Followers

Thursday, March 31, 2011

AKU X SEMPURNA


Hidup dalam kesempurnaan adakalanya membuat diri kita menjadi gila. semuanya perlu cukup dan ada. ..tidak boleh yang kurang…perlu berjalan lancar mengikut perancangan. tidak boleh ada yang melanggar peraturan.
haaaaaaaiiiiihhhhh! Serius itu bukan aku. yang berada dalam kesempurnaan sesuatu. aku serba kekurangan. aku serba serbi tidak mencukupi. aku mudah leka. aku mudah terlena. sungguh. aku tidak sempurna. menjadikan aku seorang yang sempurna adalah amat jauh sekali dari landasan diri aku sendiri.
Hidup aku selama ini, aku cuba lengkapinya dengan kelebihan dan kekurangan aku sendiri. menerima seadanya apa yang terjadi. menerima seadanya apa yang di beri. tetapi adakalanya aku mahu yang lebih. mula mengapai mimpi dan berpijak di alam fantasi. kelekaan membuatkan aku sedikit demi sedikit mahu menjadi sempurna. pelik! tetapi itulah realitinya.
Siapa yang tidak mahu bahagia tanpa airmata. siapa yang tidak mahu kaya sepanjang masa. berada di tempat tinggi menongak ke langit. dipandang hebat. di sanjung mulia. sungguh. aku mahukannya. tetapi untuk apa? seperti yang aku kata. kesempurnaan membuatkan aku gila. aku tak termampu mengejar dunia.
Bila di beri kesempitan. bila di beri ujian. bila datangnya musibah. bila diri penuh dengan airmata. bila diri mula di lupa mula di hina dan di pandang sebelah mata. baru kita nampak dunia kesempurnaan itu penuh dengan gila.
perbualan dengan seseorang membuat aku memngeluarkan kata kata.
“i don’t want to be perfect. i just need to be complete”
kenapa? kerana dengan kesempurnaan, aku tidak memerlukan sesiapa. tetapi dengan melengkapi, aku memerlukan kamu di sisi. hidup aku lengkap dengan kamu. dan hidup aku akan sempurna dengan adanya kamu melengkapi.
Anda mahu menjadi sempurna? jadilah. tetapi kesempurnaan anda masih tidak mampu menjadikan anda manusia yang hebat dan mulia.
saling melengkapi. saling bergantungan. saling memerlukan. itulah kesempurnaan

No comments:

Post a Comment