Followers

Tuesday, May 1, 2012

First Time Masuk Panggung.

SELAMAT HARI PEKERJA buat semua yang  bergelar pekerja..huhu…

Hujung minggu kali ni aku luangkan masa buat  kekasih hati aku..sape lagi kalu bukan  MIE..dah orang rajin datang melawat aku kat sini ,so memang jadi tugas aku lah untuk temankan dia buat seketika waktu..

First time masuk panggung..betul ker ni??..x caye ker??...hehe..jujur aku cakap, ni lah kali pertama aku masuk panggung..aku terasa nak try sangat rasa duk layan citer dalam panggung...ckap kt Mie…dia pun terus ajak aku tengok wayang ngan dia..ye lah selama ni mana pernah aku p tengok wayang ngan dia..jumpe pun bukan selalu..dia kat puncak KEMAMAN sana..aku banyak kt utm ni..

Mie pun beli tiket..citer  “BERANI PUNYA BUDAK”..tiket sepuluh hinggit je sorang..aku ingat mahal  harga tiket wayang ni.., tp x lah mahal sgt upernye…

 
 dah dpat tiket ..sedia utk menonton....

Pasai Citer Berani Punya  Budak  Cikit..


Berani Punya Budak merupakan filem aksi komedi pertama arahan Afdlin Shauki. Filem yang berdurasi selama 145 minit itu dimonopoli hampir 98% oleh Afdlin Shauki sebagai suara alih bahasa dari Thailand ke Bahasa Malaysia penuh dengan lawak jenaka beliau yang melampau-lampau punya lawak..


SYNOPSIS 


 
Filem "Berani Punya Budak", filem ini mengisahkan tentang Pairote (Mike B) dan Tong (Afdlin Shauki) telah ditahan di imigresen Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kumpulan Mafia di Thailand. Semasa sesi soal jawab bersama pihak Interpol, Detektif Azlan (Johan Raja Lawak) dan Detektif Azman (Adlin Aman Ramlie)
Tong menceritakan apakah sebenarnya yang berlaku di sana. Pairote yang telah kehilangan kakaknya, berusaha menyelamatkan abang iparnya Tong daripada dibunuh oleh sekumpulan Mafia tersebut. Pairote diberi satu tugasan iaitu perlu mencuri data pelanggan di sebuah syarikat kredit terkemuka, Bank Wealthy yang diselia oleh Lita (Supaksorn Chaimongkol) lalu diserahkan kepada kumpulan Mafia tersebut jika mahu Tong selamat. 
 Apabila berjaya mendapatkan data tersebut dan diserahkan kepada mereka, Tong berjaya diselamatkan tetapi mereka masih diburu oleh pihak Mafia tersebut. Dalam usaha untuk menyelamatkan diri, Pairote dan Tong perlu berlawan dengan mereka sehingga akhirnya Pairote hampir terkorban..


  Ingin tahu apakah kesudahannya, boleh tonton filem ini ye. Pembikinan filem ini telah diadakan di Bangkok 3 tahun yang lepas, manakala di Malaysia diadakan pada tahun lepas. Merujuk kepada pengarah filem (Afdlin Shauki), filem ini diutamakan untuk pasaran Thailand dahulu, kemudian baru dipasarkan di Malaysia dengan dilakukan alih bahasa. 

 
 Perbezaan filem di Thailand dan di Malaysia, filem di Thailand merupakan serius movie, iaitu tidak banyak komedi tetapi untuk filem pasaran malaysia, dibuat pembaharuan yang agak ketara untuk melebihkan aksi komedi dan juga sesuaikan pergerakan mulut mengikut bahasa Thai. Skrip memang ada, tetapi hanya 20% sahaja mengikut skrip kerana ingin sesuaikan dengan cerita supaya tidak merapu dan pergerakan mulut yang sesuai. Itulah cabaran yang dihadapi oleh pengarah ini.

 PELAKON :
Tong   : Afdlin Shauki
       B  :   Mike B.
                           Lita   :  Supaksorn Chaimongkol
   Detektif Azman   :   Adlin Aman Ramlie
   Detektif Azlan  :   Johan Raja Lawak
John :   Awie
     Adik John:   Nabil Ahmad
            Meaw :   Sharifah Sofia
              Informer  :   Riezman Khuzaimi

Pendapat  aku lah tentang cerita ini, memang kelakar dan terhibur  dengan aksinya  yang buatkan ada  penonton  gelak ketawa di dalam panggung. Cuma bila alih bahasa dia je yang buat  cerita ini meleret dan merapu. 

Tiba-tiba sebut perkara yang tak de  kaitan dengan apa yang berlaku. Selain itu, aksi berlawan itu lama  sangat boleh buat aku jd bosan pulak nak tggu  aksi lawan ni habis . 

Alih bahasa itu kebanyakannya adalah menggunakan suara Afdlin Shauki jadi agak kelakar bila perempuan yang sedang beraksi, keluar suara lelaki yang cuba menjadi perempuan..

TRY ah tengok..=P



Lepas tengok wayang..pusing2 skudai prade ..teman mie borong barang2 dia sebelum dia balik KEMAMAN malam ni..


SEKIAN..



No comments:

Post a Comment