Followers

Tuesday, March 26, 2013

mask | belum cuba belum tau kan??...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

hai reader..korang suka pakai mask x??..kongsi wei cam ner rasa dia lepas and sebelum pakai tu??
ramai kan dah tau or  pernah cuba shiseido black mask ni kan..apa citer???  ok..lepas banyak sangat post produce's ni kat  laman sesawang aku..aku tertanye-tanye sendiri pulak..ok ker produk ni..then gerak hati mulalah suh try benda alah ni..yap  selama ni pun mana lah aku kenal mask2 bagai ni..x pernah pakai pun..yang aku tau pakai bedak sejuk ada lah..

semalam sempat lah menyinggah kat office kolej aku tuntut bungkusan pos laju from supplier yang jual benda ni..aku  beli online je ngan dia next week..murah je. 1pack=rm1.50..sat malam nanti aku cuba..huhuhu


perkongsian from STOKIS

SHISEIDO BLACK MASK - Menghilangkan Blackhead & Whitehead 

Shiseido Blackhead Remover Mask sangat disarankan kerana berfungsi untuk membersihkan dan menanggalkan sel kulit mati, blackheads dan whiteheads, mengecilkan pori-pori, memutihkan dan mencerahkan kulit muka.

Black Mask berkesan utk memulih, mencerah, menghalus, melembut, mengatasi masalah kulit gelap/tak sekata, kesan terbakar, jerawat, jeragat, menyerap minyak 3x lebih berkesan, membantu membuang bintik2 hitam /putih diwajah, juga menghaluskan liang2 roma terbuka. Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Cara Penggunaan:
1) Cuci muka terlebih dahulu seperti biasa.

2) Steam atau wapkan muka dengan air panas agar pori2 terbuka lebih kurang 5 minit. (tidak diwajibkan, kalau rajin buat la yer..)

3) Sapukan masker di muka anda, terutama bahagian yg diinginkan seperti hidung atau di kawasan yg byk blackhead & whitehead. (Jauhkan dari terkena pd kening, bibir dan kawasan mata)

4) Boleh gunakan dangan jari. Kalau pakai jari lebih mudah untuk disapu supaya lebih rata di muka.

5) Biarkan selama lebih kurang 30 minit hingga masker benar2 kering/keras.

6) Cabut masker perlahan dari bawah ke arah atas wajah anda dan anda akan lihat sendiri blackhead & whitehead melekat di mask.

7) Bersihkan wajah dengan air dingin agar pori-pori tertutup dengan sempurna.

Dapat digunakan 2 hingga 3 kali dalam seminggu. Jika hanya digunakan untuk daerah hidung, 1 sachet dapat digunakan untuk 5 hingga 6 kali penggunaan. Simpan baki masker yang belum digunakan dalam bekas bertutup



SEKIAN.




2 comments:

  1. Aien dah pkai dah shesheido nih..berkesan..sblum pkai kene stem dulu..Huhu..tepek jer dkt sluruh muke..pstu dlm 30 minit boleh cabut.cabut kene kuat-kuat brulah cbut white or black heads tuh.huhuh

    ReplyDelete