Ok..dah tengok NARNIA 1
dan NARNIA 2..next , Narnia 3
pulak..Narnia 2 dan Narnia 3 ni aku tengok hari yang sama..terus sambung je lepas finish tengok Narnia 2 tu sbb time tu aku bosan sangat kat bilik xde buat apa., so aku layan je citer ni..
The chronicles of Narnia =the voyage of the dawn treader.
SINOPSIS:Narnia 3
Narnia The Voyage of the Dawn
Treader mengisahkan tentang Lucy dan Edmund becuti di rumah sepupunya Eustace Clarence. Mereka kembali ke negeri
Narnia setelah gambar lukisan kapal yang berada di kamar Lucy tiba- tiba hidup.
Mereka terjatuh di sebuah samudera dan diselamatkan oleh seorang pedagang (Dawn
Treader).
Setelah selamat, Lucy dan Edmund bertemu dengan kawan lama mereka iaitu Raja Caspian (dulunya masih pangeran) yang
bersama mereka mencari tujuh Raja yang hilang di Narnia seperti apa yang pernah
mereka janjikan dengan Aslan. Selain itu mereka juga mendatangi Burnt Island,
Deathwater Island, The Duffer’s Island dan Pulau dimana mimpi menjadi
kenyataan.
Pulau terakhir itu membuat mimpi buruk menjadi kenyataan dan tidak pernah
mereka lihat sebelumnya, tetapi disitulah mereka akan menemukan salah satu raja
Narnia yang hilang.
Pada akhirnya, Lucy, Edmund, Eustace dan Reepicheep berlabuh dengan perahu
kecil menyeberangi lautan bunga sampai mereka mencapai sebuah dinding yang
berupa air terjun yang menjulang hingga ke angkasa.
Reepicheep mendaki air
terjun tersebut dan ia tak pernah melihat Narnia lagi. Edmund, Eustace, dan
Lucy berjalan terus hingga mencapai suatu pulau dimana terdapat sebuah lampu
lilin disana.
Lampu lilin tersebut membawa mereka kepada Aslan yang mengatakan bahawa Edmund
dan Lucy tidak akan kembali ke Narnia lagi. Mereka harus belajar bagaimana
menjadi diri mereka sendiri didunia mereka yang sebenarnya, selanjutnya Aslan
menhantar mereka pulang ke dunia nyata.
Sekian sudah kisahnya Narnia.







No comments:
Post a Comment