Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Tahukah anda apa penyebab wanita untuk cenderung makan
berlebihan dan mengalami penambahan berat badan secara signifikan hanya dalam
waktu beberapa minggu? Ternyata ia disebabkan oleh masalah kebosanan.
Kesimpulan tersebut didapati daripada kajian yang dilakukan
terhadap 5000 orang dewasa. Melalui kajian itu, satu per empat makanan yang
dimakan setiap hari oleh golongan ini ternyata bukan disebabkan oleh rasa
lapar.
Biasanya , bila bosan, wanita akan mengalami kelebihan
kalori sebanyak 520 dan lelaki pula sebanyak 650 kalori. Meski lelaki banyak
kelebihan kalori, para penyelidik menyatakan wanita cenderung lebih rentan
mengalami hal ini berbanding lelaki, terutama bila sedang kesal atau sedih.
“mengawal apa yang anda makan sememangnya bukanlah mudah.
Untuk itu, ada baiknya anda terlebih dahulu mengetahui apakah keinginan untuk
makan itu, sama ada benar-benar didasari rasa lapar ataupun berdasarkan emosi anda.
Awas, sekiranya anda makan disebabkan emosi, kerana ia boleh
menyebabkan anda kegemukan,” ujar pakar gizi, Mary Strugar yang turut serta di
dalam kajian ini.
Sekian..
No comments:
Post a Comment