happiness is like a butterfly:
the more you chase it,
the more it will elude you,
but if you turn your attention to other things,
it will come and sit softly on your shoulder…
- thoreau
the more you chase it,
the more it will elude you,
but if you turn your attention to other things,
it will come and sit softly on your shoulder…
- thoreau
Bila aku terbaca ayat-ayat indah kat atas tu, dia buat aku terfikir: sebenarnya dalam kehidupan kita ni kita tak boleh nak terlalu sangat tumpukan segala perhatian dan tenaga kita juz untuk dapatkan sesuatu sebabnya bila kita terlalu mencuba, makin kita rasa payah nak dapatkannya. Kenapa? Sebab kita juz point kan pada satu titik iaitu nak juga dapatkan menda tu tanpa memikirkan perkara-perkara lain yang mungkin secara tak lansgung boleh membantu kita dalam memperolehi menda tu. Ye tak?
Kadang kala disebabkan penumpuan yang terlampau dan melampau kita pula terlupa n terabaikan menda lain kat sekeliling yang juga menyumbang ke arah kebahagiaan dalam hidup kita. Kita lupa makna kegembiraan yang sebenarnya. Kan?
Ringkasnya, kalau nak dapatkan bahagia ni, banyak menda dan cara yang kita boleh fikirkan; dan bukannya hanya dengan satu cara je. Mungkin apa yang kita nak kan sangat tu tetiba je datang kat kita. Tu lah orang selalu cakap, setiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmah dan alasannya yang kadang-kadang kita sendiri tak nampak.
Apa yang penting ialah diakhirnya kita dapat kegembiraan tu dan boleh berkongsi dengan orang-orang kat sekeliling kita, dengan orang-orang yang kita sayangi, dengan kawan-kawan yang kita kasihi. So, semua orang akan gembira!
Indah kan hidup ni kalau kita boleh saling berkongsi, saling menerima kekurangan dan saling menghormati kelebihan kapel kita. Bukan senang nak senang. Tapi cerita tu memberikan sesuatu yang positif pada aku dan mungkin korang juga.
We are responsible for what we choose to think and believe!
Hidup ini bukan semudah yang kita sangkakan, dan ianya juga tidaklah sesukar yang kita fikirkan.
Namun begitu, kita tetap punyai banyak pilihan, so pilihlah yang terbaik untuk kita. Take care of yourself in such way that it will allow you to reach your goal, your happiness.
Di mana kedudukan kita sekarang dan di mana pula kedudukan kita pada masa depan adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Bergantung kepada apa yang kita fikirkan dan tindakan daripada perkara yang kita fikirkan untuk kita lakukan.
Aku selalu merasakan bahawa dalam meredahi hidup ini kita tak boleh terlalu sangat berfikir tentang berbagai bagai perkara dalam satu masa. Kenangan manis dalam sesuatu perhubungan tu, kalau dikenang kenang boleh membantu mengukuhkan sesuatu perhubungan. So better lupakan kisah kisah yang menyedihkan atau menyakitkan hati kita. Itu satu pilihan yang terbaik kot, ye tak?
Elakkan daripada banyak memikirkan perkara yang bukan-bukan, sebab kadangkala ianya boleh mendorong kita menjadi seorang yang berprasangka. Bukan nak kata tak boleh, cuma jangan melampau sangat. Tu je!

No comments:
Post a Comment