aku nak tutup buruk aku kt orang yang aku syg..aku x nak hilang dia bila dia tau kebenaran sebenarnya yang aku ni bukan lah macam yang dia harapkan, bukan sempurna sgt cm org lain..yelah x semua manusia tu perfet kan..
Tapi sebenarnya aku mmg x pandai menipu..aku cuba jugak jujur terus terang w/pun aku x tau apa reaksi dia lepas tau hal sebenarnya..dia suka or x kt aku lagi..pedulikan..janji aku dah jujur ngan dia and diri aku..sorry babe,aku x sengaja..
Bagi aku sampai bila aku nak tipu dia kan..lame2 dia tau jugak..biar lah dia tau sekarang daripada tau pada masa depan..
By da way, korang kena letak dalam fikiran yang tak semua penipuan tu adalah jahat. Mesti korang pernah dengar pepatah yang orang selalu ungkap, lebih kurang camni bunyinya: Kadang-kadang tidak tahu tentang perkara sebenar adalah lebih baik dari mengetahui tentang perkara itu. Kalau penipuan yang kita buat tu boleh menyebabkan orang lain gembira, why not kita menipu. Ini bagi pendapat aku ok, setiap orang maybe ada pendapat sendiri.
So, kalau korang tanya aku..Apa perasaan aku kalau kena tipu. First, ofcoz aku akan marah sebab hidup hidup aku kena tipu. Tapi, kejap jek aku marah, then aku akan tanya kenapa dia tipu aku. Kalau reason dia tu munasabah, takyah la kan aku nak panjangkan cerita. Past is past. Tapi, jangan lupakan apa penipuan yang dia dah buat, ambil dia sebagai pengajaran untuk masa depan.
And nasihat aku pada mereka yang emo tahap gabang bila kena tipu, takyah la emo sangat. Maafkan jek la orang tu. Macam lah korang tak pernah menipu kan?Nama pun manusia, mesti ada sekali dalam hidup kita pernah menipu, sama ada kita sedar atau tak. Tapi, janganlah jadik bebal sangat yang dah sampai beberapa kali kena tipu oleh orang dan benda yang sama. Itu namanya bengong.
Igat nie:
Kali pertama ditipu = pengajaran
Kali kedua ditipu = kecuaian
Kali ketiga ditipu = BODOH + BEBAL




No comments:

Post a Comment